Tuesday 29 November 2011

Musim Cuti Sekolah

Bulan November dan Disember setiap tahun sangat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak sekolah kecuali yang masih menduduki peperiksaan SPM.

Bagi Ahmad Akmal (10 Tahun) dan Habibah (7 Tahun) bukannya masa untuk berehat menonton TV atau bermain komputer. Seawal jam 10 pagi mereka perlu berada di Hotel De Palma, Ampang sehingga jam 10 malam untuk sesi latihan tarian bersama-sama anak-anak Permata Seni Tari yang lain. Namun keriangan terpancar di wajah mereka setiap kali kami mengambil mereka pulang. Terima kasih kepada JKKN dan guru-guru pelatih PST yang melatih dan menjaga anak-anak kami dengan sangat baik

Khabarnya anak-anak Permata Seni Tari menjalani latihan intensif untuk tiga persembahan besar yang akan diadakan pada awal bulan Disember ini. Kemuncak persembahan mereka adalah Festival Kanak-Kanak Antarabangsa yang akan diadakan di KLCC pada 10-12 Disember ini.

Pada hari Sabtu 26 November lepas ibu-bapa anak-anak Permata Seni Tari dijemput menonton preview persembahan anak-anak mereka bersama Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli.  Di akhir persembahan diumumkan bahawa Habibah dipilih sebagai Penari Kanak-Kanak Perempuan Terbaik.



Di samping itu Jamilah terus mendapat undangan menyanyi. Pada hari Rabu 23 November Jamilah membuat persembahan nyanyian di Majlis Penutup KIK Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Blue Wave shah Alam manakala pada hari Isnin 28 November pula Jamilah membuat persembahan secara live di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM1.



Sunday 6 November 2011

RENCANA UTAMA - KOSMO 31 OKTOBER 2011

Nisa, Jamilah, Ikhwal popularkan Malaysia


NISA ADDINA MOHAMAD TAUFIK, 15, antara bakat muda yang mengharumkan nama negara dalam pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Pemain biola kelahiran Kuching, Sarawak itu gembira kerana berjaya membawa kemenangan utama menerusi pertandingan seni persembahan yang disertai lebih 40 buah negara.

Mewakili negara dalam kategori Junior Instrumental, remaja yang mesra disapa Nisa itu mengungguli tiga pingat emas dalam genre asal, klasikal dan kontemporari dan pingat perak bagi kategori genre terbuka.

"Saya turut memenangi Juara Keseluruhan Dunia untuk kategori instrumental klasikal dan kontemporari. Syukur, segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil.

"Sewaktu berada di atas pentas, dada berdegup kencang manakala tangan menggigil-gigil. Debaran bertanding 10 kali ganda menakutkan berbanding melakukan persembahan biasa dan sesi latihan. Maklumlah, ini pengalaman pertama saya beraksi di pentas dunia," jelas Nisa yang mengutip pengalaman berharga sepanjang berada di Los Angeles.

Alunan biola

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang, Kuching itu berpeluang menjalani sesi latihan bersama Dorian Holley, pemuzik yang pernah bekerjasama dengan Raja Pop Dunia, Michael Jackson. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin kerana Nisa memasang impian untuk berjaya dalam bidang muzik seperti penyanyi hip hop AS, Eminem dan bintang pop Jepun, Utada Hikaru.

Nisa yang bermain biola klasik dan elektrik menjelaskan, dia mula bermain biola pada umurnya tujuh tahun. Pada waktu itu, dia sedang menghadiri kelas piano dan terlihat seorang pemuda begitu asyik menggesek biola. Alunan muzik yang merdu dan reka bentuk biola yang cantik telah menarik minat Nisa untuk bermain alat muzik berkenaan.

"Melihat kesungguhan saya yang mahu bermain biola, ibu menghantar saya ke kelas biola kendalian Marcus Leong dan ahli Orkestra Simfoni Negeri Sarawak (SONS). Pada mulanya, kehadiran saya tidak terlalu menonjol kerana saya pemalu dan merupakan pelajar yang paling muda.


"Tetapi lama-kelamaan, saya berubah kerana kita perlu berani dan pantas bertindak. Kini, saya semakin selesa dengan muzik biola dan sentiasa menerima undangan persembahan daripada pelbagai pihak dan organisasi," jelas pencinta rona biru itu yang gemar membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuching Bornei (BCCK). Alasannya ringkas, Nisa menggemari suasana dewan yang selesa dan sistem bunyinya.

JAMILAH kini tampil dengan album pertama Keroncong Jamilah yang mengandungi 12 buah lagu keroncong.

Seorang lagi permata negara berbakat besar, Jamilah Abu Bakar, 16, mula memperkenalkan muzik tradisional Malaysia di mata dunia sejak usia 12 tahun. Memiliki vokal yang lunak merdu ketika menyanyikan lagu-lagu asli antara faktor utama Jamilah dipilih mewakili negara ke Festival Kanak-Kanak Antarabangsa 2007 yang berlangsung di Turki.

"Itulah pengalaman pertama saya melakukan persembahan di luar negara. Paling menyedihkan pemergian saya ke sana tidak ditemani ibu atau bapa. Mula-mula sukar untuk membiasakan diri apatah lagi berhadapan dengan musim sejuk di Turki.

"Namun, memikirkan tanggungjawab yang digalas demi Malaysia, pada hari persembahan saya berusaha lakukan yang terbaik supaya masyarakat di luar sana dapat menghargai keistimewaan muzik tradisional kita," jelas Jamilah yang menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Cindai, pada festival berkenaan.

Keroncong Jamilah

Menyingkap titik permulaan Jamilah dalam bidang seni tradisional terutamanya keroncong, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu menyatakan semuanya bermula sejak enam tahun lalu.

Disebabkan selalu melakukan persembahan nyanyian pada majlis anjuran sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Bukit Teratai, Ampang, Kuala Lumpur, salah seorang gurunya telah memilih Jamilah mewakili sekolah ke Pertandingan Keroncong Remaja peringkat negeri Selangor.

Malangnya, pada hari pertandingan itu, Jamilah tidak dibenarkan bertanding kerana belum cukup umur. Namun dia tetap diberi peluang menyanyi selaku penyanyi jemputan. Bertitik tolak daripada episod itulah, Jamilah yang berkebolehan mengalunkan lagu keroncong dengan baik menambah hati Abdullah Jufri iaitu salah seorang juri profesional pada pertandingan keroncong tersebut.

Lebih membanggakan, bakat nyanyian keroncong Johan Bintang Kecil Selangor 2007 dan Johan Karaoke Terbuka Tahun Melawat Malaysia 2007 itu turut diasuh oleh nama-nama besar dalam muzik keroncong. Antaranya, Allahyarham Wawang Wijaya, 64, komposer keroncong terkenal dari Indonesia.

