Wednesday 11 November 2015

Terapi Elektrik Zikir Ustaz Hamdan Abdullah

Izinkan saya, Abu Bakar Ismail  kali ini menulis tentang pengalaman saya menjalani Rawatan Terapi Zikir Elektrik.

Sebelum ini saya sangat takut dengan elektrik. Saya pernah terkena renjatan elektrik ketika cuba menukar lampu di dinding tangga rumah saya. Saya terjatuh dan tulang selangka sebelah kanan saya terhentak di atas tangga. Mujurlah tidak patah tetapi sengalnya masih terasa hingga kini.

Ekoran dari peristiwa tersebut saya tidak berminat langsung untuk mengetahui apatah lagi mencuba untuk mendapat rawatan elektik menggunakan mesen yang ada di pasaran. Apatah lagi harga mesen terapi elektrik ini sangat mahal sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Persepsi negatif saya mengenai rawatan elektrik untuk menyembuhkan penyakit dan untuk kesihatan berubah apabila saya diperkenalkan oleh sahabat saya, Tuan Abdullah Sulaiman kepada Ustaz Hamdan Abdullah.

Tuan Abdullah Sulaiman adalah Imam Surau Taman Saraya. Beliau telah meminta kebenaran saya untuk mengadakan sesi rawatan Zikir Terapi Elektrik di premis Surau Taman Saraya. Saya adalah pengerusi surau tersebut. Saya membenarkannya secara bersyarat iaitu Surau tidak akan bertanggung-jawab ke atas sebarang implikasi negatif kepada orang-orang yang mendapat rawatan tersebut.

Rawatan Terapi Zikir Elektrik di Surau Taman Saraya telah berjalan setiap hari Sabtu di Surau kami. Saya sentiasa mengelak daripada mencuba Terapi tersebut walaupun dipujuk oleh Tuan Abdullah Sulaiman. Sehinggalah suatu malam beliau mengajak saya bersama Ustaz Hamdan pergi merawat seorang personaliti TV3 yang mengalami stroke di rumah mertuanya di Petaling Jaya.

Saya melihat dengan mata-kepala saya sendiri bagaimana elektrik dari soket rumah tersebut dialirkan dengan menggunakan wayar positif dan negatif di sentuh oleh dua orang pembantu Ustaz Hamdan. Kemudian mereka sambil berzikir akan menyentuh pesakit di bahagian-bahagian badan pesakit tersebut. Keyakinan saya mula timbul apabila pesakit bahagian pesakit yang kaku tersebut mula bergerak. Alhamdulillah. Setelah mendapat tiga kali rawatan beliau kini sudah boleh berjalan. Subhanallah..Maha Suci Allah.

Kini saya telahpun tiga kali menjalani rawatan tersebut. Walaupun saya tidak ada penyakit kronik namun saya merasa kesan positifnya. Melalui internet saya layari beberapa halaman mengenai electricity for healing and for health. Salah satunya yang terbaik ialah Electricity For Health in the 21st Century. Memang meyakinkan. Maha suci Allah yang menemukan Elektrik kepada manusia dan menunjukkan kuasa zikir di dalam mengawal voltan elektrik.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba Rawatan Terapi Elektrik bolehlah menghubungi
       Uztaz Hamdan Abdullah H/P & WhatApp 019-9071 997 (Kelantan), atau
       Tuan Abdullah Sulaiman H/P & WhatApp 019-3288 457 (Kuala Lumpur)








Friday 25 September 2015

Ghazal Jamilah

Bila menyebut nama Jamilah Abu Bakar ianya seolah-olah sinonim dengan irama keroncong.

Masakan tidak, sejak berumur 10 tahun lagi Jamilah telah didedahkan dengan irama keroncong dan belajar keroncong dengan nama-nama besar seperti wawang Wijaya, Mahzan Manan, Abdullah Safri dan Abdul Rahim Anuar.

Kehebatan suaranya telah membawa beliau membuat persembahan keroncong di Dewan Filharmonik Petronas sebanyak dua kali, membuat Konsert Keroncong Diraja Malaysian Youth Orchestra di Alor Setar dan Konsert Keroncong Seribu Satu Malam di Malay Heritage Centre Singapura pada 21 September 2013..

