Tuesday 11 December 2012

Halimun Malam - Jamilah & Kumpulan ASWARA


Alunan Biola Akustik - R Ismail & Jamilah Abu Bakar


Gurindam Jiwa - R Ismail & Jamilah


Arjunaku - Maria Manado & Jamilah Abu Bakar


Di Ambang Sore - Keroncong Jamilah


Angin Menderu - Legenda Bintang Semalam

Alhamdulillah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Jamilah telah tamat pada 6 Disember lepas.

Sebenarnya di dalam ruang-ruang masa kosong peperiksaan SPM, sempat juga Jamilah membuat persembahan atas undangan rakan-rakan dan badan korporat. Terima kasih Sdr. Mansor yang berbesankan penyanyi Jay-Jay menjemput Jamilah di majlis perkahwinan anak mereka. Terima kasih juga Nehemiah Reinforced Soil yang menjemput Jamilah, Habibah, Akmal dan rakan-rakan membuat pemsembahan nyanyian dan tarian di Majlis Makan Malam Menghargai Pelanggan mereka di Sime Darby Convention Centre. Terima kasih Puan Siti dan Encik Ramli yang menjemput Kumpulan Muzik Pak Bakar menghiburkan tetamu di Majlis Penikahan anak mereka di Mont Kiara.

Pada 3 Disember 2012 kami ke Jalan Melor, Sijangkang penggambaran filem dokumentari "Angin Menderu" terbitan Perbadanan  Filem Malaysia, Finas. Filem arahan Hasnul Rahmat ini akan mengimbau kembali sumbangan bintang-bintang penyanyi lama di persada seni tanah air.

Segment di Sijangkang adalah khusus untuk lagu-lagu keroncong malar segar dengan menampilkan biduanita Datin Paduka Julie Sudiro dan Biduan R. Ismail.sebagai penyanyi angkatan lama dan Jamilah Abu Bakar sebagai penyanyi keroncong pelapis baru. Mereka diiringi oleh Kumpulan Keroncong Putrajaya pimpinan Abdul Rahim Anwar,

Pada 7 Disember 2012, Jamilah sekali lagi dipanggil bersama kumpulan muzik ASWARA untuk penggambaran di Studio Finas di Hulu Kelang. Kali ini untuk bernyanyi bersama artis-artis filem lama, Mustafa Maarof, Aziz Sattar, Mariani dan Maria Manado.

Pengalaman bersama-sama artis artis lama ini tidak akan dapat kami lupakan sepanjang hayat.

Terima kasih Saudara Hasnul Rahmat, Saudara Azmi dan Saudara Ikram yang memilih Jamilah sebagai bintang muda pewaris artis-artis lama di dalam filem dokumentari mereka.

Wednesday 5 September 2012

Hj. Abdullah Safri - Selamat Menunaikan Fardhu Haji


Hari Sabtu 8 hb September ini kami dijemput oleh Hj. Abdullah Safri untuk majlis doa selamat di rumahnya di Shah Alam sempena pemergian beliau suami-isteri ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji.

Haji Abdullah Safri adalah penggiat seni muzik keroncong di Malaysia sebaris dengan Allahyarham Wawang Wijaya, Hj. Mahzan Manan, Abdul Rahim Anuar, Allahyarham Dr. Arif Ahmad dan Allahyarham Johar Bahar.

Sebenarnya kami baru sahaja menziarahi beliau sempena Hari Raya dan mengambil kesempatan menghadiahkan dua tiket Konsert Keroncong Merdeka yang diadakan pada 31 Ogos 2012. Malangnya di saat-saat akhir beliau tidak dapat menonton konsert tersebut kerana dipanggil oleh Masjid Negeri di atas urusan pemergian menunaikan haji.

Kami terutamanya Jamilah merasa sungguh terkilan tetapi merelakan kerana urusan ibadat adalah melebihi dari segala-galanya.

Haji Abdullah Safri sangat dekat di hati kami kerana beliaulah orang yang "menjumpai" bakat Jamilah di dalam nyanyian keroncong. Kisahnya bermula apabila Jamilah dipilih oleh guru sekolahnya menyertai Pertandingan Keroncong Remaja Selangor peringkat Ampang Jaya pada tahun 2006. Seramai 12 peserta remaja telah mendaftar untuk pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut mensyaratkan peserta-peserta mestilah berumur 12-15 tahun.

Juri-juri pertandingan terdiri daripada Hj. Abdullah Safri, Hj. Mahzan Manan, Dr Arif Ahmad dan Khairil Johari Johar.