"Wawang. guru keroncong terbaik. Dia tidak lokek ilmu malah sentiasa mengajar dan mengasah anak-anak didiknya menyanyikan lagu irama keroncong dengan betul. Muzik keroncong perlu diberi penekanan pada aspek lenggok dan patah kata.

"Walaupun hanya sempat menuntut selama tiga tahun bersama Wawang, sehingga ke hari ini kata-katanya masih tersemat di jiwa saya. Wawang menasihati saya agar menyanyikan lagu keroncong dengan hati yang ikhlas dan jangan sesekali pedulikan sindiran sinis orang sekeliling yang cuba memperlekehkan kita," jelas Jamilah yang pernah terlibat dalam persembahan Keroncong Kasih-Menyusur Zaman di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) anjuran Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP).

Namun cinta Jamilah terhadap muzik keroncong semakin mendalam meskipun selepas Wawang sudah tiada. Enggan membiarkan kecintaan itu lenyap begitu saja, kini dia menuntut ilmu irama keroncong bersama penggiat keroncong tempatan, Mahzan Manan, 77, dan pada masa yang sama meningkatkan mutu vokal di dalam kelas kelolaan, Siti Hajar.

Lebih mengujakan kecintaannya pada irama keroncong diterjemahkan dalam album Keroncong Jamilah yang mengandungi 12 buah lagu keroncong.







Studio mini

"Seronok sepanjang menyiapkan proses album ini kerana saya benar-benar menghayati lirik lagu keroncong yang amat puitis dan romantik. Apatah lagi, ia didendangkan bersama alunan irama mengasyikkan," jelas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang yang pernah memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, ibu Jamilah, Kamariah Che Soh, 46, yang menguruskan aktiviti Jamilah memberitahu dia dan suaminya, Abu Bakar Ismail, 57, amat menyokong perjalanan seni anak gadisnya itu.

Bagaimanapun, Kamariah sentiasa memastikan Jamilah membahagikan masa antara nyanyian dan pelajaran dengan betul kerana pada tahun depan dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lazimnya, selepas pulang dari sekolah dia menumpukan sepenuh perhatian pada sesi ulang kaji dan menyiapkan kerja sekolah.

Tepat pukul 6 petang dia berlatih menyanyi di studio mini bersama bapanya di rumah. Latihan yang konsisten membantu Jamilah menghafal lagu dan membetulkan lenggok, sebelum melakukan persembahan pada setiap hujung minggu.

Tambah Kamariah: "Di rumah, Jamilah tak banyak cakap dan pemalu tetapi sebaik saja berada di atas pentas, dia bertukar menjadi individu yang bersahaja dan ramah berkomunikasi dengan penonton."

Monday 24 October 2011

Persembahan Eksklusif

Minggu ini jamilah menerima dua jemputan eksklusif untuk membuat persembahan.

Persembahan pertama adalah di Royal Selangor Golf Club pada 19 Oktober 2011 di atas undangan Y. Bhg. Dato' Khalil Akashah sempena Majlis Makan Malam Sempena Pertandingan Golf Piala Shahreen 2011. Tetamu Kehormat undangan adalah Yang Mulia Raja Perlis, Duli  Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Jamilah membuat persembahan bersama Mardiana Alwi, graduan Aswara dan pelakon TV dengan diiringi oleh muzik Keyboard oleh Azhar A.

Persembahan kedua adalah di Hotel Istana sempena Majlis Penutup Karnival Sukan Kementerian Perdagangan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 23 Oktober 2011 yang disempurnakan oleh Menteri YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.



Monday 12 September 2011

Hari Raya 2011 yang meriah

Sudah menjadi tradisi bagi umat Islam di Kepulauan Melayu untuk pulang ke kampung berhari raya.

Kami juga tidak ketinggalan pulang ke Kampung Kemumin yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan. Oleh kerana cuti panjang sebelum dan selepas Hari Raya, laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu (500km) tidaklah terlalu sesak berbanding dengan tahun lepas. Tetapi perjalanan selama 10 jam (cuma berhenti untuk menunaikan solat jamak) tetap memenatkan di dalam bulan puasa.

Namun segala kepenatan seakan-akan hilang bila menjejak kaki ke kampung halaman. Itulah keunikan berhari raya di kampung halaman.

Hari Raya yang ketiga kami bertolak ke rumah Kaklong Imtiaz di Ipoh. Wow.. keadaan lalu-lintas dari Macang ke Jeli sungguh sesak. Tak sempat untuk hadir ke Rumah Terbuka Tok Pa (Datuk Mustafa Muhammad di Jeli. Sampai di Ipoh sudah 9.00 malam.

Hari Ahad 4 September 2011 kami ke Rumah Terbuka Tun Mahathir Mohamad. Ramai sungguh yang datang. Kami sabar beratur di tengah panas terik matahari bersama pengunjung-pengunjung lain yang berbagai bangsa dan agama cuma untuk bersalaman dengan bekas pemimpin agung negara tersebut. Malang sekali bila kami hampir sampai untuk bersalaman, Dr. Mahatir terpaksa menangguh bersalaman dengan orang-ramai kerana menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin. Namun Jamilah melalui jasa baik Puan Ros, pembantu peribadi Tun Hasmah sempat bersalaman dengan Tun Hasmah Mohd Ali.

Pada 7 September, Jamilah membuat persembahan di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya. Di situlah buat pertama kalinya sebuah lagu baru "Senyum Mesra" yang terdapat di dalam album sulung Jamilah diperdengarkan kepada khalayak ramai. Sambutannya sangat menggalakkan.

Pada 11 September kami ke rumah Hj. Abdullah Safri di Shah Alam untuk berlatih keroncong sebagai persediaan untuk persembahan di Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia pada 24-27 September ini.









Wednesday 24 August 2011

Kem Motivasi Alihan Pelajar

Pada 20 dan 21 Ogos 2011 Jamilah telah dipilih oleh Yayasan Telekom Malaysia untuk menghadiri Kem Motivasi Alihan Pelajar yang dikendalikan oleh Dr Tengku Asmadi dari MAP Training and Consultancy Services Sdn Bhd.

Ikuti cerita pengalaman beliau menghadiri Kem Motivasi tersebut....

Wednesday 10 August 2011

Selamat Berpuasa Ramadan 1432 Hijrah



Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk bertemu dengan bulan Ramadan 1432 H (2011M). Minggu terawal puasa ini nampaknya begitu ramai yang datang ke masjid dan surau untuk berbuka puasa dan solat Tarawih. Mudah-mudahan trend sini dapat dipertahankan sehingga penghujung Ramadan dan seterusnya setiap hari selepas Ramadan.