Kehebatan suaranya juga membuatkan penganjur di Singapura berani mengenengahkan beliau sebagai penganyi solo di dalam Konsert Ghazal mengenang Allahyarham Rosiah Chik di
Malay Heritage Centre pada bulan November 2014.

Kini Jamilah semakin berjinak-jinak dengan irama Ghazal. Beliau sering dijemput oleh Kumpulan Anjung Tradisi untuk membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis korporat.

Terakhir sekali beliau membuat persembahan bersama Ghazal ASWARA di NTV7

Anda boleh menghubungi Jamilah melalui Pak Bakar H/P 019-6478180 untuk persembahan di majlis anda.

















Jamilah di Majlis Makan Malam Perasmian Festival Filem Malaysia 2015

Majlis Makan Malam Perasmian Festival Filem Malaysia 2015 telah diadakan di Taman KLCC pada 2 September 2015.

Jamilah telah diberi penghormatan untuk mendendangkan beberapa buah lagu diiringi oleh Kombo RTM pimpinan Jimmy Ali. Turut serta membuat persembahan ialah One Forteen dan Dayang Norfaezah.

Terima kasih kepada penganjur Finas yang menjemput Jamilah membuat persembahan. Feedback yang kami terima dari penganjur sangat memuji persembahan Jamilah.

Sekiranya anda ingin menjemput Jamilah untuk persembahan di majlis anda bolehlah menghubungi Pak Bakar 019-6478180


Hari Keluarga Jabatan Operasi Chukai

Pada 5 September 2015, Jamilah telah dijemput untuk menghiburkan keluarga Jabatan Operasi Chukai di Majlis Hari Keluarga dan Makan Malam yang di adakan di D'Rhu Beach Resort, Balok Kuantan.

Tema yang dipilih adalah Era Pop Yeh Yeh 60an. Majlis malam itu berlangsing dengan penuh mesra dan santai. Anak-anak kakitangan bebas bersama-sama mengambil bahagian menari dengan diiringi dengan dendangan lagu-lagu Jamilah yang berbagai rentakm termasuk lagu Pop Yeh Yeh, Keroncong, Ghazal, Hindustan dan lagu Inggeris.

Bos-bos Jabatan Operasi Cukai juga sangat sporting turut menyanyi. Memang sungguh meriah.

Kalau ada agensi-agensi atau syarikat yang berminat menjemput Jamilah Abu Bakar bolehlah menghubungi: Pak Bakar 019-6478180








Saturday 11 July 2015

Persembahan Untuk Rumah Terbuka Hari Raya atau Perkahwinan

Kami, Jamilah Music Heritage bersedia menyerikan Majlis Rumah Terbuka Raya anda dengan menawarkan pakej-pakej yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Hubungi kami di talian 019-647 8180 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 25 June 2015

Pelancaran Album Bayun Tari Panglima

Syukur Alhamdulillah akhirnya Perlancaran Album Bayun Tari PanglimaJamilah Abu Bakar selamat disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagi Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia yang tersohor, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Laman lobi Sasana Pualam Istana Budaya kelihatan meriah dengan kehadiran rakan-rakan media TV, akhbar dan bloger. Tambah memeriahkan lagi suasana dengan kehadiran Rektor Aswara, Prof Dr Hatta Azad Khan dan Dekan Fakulti Muzik Aswara, Encik Ramlan Imam dan sahabat taulan pencinta seni budaya bangsa.

Terima kasih juruhebah Saudara Haris Mat Nor dari Radio Klasik Nasional menjadi pengacara Majlis.
Terima kasih Istana Budaya yang menyediakan Sasana Pualam secara percuma untuk perlancaran Album kami.

Terima kasih Hj Mohd Khair Ghazali Pengarah Urusan Warisan Sound yang menerbitkan Album ini di dalam dua versi iaitu versi Audio dan versi VCD Karaoke.

Harga album RM20.00 tambah RM5.00 untuk penghantaran Poslaju di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak tambah RM10.00 untuk Poslaju. Bayaran boleh dibuat dengan memasukkan ke dalam akaun CIMB : JAMILAH MUSIC HERITAGE Acc. No. 1228-0007-6200-55 dan maklumkan melalui sms/WhattApp ke 019-6478180 (Pak Bakar)




Saturday 4 April 2015

Album Bayun Tari Panglima

Pernahkah anda pergi ke sebuah kampung bernama Sijangkang, lebih kurang 15 kilometer dari bandar Kelang, Selangor?