Walaupun peserta pertandingan yang berdaftar adalah seramai 12 orang, tetapi yang telah membuat persembahan cuma 11 orang. Ini menghairankan Hj. Abdullah Safri lalu bertanya kepada pengelola pertandingan "mana seorang lagi peserta?". Pengelola memberitahu bahawa seorang peserta bernama Jamilah Abu Bakar tidak layak bertanding kerana umurnya baru 11 tahun 6 bulan.

Hj. Abdullah akur dengan keputusan pengelola tetapi meminta Jamilah Abu Bakar diberi peluang membuat persembahan. Pengelola bersetuju dan Jamilahpun menyanyikan dua lagu wajib, Sayang Disayang dan Bisikan Hati.

Selesai Jamilah membuat persembahan, ke-empat-empat orang juri memandang di antara satu sama lain. Hj. Abdullah memberitahu penulis sekiranya Jamilah layak bertanding, dialah yang akan menjadi juara. Hj. Abdullah memberitahu juri-juri yang lain yang beliau bercadang melatih budak ini di dalam nyanyian keroncong dan mereka menyokong cadangan itu.

Lalu Hj. Abdullah menemui ibu Jamilah menyampaikan hasratnya dan kami bersetuju.

Latihan keroncong pertama Jamilah adalah untuk Majlis Santapan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman, Cansellor Universiti Kebangsaan Malaysia sempena Konvokesyen UKM yang akan diadakan seminggu selepas itu. Jamilah akan berpasangan dengan seorang penyanyi keroncong wanita Hidayah Mustafa.

Tiba pada hari Konvokesyen tersebut maka Hj. Abdullah yang memimpin Orkes Keroncong Fajar Baru membuat persembahan keroncong instrumental mengiringi pelajar-pelajar menerima ijazah masing-masing. Majlis Penganugerahan ijazah ditangguhkan pada waktu tengahari untuk Majlis Santapan Tuanku Cansellor.
Sewaktu majlis itulah Jamilah dengan selamba mendendangkan lagu-lagu keroncong. Tetapi lagu yang mendapat perhatian Tuanku adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza bertajuk Biarlah Rahsia yang disampaikan oleh Jamilah dalam irama keroncong.

Setelah selesai lagu itu dinyanyikan Baginda Tuanku terus memangggil Jamilah menghadap. Baginda memuji Jamilah dan berpesan bila besar nanti Jamilah belajar muzik di UKM.

Demikianlah Jamilah dari tahun ke setahun sejak tahun 2006 hingga tahun 2011 terus membuat persembahan di Majlis Santapan Tuanku Canselor UKM.

Pada tahun ini Jamilah mungkin tidak lagi membuat persembahan di UKM. Peperiksaan SPM Jamilah semakin hampir.

Terima kasih Hj. Abdullah Safri.




Monday 3 September 2012

Bintang Klasik 2012 - Selamat Bertanding Jamilah

Pada masa rencana ini ditulis, Jamilah sedang berada di Angkasapuri sebagai persiapan untuk pertandingan Bintang Klasik 2012. Seramai 28 peserta dari seluruh negara berkampung di Angkasapuri sehingga 9hb. September 2012 ini.

Jamilah yang mewakili Zon Selatan telah diberikan lagu dendangan Sanisah Huri yang dicipta oleh Kasim Masdor dan lirik oleh Yusnor Ef bertajuk "Bimbang". Lagu ini adalah untuk filem Prebet Lapok lakonan A.R.Badul.

Sejujurnya Jamilah belum pernah mendengar lagu ini sebelumnya. Bukan main ghabrah dia. Tetapi setelah mencari dan mendengar di dalam Youtube lagu tersebut, keyakinannya pulih kembali.

Mungkin ada yang bertanya mengapa Jamilah memilih untuk mewakili Zon Selatan? Sebenarnya Jamilah adalah anak Johor walaupun bapanya orang Perak dan ibunya orang Kelantan. Jamilah dikandung oleh ibunya di Segamat, Johor ketika bapanya bekerja di Petronas Gas Segamat pada tahun 1994-95.

Cuma nak dijadikan cerita, bapanya telah mendapat tawaran kenaikan pangkat menjadi Pengurus Sumber Tenaga Manusia di Petronas Research Bangi mulai bulan September 1995. Jadi ibu-bapanya pulang ke Kuala Lumpur untuk membersihkan rumah yang sebelumnya disewakan kepada orang. Semasa membersihkan rumah ibunya terasa sakit hendak bersalin. Bapanya bergegas menghantar ibunya ke Hospital Ampang Putri. Jamilah selamat dilahirkan di sana oleh Dr Jemilah Mahmood, bekas Presiden Mercy Malaysia.