Penulis yang dilantik sebagai Bendahari Kewangan Surau Taman Saraya sepanjang bulan Ramadan ini nampak peningkatan yang mendadak di dalam sumbangan derma kepada surau kami pada tahun ini. Syukur kerana suasana yang aman dan ekonomi yang mapan membolehkan kita beramal dengan selesa. Semoga juak-juak yang suka membuat onar bermusabahah diri di dalam bulan puasa ini.

Dalam pada itu majlis berbuka puasapun banyak diadakan di sana-sini. Semalam adik-adik Jamilah, Akmal dan Habibah yang merupakan anak-anak Permata Seni Tari telah diraikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri di dalam Majlis Berbuka Puasa di Seri Perdana, Putrajaya.

Sunday 24 July 2011

E-Mail dari Canada

Yth. Bpk Abu Bakar Ismail,

Terima kasih sekali atas kebaikan Bapak yang berniat untuk menghadiahi saya CD Jamilah. Terus terang, saya dengan senang hati bersedia untuk mengganti ongkos kirimnya bila diperlukan dan untuk itu saya memerlukan alamat Bapak karena bagi saya yang paling mudah adalah mengirimnya lewat Western Union. Saya sudah berniat pula nanti akan membeli versi VCD nya.

Sekedar untuk diketahui, saya 'menemukan' Jamilah di YouTube sebenarnya secara kebetulan (lagu Semalam di Cianjur yang bersama Hetty Koes Endang). Aneh bin ajaib saya terpesona suaranya. Sejak itu saya rajin mendownloadnya dari YouTube.

Ada sisi lain yang saya kagumi dari putri Bapak, yaitu ketekunannya berlatih seperti yang tampak dalam video2 di YouTube tersebut. Saya malah, kalau diijinkan, one day kalau ada waktu ingin menampilkan (upload) dua video Jamilah saat latihan dan dan saat pentas (lagu Di Ambang Sore, yang sudah saya lama saya download) di Note Facebook saya. Alasan saya sederhana, Jamilah adalah contoh yang sangat positif untuk generasi muda terutama bagi mereka yang di Malaysia dan di Indonesia. Ketekunan berlatih/belajar, sabar akan proses, dan punya komitmen pada kualitas seperti yang tampak dalam dua video tersebut kadang menjadi hal yang langka di jaman yang serba cepat dan instant ini.

Kalau di blog saya, http://iramakeroncong.blogspot.com/ , saya sudah menampilkan Jamilah yang linked ke YouTube. Menurut saya itu adalah penampilannya yang terbaik karena kesan saya dia membawakan lagu itu 'mindfully'.

Maaf kalau email ini terlalu panjang. Mengenai alamat saya selama saya studi ini adalah:

xxxxxx
xxxx University Drive
Hamilton Hall 2030
Burnaby, BC, V5A 1S6
Canada

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Semoga proses penggarapan albumnya lancar dan lagu-lagu Jamilah dapat diterima dengan baik, baik oleh masyarakat Malaysia maupun Indonesia. Salam dan selamat berkarya untuk putri Bapak, Jamilah.

Salam

Friday 8 July 2011

Terima Kasih KOSMO

Penulis mengucapkan terima kasih kepada akhbar KOSMO, khasnya wartawan Najibah Hassan, wartawan Izyan dan jurugambar Mohd. Noor Mat Amin yang datang ke rumah kami petang tadi (8 Julai 2011) untuk membuat rencana tentang Jamilah dan keluarga kami.

Sebagai anak remaja tentu Jamilah merasa kekok untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan. Namun pengalaman sebegini sangat berguna kepada Jamilah untuk menghadapi akhbar di hari-hari muka.

Penulis rasa bertuah dapat bertemu dan berkenalan dengan insan-insan yang istimewa dan cepat mesra ini.

Jurugambar Mohd Noor Mat Amin adalah pemegang rekod mendaki Gunung Kinabali 111 kali dalam masa 111 hari pada pada 20 april 2010.Kejayaan beliau direkod dalam Malaysia Book of Records.

Wartawan Najibah pula adalah adik kepada Datuk Fuad Hassan dan Mohd Zain Hassan, kedua-dua mereka adalah sahabat baik saya.

Sama-samalah kita tunggu terbitnya artikel mereka mengenai Jamilah di dalam akhbar KOSMO nanti.

Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seorang peminat Jamilah yang mengirimkan buah-tangan kepada Jamilah melalui wartawan Kosmo.


Monday 4 July 2011

Di mana khazanah seni Wawang Wijaya berada?

Pada 26 Jun 2011 lepas genaplah dua tahun Wawang Wijaya meninggal dunia.

Walaupun tarikh sebenar beliau meninggal dunia tidak diketahui, namun berdasarkan tarikh penemuan mayat beliau oleh polis yang memecah masuk ke rumah sewaannya di Damansara Damai bolehlah dikira sebagai tarikh kematian beliau.

Anak kelahiran Yokjakarta ini dilahirkan pada tahun 1945 ketika pendudukan Jepun di Asia Tenggara. Beliau dibesarkan di Semarang dan belajar bermain alat-alat keroncong dari datuknya. Bakatnya di dalam bidang muzik telah menarik syarikat Lawrey Organ menawarkan beliau sebagai "Demonstrator". Sebagai demonstarator, beliau menjelajah ke seluruh Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

Pada tahun 1977 beliau mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur. Di sinilah beliau mendapat hidayah dan memeluk ugama Islam melalui Perkim.

Berita kematian beliau bukan sahaja mengejutkan sanak-saudara dan sahabat-sahabat beliau di seluruh dunia, malah mendapat perhatian khas dari isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Di dalam surat beliau kepada pengarang Utusan Malaysia bertarikh 15 September 2009, Tun Siti Hasmah menulis :

"Saya mula berkenaalan dengan Pak Wang (nama yang biasa kami gunakan) melalui BAKTI ketika membuat latihan nyanyian lagu-lagu popular untuk persembahan. Pak Wang akan bermain apa jua lagu yang dipilih. Bagi saya beliau akan berikan lagu-lagu lama ciptaan Ismail Marzuki, umpamanya "Dari Mana Datangnya Asmara" dan "Sampul Surat" dan beliau ingin kepada rentak keroncong."