Kampung yang tersusun indah ini kebanyakannya dihuni oleh orang Melayu berketurunan Jawa. Di kampung inilah Jamilah berulang-alik hampir setiap minggu berlatih keroncong dengan pemuzik-pemuzik veteran di sana. Di antara mereka adalah Wah Rahim, Wak Basri, Wak Osman, Wak Banan dan Wak Rashid.

Satu lagi nama besar tetapi suka berprofil rendah ialah Wak Khir. Beliau memiliki sistem peralatan siaraya yang canggih dan selalu membekalkan kepada konsert-konsert Ramli Sarip. Jangan terkejut juga kalau diberitahu beliau mempunyai sebuah studio rakaman di belakang rumahnya. Nama-nama besar seperti S. Atan, Bell,A Rozaini, Man Kidal, Ramli Sarip sudah biasa dengan studio miliknya.

Beliau sangat berminat dengan irama tadisional Malaysia. Berbekalkan minat itu beliau telah mengeluarkan album Jamilah bertajuk BAYUN TARI PANGLIMA. Album Audio dan Karaoke ini telah siap dan telah dilancarkan di Istana Budaya oleh Tun Dr. Siti Hasmah, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada 18 Mei 2015. Sesiapa yang berminat untuk membeli secara runcit atau pukal boleh menghubungi HJ Khir H/p 013-3520384.


Sunday 1 February 2015

Tunku Putri Intan Safinaz : I Admire Good Keroncong

Tunku Puteri Intan Safinaz adalah puteri kepada Tuanku Yang Di Pertuan Agong Sultan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Dilahirkan pada tahun 1966 di Alor Star, Kedah, baginda menerima pendidikan awal di Kolej Tunku Kursiah. Baginda melanjutkan pengajian di Chethelmen Ladies College, England. Pada tahun 2011 Tunku Putri Intan Safinas dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Baginda telah dimasyurkan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia pada tahun 2014.

Tunku Puteri Intan Safinas sangat berminat dengan muzik keroncong. Penulis ingin berkongsi cerita yang disampaikan oleh tokoh pemuzik keroncong tanahair, Haji Abdullah Safri mengenai Tunku Putri Intan Safinaz. Mengikut Hj. Abdullah Safri, setelah kumpulan keroncong Irama Baru yang dipimpin oleh beliau berjaya menjadi Johan pertandingan Irama Rakyat, mereka telah dijemput membuat persembahan di Istana Anak Bukit iaitu Istana Rasmi Sultan Kedah. Sebagai finale persembahan mereka Tuanku Sultan Kedah meminta mereka menyanyikan sebuah lagu khas untuk anakanda Tunku Puteri Intan Safinaz yang ketika itu berumur 10 tahun. Maka merekapun membuat persembahan menyanyikan lagu "Tidurlah Intan". Mungkin Tunku Puteri masih terkenang-kenang dengan peristiwa itu sehingga baginda sangat meminati lagu-lagu keroncong.

Tunku Putri adalah di antara dif-dif kenamaan apabila Orkestra Simfoni Muda Kebangsaan mengadakan persembahan "Konsert Kenangan Warisan Keroncong" di Alor Setar pada bulan November 2013. Dari situlah Tunku Putri mengenali nama Jamilah Abu Bakar sebagai penyanyi muda keroncong. Lalu Jamilah dipanggil untuk membuat persembahan di Majlis Makan Malam Yayasan Sultanah Bahiyah di Hotel One World pada bulan Disember 2013.

Baru-baru ini Jamilah telah dipanggil untuk membuat persembahan di Majlis Minum Petang di Istana Anak Bukit sempena Keputeraan DYMM Sultan Kedah pada 18 Januari 2015. Sebelum berangkat pulang dif-dif kehormat termasuk Tunku Puteri Intan Safinaz telah bersalam dengan para hadirin. Adalah suatu penghormatan besar bagi Jamilah apabila Tunku Puteri Safinas menyebut nama Jamilah Abu Bakar. Baginda juga maklum bahawa Jamilah berguru dengan dengan pakar keroncong Indonesia ( Allahyarham Wawang Wijaya) dan sebelum beredar baginda menyebut " I ADMIRE GOOD KERONCONG"