Mengenangkan jasa dan sumbangan Dr. Jemilah kepada negara, bapanya dengan penuh harapan menamakan anaknya Jamilah Abu Bakar. Dr. Jemilah sangat gembira bila mendapat tahu bayi kecil itu dinamakan sempena namanya.

Selamat bertanding anakku.


Lagu yang dibawa Jamilah semasa peringkat Ujibakat


Lagu yang akan dibawa oleh Jamilah di peringkat Separuh Akhir

Thursday 23 August 2012

Keroncong concert to mark Merdeka

By Nur Aqidah Azizi
nur@nst.com.

Datuk Yusni Hamid and Datin Paduka Julie Sudiro will share the stage with young keroncong singer Jamilah Abu Bakar on Aug 31, writes Nur Aqidah Azizi



THE quiet ambience quickly gives way to a cheery one when Datuk Yusni Hamid and Datin Paduka Julie Sudiro, step into the New Straits Times studio. The two singers, in their 60s, are in good spirits and full of energy.

Their presence can still turn heads and several times, they stop to speak to fans who greet them as they make their way to the studio.

“I am humbled by the fact that they (fans) still recognise us. It’s a pleasure to receive these warm gestures from them,” says Julie, as she prepares herself for the photo shoot.

Once in a while, she hums her favourite evergreen tune and, before long, Yusni follows suit with her soft and smooth voice.

“I like all kind of songs. Although I’m an old-timer, I don’t restrict myself to songs from yesteryear. As a performer, I always try to keep myself updated with modern songs and I don’t have any problem singing these if there’s a request,” says the soft-spoken Yusni, admitting that she is currently hooked to Adele’s Someone Like You.

“I love singing that song. Besides Adele, I also like to listen to songs from Aizat and Yuna. They are very talented and I believe they will go far,” says Yusni.

This sentiment is echoed by Julie, who started her career as a child singer in a traditional Malay opera troupe.

“Hard work, persistence and luck will go a long way if a singer wants to survive in this industry. They must also be versatile,” says Julie with a smile.

“In the old days we had to sing whatever song was thrown at us and we had to learn it from scratch. We didn’t only sing traditional songs but we also had to learn songs from other genres — jazz, pop, ballads and the rest. It was good exposure and it helped make us versatile performers,” says Julie.

When keroncong came to our shores (it is said that keroncong was brought into the country by Javanese merchants), both Julie and Yusni embraced it.

“It’s beautiful, with a distinctive style of music. But you need lots of practice if you want to master the art of performing keroncong songs,” says Yusni.

Julie, who recently performed at Keroncong Gala at The Esplanade Singapore, says a singer should try to perform keroncong numbers if she or he wants to understand the beauty of the music.

“I fell in love with keroncong from the first day I heard it. It gives one a soothing feeling to sing or listen to it,” she says.

The Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) will perform keroncong in a special concert to commemorate Merdeka Day. Both Julie and Yusni will perform at the concert on Aug 31 at 8.30pm.

Part of the Dewan Filharmonik Petronas Seni Festival, the concert will be conducted by Ahmad Muriz Che Rose. There will be various keroncong tunes specially arranged for orchestral music by Mohd Shique Fazreekh, Nik Shareena Rosny, Rozainie Hashim, Syed Sharir Faisal, Luqman Aziz, Yuzaifullah Yusof and Khor Chin Yang.

Themed Keroncong Merdeka, the show will also include Jamilah Abu Bakar, a talented keroncong singer.

“I was 10 years old when I first listened to a keroncong song. I fell in love with it and my curiosity about the music drove me to learn more,” says the 17-year-old who was mentored by keroncong maestros such as Wawang Wijaya, Abdullah Safri and Mahzan Manan.

Jamilah has represented the country at the International Children’s Festival in Turkey in 2007 and has performed at various official functions.

But nothing beats her excitement to work with her idols, Yusni and Julie. “When I received the offer to perform at the concert, I couldn’t believe it. And when I was told that I’d be sharing the stage with Yusni and Julie, I was lost for words,” she says, smiling.

“This opportunity doesn’t come everyday. I know I have to deliver my best. I want to learn from Yusni and Julie as I want to be a better keroncong singer.”