Seterusnya Tun Siti Hasmah menulis :

"Saya lebih rasa terkilan dan sedih kerana Pak Wang telah beri saya sekeping CD menunjukkan cara beliau melatih Jamilah Abu Bakar yang beliau sayangi dan berharapan tinggi akan menjadi penyanyi keroncong tanahair yang unggul. Benar, Jamilah berpotensi tinggi dan jarang saya mendengar seorang gadis berusia belasan tahun minat menyanyi keroncong asli seperti Jamilah"

" Saya berharap ibu-bapa Jamilah akan pastikan Jamilah akan terus menyanyi lagu-lagu keroncong asli supaya jasa dan kepakaran Allahyarham Wawang Wijaya akan terus diingati dan berkembang"

Tulis Tun Siti Hasmah seterusnya:

Allahyarham Pak Wang, saya percaya, mempunyai banyak buku-buku dan manuskrip lagu-lagu keroncong. Saya berharap legasi Pahlawan Keroncong Negara ini dapat diperolehi dan disimpan sebagai khazanah keroncong di Universiti ASWARA, Kementerian Kebudayaan dan Warisan"

Persoalannya, tidak ada pihak yang menyambut harapan dari bekas isteri pemimpin negara tersohor itu. Buku-buku dan khazanah tinggalan Pak Wawang tidak diketahui berada di mana sekarang ini.

Saya rasa kunci kepada misteri khazanah Pak Wawang ada di tangan sahabat baik beliau yang bernama ANDY CHOW.

Wawang Wijaya pernah menulis di dalam Majalah Keroncong Tjroeng begini :

“I realised now that Keroncong Music is not at the helm in their top like in the Fifties thru Seventies ; even also in Malaysia like in Indonesia, Keroncong are gradually slowdown toward minimize situation which some times become a worriedness in a question : What will be happened to our prestigious Keroncong Music? And where is the destination of Keroncong Music? A museum of Musicology to tell the next Generation that KERONCONG WAS HERE BEFORE ???.



Saturday 2 July 2011

Seminar Muzik sempena Festival Muzik KL

Pada hari ini(Sabtu 2 Julai 2011) saya berkesempatan menghadiri Seminar Muzik di Balai Senilukis Negara. Seminar ini diadakan sempena dengan Festival Muzik KL 2011.

Seperti seminar-seminar ilmiah yang lain, seminar ini juga tidak menarik ramai orang menghadirinya, walaupun penceramah-penceramah dan moderatornya adalah terdiri daripada nama-nama besar di dalam industri muzik.

Penceramah-penceramah pada sesi pagi terdiri daripada En. Nik Mustapha Nik Md Salleh, pensyarah muzik di ASWARA, Encik Fauzi Marzuki, komposer yang tidak asing lagi dan Encik Ong Peng Chu dari PRISM ( Performers & Artistes Rights Society)

Di sebelah petang pula, penceramah-penceramah terdiri daripada Datuk Freddie Fernandes, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Encik Salehhuddin Md. Salleh, Setiausaha Bahagian Muzik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, dan Dato' Ramli M.S., pemuzik terkenal tanah air.

Di antara ungkapan-ungkapan yang menarik yang disampaikan oleh penceramah-penceramah adalah :

1. Malaysia adalah pengeksport bahan cetak-rompak yang tertinggi di dunia - En.Ong Peng Chu.
2. Ada pemuzik Melayu yang terkenal di negara lain (China)- En. Ong Peng Chu.
3. Lagu yang hit tidak semestinya hebat. Lagu yang hebat selalunya tidak bergantung pada arrangement muzik, walaupun ianya penting - En. Fauzi Marzuki
4. Pemuzik perlu jujur pada diri sendiri. Pemuzik adalah kerjaya yang susah yang dianggap senang - Dato' Ramli MS
5. Di dalam dunia muzik, tiada istilah No.2, semuanya mesti No.1 - Dato' Ramli MS
6. Pemuzik di Malaysia suka berpuak-puak dan suka mengata-ngata di antara satu sama lain - Dato' Ramli MS.

Fikir dan renungkanlah

Saturday 18 June 2011

Battle of the stars

Sewaktu rencana ini ditulis, Jamilah sedang di dalam perjalanan ke Penjara Penor di Kuantan, Pahang. Jamilah masuk penjara? Ya, Jamilah masuk penjara tetapi bukan sebagai pesalah atau banduan.

Jamilah terpilih ke Kem Koreksional Kebangsaan di sana selama seminggu mulai isnin ini. Terima kasih kepada Cikgu Tukinah dari SMK Taman Tasik yang berusaha bersungguh-sungguh memastikan Jamilah mendapat tempat ke Kem Koreksional Kebangsaan tersebut.

Tiga hari sebelumnya iaitu pada hari Khamis 16 Jun 2011, Jamilah menjadi "ayam tambatan" SMK Taman Tasik di dalam pertandingan Nyanyian Sekolah-Sekolah peringkat Daerah Hulu Selangor. Di antara finalis di dalam pertandingan tersebut termasuklah dua orang "seteru tapi kawan" Jamilah. Mereka adalah Puteri Asparina dan Maisyarah.

Puteri Asparina adalah Johan Bintang Kecil RTM pada tahun 2008 dan Naib-Johan Bintang Idola Kecil TV9 pada tahun 2010. Mereka (Puteri Asparina dan Jamilah) pernah berkongsi pentas di pertandingan Bintang Kecil RTM Peringkat kawasan tengah dan di majlis pelancaran "Setiap Anak Permata Negara" di Auditorium P. Ramlee Angkasapuri.

Maisyarah juga bukan calang-calang penyanyi remaja. Mereka (Maisyarah dan Jamilah) pernah bersama-sama menjayakan Konsert Diraja Kementerian Pendidikan pada tahun 2005. Khabarnya beliau kini sering membut persembahan di Saloma Bistro.

Jadi pertandingan nyanyian solo sekolah-sekolah daerah hulu Langat merupakan pertembungan atau "battle of the stars" bagi ketiga-tiga orang penyanyi tersebut. Pertandingan tersebut bukan sahaja menguji kekuatan vokal mereka, tetapi juga mencabar kekuatan mental dan kepercayaan pada diri sendiri.

Keputusannya Jamilah ditabalkan sebagai JUARA.



Dalam pada itu adik-adik Jamilah iaitu Habibah(7 tahun) dan Akmal (10 tahun) di dalam masa tiga minggu lepas sibuk berlatih menari di Permata Seni Tari untuk membuat persembahan di majlis pertunangan Nooryana (anak YAB Perdana Menteri) dengan Daniyar dari Kazakstan di Seri Perdana, Putrajaya pada 17 Jun 2011.

Sunday 29 May 2011

Periksa, periksa, periksa!!!

Tiga minggu kebelakangan ini adalah minggu pepriksaan bagi Jamilah.

Peperiksaan penggal persekolahan SMK Taman Tasik bermula dari 2 Mei hingga 19 Mei 2011. Sememangnya peperiksaan perlu untuk menilai tahap penerimaan pelajaran yang diberikan oleh guru. Sekurang-kurangnya memberi peluang kepada kita memperbaiki apa yang kurang. Insya Allah keputusannya dijangka baik.

