Wednesday 11 November 2015

Terapi Elektrik Zikir Ustaz Hamdan Abdullah

Izinkan saya, Abu Bakar Ismail  kali ini menulis tentang pengalaman saya menjalani Rawatan Terapi Zikir Elektrik.

Sebelum ini saya sangat takut dengan elektrik. Saya pernah terkena renjatan elektrik ketika cuba menukar lampu di dinding tangga rumah saya. Saya terjatuh dan tulang selangka sebelah kanan saya terhentak di atas tangga. Mujurlah tidak patah tetapi sengalnya masih terasa hingga kini.

Ekoran dari peristiwa tersebut saya tidak berminat langsung untuk mengetahui apatah lagi mencuba untuk mendapat rawatan elektik menggunakan mesen yang ada di pasaran. Apatah lagi harga mesen terapi elektrik ini sangat mahal sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Persepsi negatif saya mengenai rawatan elektrik untuk menyembuhkan penyakit dan untuk kesihatan berubah apabila saya diperkenalkan oleh sahabat saya, Tuan Abdullah Sulaiman kepada Ustaz Hamdan Abdullah.

Tuan Abdullah Sulaiman adalah Imam Surau Taman Saraya. Beliau telah meminta kebenaran saya untuk mengadakan sesi rawatan Zikir Terapi Elektrik di premis Surau Taman Saraya. Saya adalah pengerusi surau tersebut. Saya membenarkannya secara bersyarat iaitu Surau tidak akan bertanggung-jawab ke atas sebarang implikasi negatif kepada orang-orang yang mendapat rawatan tersebut.

Rawatan Terapi Zikir Elektrik di Surau Taman Saraya telah berjalan setiap hari Sabtu di Surau kami. Saya sentiasa mengelak daripada mencuba Terapi tersebut walaupun dipujuk oleh Tuan Abdullah Sulaiman. Sehinggalah suatu malam beliau mengajak saya bersama Ustaz Hamdan pergi merawat seorang personaliti TV3 yang mengalami stroke di rumah mertuanya di Petaling Jaya.

Saya melihat dengan mata-kepala saya sendiri bagaimana elektrik dari soket rumah tersebut dialirkan dengan menggunakan wayar positif dan negatif di sentuh oleh dua orang pembantu Ustaz Hamdan. Kemudian mereka sambil berzikir akan menyentuh pesakit di bahagian-bahagian badan pesakit tersebut. Keyakinan saya mula timbul apabila pesakit bahagian pesakit yang kaku tersebut mula bergerak. Alhamdulillah. Setelah mendapat tiga kali rawatan beliau kini sudah boleh berjalan. Subhanallah..Maha Suci Allah.

Kini saya telahpun tiga kali menjalani rawatan tersebut. Walaupun saya tidak ada penyakit kronik namun saya merasa kesan positifnya. Melalui internet saya layari beberapa halaman mengenai electricity for healing and for health. Salah satunya yang terbaik ialah Electricity For Health in the 21st Century. Memang meyakinkan. Maha suci Allah yang menemukan Elektrik kepada manusia dan menunjukkan kuasa zikir di dalam mengawal voltan elektrik.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba Rawatan Terapi Elektrik bolehlah menghubungi
       Uztaz Hamdan Abdullah H/P & WhatApp 019-9071 997 (Kelantan), atau
       Tuan Abdullah Sulaiman H/P & WhatApp 019-3288 457 (Kuala Lumpur)








No comments:

Post a Comment