Kemudian diikuti pula oleh peperiksaan vokal Tahap 3 di Singing Shop, Amcorp Mall, Petaling Jaya. Berkat asuhan oleh gurunya, Ludwig Walet Medrano dan Loardes (orang Filipina), Jamilah melaluinya dengan penuh yakin.

Pada 28 Mei 2011, Jamilah memasuki peperiksaan vokal Gred 7 yang dijalankan oleh Guild - The Australian Public Music and Speech Examination Board. Peperiksaan ini diiktiraf oleh JPA. Jamilah menyanyi empat lagu untuk peperiksaan ini iaitu "I dreamed a dream", "If I ain't got you", "One Moment in Time" dan "Can this be love".

Daripada apa yang diberitahu, pemeriksa Guild "terpesona" dengan nyanyian Jamilah. Harap-harap Jamilah mendapat markah yang baik.

Dalam pada itu, adik-adik Jamilah, Akmal (10 tahun) dan Habibah (7 tahun) terpilih ke Kem Permata Seni tari di Hotel Flamingo Ampang dari 29 Mei hingga 4 Jun 2011. Mereka akan membuat persembahan di Seri Perdana pada pertengahan bulan Jun ini.


Latihan di rumah untuk hadapi periksa vokal gred 7


Dalam sibuk periksa sempat buat persenbahan di Putrajaya

Saturday 14 May 2011

Tahniah S.K. Taman Bukit Teratai & Tahniah Jamilah

Pelajar-Pelajar SK Taman Bukit Teratai dengan Piala Kemenangan

Jamilah Menerima Anugerah Kecemerlangan PMR 2010



Minggu ke-dua bulan Mei lepas adalah minggu yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga.

Pertamanya kerana pada hari Rabu 11 Mei 201, Akmal yang sedang belajar di Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai, Ampang akan menyertai sembilan rakan-rakannya mewakili sekolah di dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat.

Hampir sebulan mereka berlatih menari di sekolah untuk menyertai pertandingan itu. Semua yang terlibat termasuk Guru Besar, guru-guru, pelatih tari, ibu-bapa dan peserta-peserta menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut.

Maka apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu, peserta-peserta tari SK Taman Bukit Teratai telah mencipta kejayaan besar apabila merangkul kesemua kejuaraan yang dipertandingkan di peringkat sekolah rendah, iaitu Johan Tarian Rampai, Johan Tarian Etnik dan Johan Keseluruhan.

Tahniah kepada semua penari-penari SK Taman Bukit Teratai. Tahniah juga kepada guru-guru terutamanya Cigu Zila dan Cikgu Suzana. Tahniah juga kepada jurutari yang saya tak tahu namanya, tetapi dipanggil “Kenik”.

Berita terbaharu diterima bahawa enam penari S.K. Taman Bukit Teratai telah dipilih ke Program Permata Negara. Di antara mereka termasuk adik-adik Jamilah iaitu AHMAD AKMAL (10 Tahun) dan HABIBAH (7 Tahun).

Ke-duanya pula pada hari Sabtu 14 Mei 201, pagi-pagi lagi kami telah ke Dewan Ibnu Khaldun, S.M.K. Taman Tasik, Ampang untuk menyaksikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah bagi tahun 2010.

Jamilah adalah salah seorang daripada penerima anugerah itu di dalam kategori Pelajar terbaik PMR 2010 dengan meraih 8A.

Tahniah dan syukur. Terima kasih kepada kepada guru-guru yang mengajar Jamilah, termasuk juga Pengetua, Puan Zaini Mohd Zain dan Guru Kokurikulum, Cikgu Tukinah yang menggalakkan Jamilah cemerlang di dalam bidang pelajaran dan nyanyian.



Lirik Amin berunsur Tasauf

Oleh Abdul Aziz Itar - Utusan Malaysia 14 Mei 2011



LIRIK-lirik nukilannya bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.

Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.

"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.

"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.

"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.

Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.

S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.

"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.

"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.

Selain menghasilkan lirik bertemakan ketuhanan, bapa kepada Sharifah Nur Aisyah, 19, Sharifah Nur Atiqah, 17, dan Sharifah Nur Anisah, 15, ini juga tidak melupakan isu-isu sosial dalam masyarakat.

Beliau contohnya, banyak mengungkap isu-isu sosial dalam lirik tulisannya yang penuh dengan sindiran seperti Kupu-Kupu Malam, Sindrom Kotaraya, Satu Catitan dan Suasana Di Tasik Perdana.

Bukan setakat menyerapkan elemen-elemen tasauf menerusi lirik lagu, tetapi Amin juga menggunakan medium lukisan sebagai satu lagi wadah bagi mengetengahkan mesej-mesej murni tersebut.

Suami kepada Junaidah Johari, 48, yang juga bekas anggota kumpulan trio Ideal Sisters yang popular pada tahun-tahun 1980-an ini memaparkan banyak elemen ketuhanan di sebalik lukisan-lukisannya.

"Lukisan terbaru saya berjudul Hukum Kasih yang memaparkan potret dua orang tokoh agama yang juga dikatakan wali Allah iaitu Tok Kenali dan Tok Lombok telah pun saya siapkan pada tahun lalu.

"Di setiap lukisan saya, akan sertakan diskripsi supaya ia boleh dikaitkan dengan apa yang dipaparkan di sebalik gambar tersebut. Ia sesuatu yang abstrak dan mengikut pemahaman sendiri," jelasnya.

Pada sisi lukisan itu, Amin menulis ayat, 'Kepada-Mu Kekasih adalah tariqat. Hukum kasih adalah hakikat. Tok Kenali, Tok Lombok ku kenal dalam mimpi. Ilmu tuk, tuk sorok, ku jumpa dalam hati.'

Pada masa sama, dia kini sedang menyudahkan potret sembilan wali Allah yang terkenal di Indonesia yang dikenali sebagai Wali Songo di mana empat daripadanya sudahpun disiapkannya.

"Saya telahpun melukis empat daripada sembilan wali itu iaitu Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonong dan Sunan Kudus. Semuanya akan siap pada tahun depan. Satu pameran khas akan diadakan," katanya.

Penulis lirik terbaik menerusi lagu Suci Dalam Debu pada Anugerah Juara Lagu 1990 ini berkata, dia juga kini sedang menyiapkan lukisan terpanjangnya iaitu sepanjang satu kilometer yang menjadi impiannya.

Amin yang mula melukis 1,001 wajah di seluruh dunia sejak 2004 itu akan menyudahkan baki sekitar 200 meter lukisan itu dalam waktu terdekat ini.

"Sepanjang menyiapkan lukisan itu, saya telah menggembara ke banyak negara seluruh dunia antaranya ke China, Mexico, Sri Lanka, Kemboja, Mesir, Greece, Turki, India dan United Kingdom.

"Sewaktu berada di London pada 2008 saya telah menyiapkan 20 meter lukisan itu yang memaparkan Sungai Thames. Sayangnya buat masa ini, projek itu seakan-akan terbengkalai.

"Setakat ini, tiada maklum balas daripada pihak Balai Seni Lukis Negara bagi membantu saya menyiapkan lukisan itu. Rasa kecewa juga. Saya terpaksa mencari dana sendiri untuk menyiapkannya kelak," harapnya.

Jika berjaya disiapkan, lukisannya itu akan dimasukkan ke dalam buku Malaysia Book of Records sebagai lukisan terpanjang di Malaysia yang memaparkan tempat-tempat menarik di dunia.



Tuesday 3 May 2011

Jamilah di Kosmo 4 Mei 2011


Keroncong berbunga di hati Jamilah
Oleh Sahlizah Mohamed – Kosmo 4 Mei 2011

Tidak pernah terlintas dalam minda gadis berumur 16 tahun ini bahawa dia akan memiliki sebuah album rakaman, apatah lagi apabila semua lagu dendangannya dirakam dalam irama keroncong.

Segala-galanya bermula kira-kira enam tahun lalu apabila Jamilah Abu Bakar yang pada ketika itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai di Ampang dekat Kuala Lumpur dipilih untuk mewakili sekolahnya ke Pertandingan Keroncong Remaja peringkat Negeri Selangor.

Namun pada hari pertandingan itu Jamilah diberitahu dia masih belum layak untuk menyertai pertandingan tersebut kerana belum cukup umur, tetapi diberi pelepasan untuk menyanyi sebagai penyanyi jemputan.

“Saya tidak kisah kerana masih lagi diberi peluang untuk menyanyi. Pada waktu itu memang saya rasa takut dan gementar kerana itulah kali pertama saya menyanyi di hadapan orang ramai

“Percaya atau tidak, ketika menyanyi saya pegang kertas yang mengandungi lirik kerana terlalu gemuruh. Bermula dari situlah saya mula menggemari irama keroncong sehingga ke hari ini” kata Jamilah ketika ditemui di Irama Studios Puchong, Selangor baru-baru ini.

Bertitik tolak daripada pertandingan tersebut, kelunakan suara Jamilah melantunkan irama keroncong mendapat perhatian salah seorang juri pertandingan, Abdullah Safri. Dua tahun kemudian Jamilah sekali lagi dijemput selaku penyanyi undangan dalam pertandingan sama sehingga dia dipertemukan dengan komposer keroncong dari Indonesia yang sudah tidak asing lagi, Wawang Wijaya.

“Bagaimanapun saya hanya sempat mempelajari keroncong daripadanya selama tiga tahun sahaja sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2009

“Setelah pemergian Wawang, saya berlatih pula dengan komposer lagu keroncong iaitu Mahzan Manan sejak dua tahun lalu,” tutur gadis berkulit cerah itu.

Selain dijemput selaku penyanyi jemputan pada majlis-majlis formal atau perkahwinan, jamilah juga cukup bertuah kerana dia sudah lima tahun berturut-turut dijemput untuk membuat persembahan setiap kali berlangsungnya majlis konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Cinta Jamilah kepada keroncong semakin menebal dari sehari ke sehari dan pada masa sama dia menerima sokongan padu daripada ibu bapanya termasuk juga daripada kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang.

“Alunan lembut irama keroncong amat berbeza dengan muzik-muzik lain. Pada pandangan saya, keroncong adalah sejenis muzik kelas atasan yang sering didengari oleh golongan diraja dan elit.

“Lirik keroncong amat puitis dan penggunaan bahasa juga amat romantik selain sebutan Bahasa Melayu yang tepat. Itu yang membuatkan keroncong sedap didengar,” jelas anak ketujuh daripada Sembilan beradik itu.

Sebagai langkah untuk berkongsi muzik keroncong dengan pendengar, Jamilah dengan bantuan Mahzan kini dalam proses untuk menghasilkan sebuah album keroncong yang mengandungi 12 buah lagu.

Mula memasuki studio pada bulan November lalu, Jamilah sudah selesai merakamkan 10 buah lagu yang dicipta oleh Mahzan, bapanya sendiri Abu Bakar Ismail dan beberapa komposer yang turut menyumbangkan gubahan lagu untuk didendangkan oleh Jamilah.

“Saya amat seronok, tetapi alam masa yang sama berasa sedikit tertekan kerana semuanya perlu sempurna.
“Ada juga pantang larang yang perlu saya jaga seperti tidak boleh minum minuman berais, tidak boleh menjamah makanan yang pedas selain saya turut amalkan meminum madu setiap hari,” katanya yang memperuntukkan satu jam sehari untuk berlatih vokal di rumah.

Masih belum meletakkan judul album, hasil bakat Jamilah tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan sebelum Jamilah dan bapanya merangka perancangan seterusnya iaitu untuk melancarkan dan mempromosikannya.

“Saya amat berharap agar album itu nanti akan dapat diterima oleh semua golongan. Lagu-lagu dendangan saya bukan hanya untuk golongan dewasa, malah turut disasarkan juga kepada golongan muda-mudi seperti saya,” ujar Jamilah yang mengangumi penyanyi keroncong dari Indonesia, Tuti Tri Sedya.


Persembahan di Pertandingan Keroncong Remaja Selangor di MPAJ 2005


Jamilah di Konsert Keroncong Kasih Menyusur Zaman Petronas 2010


Lagu Ratu Hatiku di dalam album baru Jamilah

Sunday 24 April 2011

Mahzan Manan - Penggiat seni yang hampir dilupakan

Terima kasih diucapkan kepada akhbar harian Kosmo yang datang menemual Jamilah dan keluarga di Irama Studios, Puchong pada petang Ahad lepas (24 April 2011).

Walaupun hujan turun dengan lebatnya bersama petir sabung-menyabung, tidak mematahkan semangat wartawan Sahlizan Mohamed dan jurugambar Kosmo meredah suasana mencari arah ke Pusat Bandar Puchong yang memang mengelirukan bagi yang jarang-jarang pergi ke sana.

Khabarnya rencana mengenai Jamilah akan disiarkan di dalam akhbar Kosmo pada hari Rabu, 4 Mei 2011, di dalam ruangan belia. Sama-samalah kita nantikannya.


Turut sama di dalam pertemuan itu ialah Hj. Mahzan Manan, pemilik Irama Studios dan anak lelakinya, Saiful Ekram, sebagai Pengurus teknikal Irama Studios

Hj. Mahzan Manan (76 tahun), seorang penggiat seni dan pencipta lagu yang hampir dilupakan. Beliau telah banyak mencipta lagu-lagu yang menjadi "hit" pada tahin-tahun 70an dan 80an, tetapi saya difahamkan beliau tidak pernah menerima royalti daripada lagu-lagu ciptaan beliau yang dimainkan di corong-corong radio.

Sudah sampai masanya pihak-pihak berkenaan seperti MACP mengambil langkah proaktif dengan menemui beliau dan mendaftarkan berpuluh-puluh lagu ciptaan beliau yang telah dirakamkan.

Lagu-lagu ciptaan beliau juga pernah dijadikan lagu wajib di dalam pertandingan nyanyian Radio Malaya pada tahun 60an. Sudah sampai masanya Kelasik Nasional menyiarkan lagu-lagu lama beliau dan mengisahkan liku-liku perjuangan anak seni ini.

Alangkah baiknya jika Istana Budaya dapat mengadakan sebuah konsert menyanyikan lagu-lagu beliau seperti mana yang dibuat untuk pencipta-pencipta lagu lain.

Friday 15 April 2011

E-Mail dari seorang Pensyarah

Assalamualaikum Jamilah

Saya terjumpa youtube nyanyian adik Jamilah ni dan donlod beberapa klip/mp3 utk didengar ketika drive dan buat kerja.

Nasihat saya, jaga pelajaran dan kalau boleh tak perlu masuk AF kerana program tu glamer saja dan anda akan sibuk utk melayan program2 mereka.

Maintain dgn apa yg ada sekarang. Harus patuh dgn nasihat org tua. Kepada ayah anda, En ABu Bakar, syabas kerana didikan dan Tuan bersyukor dgn bakat kurnian suara olehNya kepada anak Tuan. Bandingkan dgn Siti, pada saya Jamilah jauh lebih bagus, mewakili penyanyi2 hebat terdahulu seperti Sharifah Aini, Rafeah Buang, Sanisah Huri. Tak perlu utk memperkenalkan diri ke kaca tv.

Mungkin tak perlu jadi glamer spt bebudak AF dan Siti. Biar la menjadi "well kept secret" bakat adik Jamilah. Yg penting hidup bebas, ceria dan selesa dgn apa yg ada sekarang.

Saya harap permata suara ini akan terus menyumbang suasana merdu di telinga saya berbanding dgn kualiti suara penyanyi yang semakin merundum yg terdapat dipersada seni skrg.

Doakan Jamilah sentiasa dilindungiNya, terus improve kualiti nyanyian, Sentiasa jaga diri dan nama keluarga.

Peminat Suara Jamilah
Pendidik IPTA

Saturday 9 April 2011

Dato' Johari Salleh - Permata Muzik Negara

Dato' Johari Salleh bersama Jamilah dan Pemuzik Keroncong Irama Baru di Majlis Konvokesyen UKM 2010

Dato’ Johari Salleh dilahirkan pada 9 Februari 1940 di Geylang, Singapura. Anak lelaki kepada keluarga Mohd Salleh Bin Mohamad berasal dari Melaka dan Puan Munarah Shuib, berasal dari Singapura.

Beliau mula belajar muzik dan menggubah lagu daripada ayahnya sendiri serta dari seorang guru muzik bernama Saaban Saliman. 

Pada tahun 1968 Johari Salleh mendapat Diploma in Music (Composition and Arrangement) daripada Berklee College of Music, Boston, USA.

Sebahagian besar daripada kerjaya muzik beliau tertumpu di Radio dan Telivisyen Malaysia (RTM). Bermula sebagai Pemuzik Tetap Radio Malaya pada tahun 1961, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Muzik RTM pada tahun 1976. 

Pada tahun 1983 beliau meninggalkan RTM dan menjadi Pengarah Urusan Syarikat Josal Music Sdn Bhd sehingga tahun 1986. Seterusnya beliau menjadi  Pengarah Muzik Orkestra Kuala Lumpur (1987-2000) dan Perunding Muzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2001-2004)-

Kemudian beliau berkhidmat sebagai Felo Tamu Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai 2004 hingga 2008. Pada masa sekarang Dato’ Johari Salleh berkhidmat sebagai Felo Kanan di Pusat Perkembangan Pelajar, UKM.

Beliau banyak berkarya dalam bentuk muzik simfonik untuk digunakan oleh orkestra-orkestra besar  seperti dari Sepanyol, Orkestra Sinfoni Kebangsaan Malaysia dan Kuala Lumpur Symphony Orchestra. Beberapa karya simfoni Dato’ Johari Salleh pernah dipersembahkan oleh The New York Symphonic Ensemble, Singapore Symphony Orchestra, St.Pittersburg Philharmonic Orchestra dari Russia dan Cadaquez Symphony Orchestra. 

Di antara sumbangan beliau di dalam lagu-lagu tanahair adalah lagu UMNO  `Bersatu Bersedia Berkhidmat' (1986), serta lagu-lagu komersial untuk penyanyi popular era 70-an dan 80-an seperti Tan Sri S.M. Salim, Suhaili Shamsuddin, Frankie Cheah,  M Rizal, Yasmin Yusuff, Herman Tino, Hanafiah Yunus, Shidee dan Rahimah Rahim.

Pada 9 Ogos 2010, Dato’ Johari Salleh dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kesenian) di sesi kelima Majlis Konvokesyen UKM ke-38 oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ikuti salah satu lagu ciptaan Dato' Johari Salleh, Gadis dan Bunga ..... 

Monday 4 April 2011

Cara Download dari Youtube

Saya menerima beberapa pertanyaan bagaimana untuk download lagu-lagu Jamilah dari Youtube.

Anda boleh download dengan menggunakan www.savevid.com

Caranya :

1. Buka Youtube dan copy tajuk video yang hendak di download.
2. Buka www.savevid.com
3. Paste tajuk video pada kotak "search" di savevid.com dan enter
5. Klik Download

Thursday 31 March 2011

Karya Emas Ooi Eow Jin

Ooi Eow Jin dilahirkan pada 3 Jun 1938 di George Town, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Wellesley dan Sekolah Rendah Westlands. Beliau melanjutkan pelajaran menengah di Penang Free School.

Setelah menamatkan alam persekolahan, beliau telah berkhidmat sebagai guru sementara di SJK (Cina) Li Tek, Pulau Pinang selama 2 tahun mulai tahun 1956. Kemudiannya berkhidmat sebagai kerani di Jabatan Ukur Pulau Pinang.

Beliau belajar bermain piano klasik selama empat tahun sebelum berjinak-jinak dengan muzik pop. Bermain muzik secara sambilan bersama kumpulannya di Pulau Pinang. Semasa bermain di Hotel E&O Pulau Pinang, Alfonso Soliano seorang pemuzik terkenal tertarik dengan bakatnya lalu menawarkannya untuk bermain dengan Orkestra RTM.

Beliau menyertai Orkestra RTM sebagai pemuzik pada tahun 1963 sehingga tahun 1967. Beliau berhijrah ke TV3 pada tahun 1986 hingga 1999.

Beliau banyak mencipta lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Sudirman, Dahlan Zainudin, M Nasir, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, Flora Santos, Alleycat, Jennifer Yen dan Francis Yip.

Beliau juga pernah berkhidmat di Instutut Teknologi Mara, Asia-Pacific of Broadcasting, Yamaha Music School, International College of Music dan Universiti Putra Malaysia.

Ikuti sebahagian daripada lagu-lagu hit ciptaan beliau.....



Tuesday 22 March 2011

Highlights of My Youtube channel

1. 80% of those watching are between the age of 45 and 65.
2. Ratio of men and women watching my Youtube are 50:50
3. My most watching videos are Ribaibaru and Kokoro No Tomo
4. 46% of viewers are from Malaysia, 17% from Singapore, 17% from Canada, 12% from USA and 5% from Japan.

Visit www.youtube.com/abubakarismail to discover yourselves.

Tuesday 8 March 2011

Tuesday 25 January 2011

Orkes Keroncong Putrajaya



Orkes Keroncong Putrajaya is one of the most active keroncong groups in Malaysia. Established in the year 2000, the group is led by Abdul Rahim Anuar, 65 who plays guitar.

Other members of the group are Azhar (Keyboard), Wak Ali (Chello),  Osman (Cuk), (Manan (Cak), Rashid (Base Guitar), Yusuf (Flute) and Atan (Violin).


The group has four good keroncong singers. They are Azmi, Amir, Mardiana Alwi and Jamilah Abu Bakar. Occasionally the group also invited other singers for their shows such as Nas Adila, Roy, Hidayah Mustafa and Jabir.

Noramin, who is a former radio broadcaster for Radio Malaysia Kuala Lumpur acts a adviser for the group.

The group has been actively performing keroncong at Laman Seni Putrajaya every last Saturday night of the month since 2008. The group also performs at wedding receptions and corporate functions.

Further information or invitation for the group to perform are welcome.
Please call :
                   H/P   019-2679218  - Abdul Rahim Anuar
                            019-6478180  - Abu Bakar Ismail
                            013-3100256  - Noramin


Sunday 23 January 2011

Wedding Reception at Hilton Petaling Jaya

It has been four years since Jamilah performing at wedding reception for Dr. Irishah bin Dr.Izham and Azlin bt Ishak at Hilton Hotel Petaling Jaya. So when there was an invitation for Jamilah and Orkes Keroncong Putrajaya to perform at the same venue on last 22 January 2011, we were very excited and looking forward for the occasion.

The wedding reception was for Azlan Hj. Yaakub and Nur Afidah Dato' Maswan, both are accountants and working with Petronas. As a former employee of Petronas (1977-2007) I feel very proud of them.


Sunday 16 January 2011

Recording of New Keroncong Songs

Last Saturday ( 15 Janury 2011), on the way sending Jamilah to her vocal class at Ampang Singing Shop, the writer received a telephone call from Mr. Wan Husin from Taman Seri Watan. He is a talented painting artist and also an ardent keroncong fan.

It was a pleasant surprise to note that he wanted to buy 100 units of Jamilah's new keroncong albums which is now in recording process. Actually I met him at the Daya Putra Food stall the previous week and gave him a CD of compilation of Jamilah Singing performance. His family and him were very 'addicted" to the songs in the CD. He had booked Jamilah to sing at his brother wedding reception in Tanjung Bidara, Malacca this coming May 2011.

Back to Jamilah's recording progress, a total of 10 new keroncong songs have been recorded at Mahzan Manan's Studio at Puchong, Selangor. Another 2 songs are awaiting lyrics from a well-known lyric writer.

All the new keroncong songs are writen and composed by Mahzan Manan who had won the 2010 Malaysian Music Song Competion in July 2010. The titles of the songs are :


1. Indahnya Putrajaya (Langgam)
2, Ke Puncak Jaya (Modern)
3. Tiada Kepastian (Asli)
4. Senyum Mesra (Langgam)
5. Tak Kusangka (Langgam)
6. Impianku (Langgam)
7. Ratu Hatiku (Asli)
8. Sinar Bahagia (Langgam)
9. Mana Mungkin (Stambul)
10. Hati Rindu (Asli)
11. Mengapa Terjadi (Langgam)
12. Sumpah Setia (Asli)




Wednesday 5 January 2011

Happy New Year 2011 & A Wedding Reception

Happy New Year 2011 to the fans and visitors of this blog.

Year 2010 has left us with thousands of sweet and bitter memories. All the success and failures must be accepted  and must be regarded as test by Allah - the Creator of this universe.   Life is a struggle - "an unfinished struggle" borrowing a phrase said by our well known leader, Dr. Mahathir Mohamad..

Jatuh bangun dalam kehidupan adalah perkara biasa di dalam kehidupan. Sewaktu kita jatuh jangan bersedih kalau ramai kawan yang menjauhi kita. Ada kawan yang sanggup tidak bertegur sapa walaupun berselisih jalan dengan kita. Ada yang mereka-reka dan menokok tambah tentang keburukan kita. Lalui detik-detik mencabar ini dengan penuh kesabaran dan banyakkan berdoa kepada Allah.

Setelah kita bangun kembali, berazamlah supaya tidak mengulangi kesalahan yang kita lakukan. Berhati-hati memilih kawan. Jangan lupa jasa ibu-bapa, guru-guru, ustaz-ustaz dan orang-orang yang banyak berjasa kepada kita. Hadiahkan al-fatihah kepada mereka sekiranya mereka telah pergi mendahului kita.

The coming of first day of 2011 (1.1.11) must be a beautiful date to be remembered by many. It is not surprise that many people choose to have their wedding receptions on this day.   One of the lucky couples to have their wedding reception on this date is CHA SHIH SIN and LEE MUN KONG.  They chose to have their wedding reception at Kelang Executive Club. 

Many interesting things happened at the wedding reception. The wedding guests are truly reflecting the "1 Malaysia" spirit where all races, Malays, Chinese and Indians sit togeteher to honour the wedding couple.  The programme was run in Bahasa Malaysia. The Emcee who is a Chinese speak fluent and superb Bahasa Malaysia.

We are proud to be in this wedding reception.