Yusni says: “I have performed with Jamilah before in a different keroncong performance. She is very talented and it is rare for a girl her age to show a deep interest in keroncong and brave the crowd to perform it.

“I’m looking forward to performing with her again.”

The repertoire includes Jangan Ditanya Ke Mana Aku Pergi, Tinggallah Mustika Hati, Sayang Di Sayang, Madah Dan Kerenah, Kucupan Azimat and Merdeka-inspired songs such as Putera Puteri, Pahlawanku, Perwira, Tanah Pusaka and Sejahtera Malaysia.

Other concerts for the festival include An Oriental Journey (Aug 30), MPO Goes Retro (Sept 1) and MPO & Friends (Sept 2).

Julie says today’s performers should be grateful to be able to work in a peaceful and conducive environment.

“Things were different in the old days. We had to struggle. But I had fun and it was among the best times of my life,” says Yusni.

Jamilah adds: “I consider myself lucky because not only am I free to do what I love but I also have plenty of opportunity to develop myself.”

Keroncong Merdeka
When Aug 31, 8.30pm
Venue Dewan Filharmonik Petronas, Petronas Twin Towers, KLCC
Tickets From RM100 to RM300.

Box office hours Tues–Sat (10.30am-6.30pm, 9pm on performance nights), Sun (noon to performance time)

Tel 03-2051 7007 Fax 03-2051 7077
Email dfp_boxoffice@petronas.com.my
Details at www.mpo.com.my and www.dfp.com.my

Saturday 14 July 2012

Jamilah akan Ke Dewan Filharmonik Petronas lagi

Dewan Filharmonik Petronas (DFP) adalah suatu nama yang gah di persada seni tanah air. Sesiapa sahaja yang dapat membuat persembahan di Dewan bertaraf dunia tersebut pasti akan menyimpan seribu kenangan sepanjang hayat.

Setakat ini tidak ramai bintang artis tanah air yang dapat mencipta nama membuat persembahan di Dewan tersebut. Tidak hairanlah jika sifu muzik terkemuka tanah air, M. Nasir dilaporkan di dalam akhbar melahirkan rasa gembira dapat membuat konsert untuk kali yang kedua di dalam tempoh 16 tahun di Dewan keramat tersebut.

Pada hari Rabu 11 Julai 2012 lepas, penulis telah dipanggil oleh Sdr. Muriz Rose untuk berbincang dengan Puan Soraya Mansor, Pengarah DFP tentang suatu konsert yang akan dianjurkan pada 31 Ogos 2012. Menurut beliau Jamilah telah dipilih bersama Datuk Yusni Hamid dan Datuk Julie Sudiro untuk menjayakan konsert Keroncong tersebut.

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".  Ini akan merupakan persembahan Jamilah yang ke-dua di DFP dalam tempoh 3 tahun.

Selamat berangkat ke Dubai Permata Seni Negara

Ketika rencana ini ditulis, seramai 66 orang anak-anak Permata Seni Negara telahpun berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk membuat persembahan di sana. Mereka akan berada dari 11-16 Julai 2012 sempena Persidangan !2th Asia Pacific Conference on Giftedness yang bertemakan "Nurturing Talent, Growing Ptential"

Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah diundang untuk menyampaikan Ucaptama di persidangan tersebut.

Penulis berbangga dua orang anaknya Habibah Abu Bakar dan Ahmad Akmal Abu Bakar terpilih menyertai Permata Seni Tari membuat persembahan di persidangan tersebut.

Terima kasih kepada Cikgu Zila, Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai yang mengesan bakat anak-anak kami di bidang tarian.







Saturday 23 June 2012

BERSATULAH MELAYU

Sajak nukilan Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin

Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana  retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu ini tak mampu berpecah!

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita.

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju.

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakah lagi tempat berlindung!

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih!

Melayu bersatulah
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadu Melayu berpadu semua!



Sunday 17 June 2012

Jamilah Juara Mface 2Minutes 2Fame sessi 1

Lama juga rasanya tidak menulis di dalam halaman blog ini. Bukannya apa sekarang ini Jamilah sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ini. Bonda Pengetua SMK Taman Tasik telah menasihati Jamilah agar memberi tumpuan penuh dalam menghadapi SPM untuk mengekalkan pencapaian cemerlang seperti di dalam peperiksaan PMR dahulu.

Tetapi sebenarnya aktiviti nyanyian Jamilah bukanlah alasan untuk tidak boleh mencapai keputusan yang cemerlang di dalam pelajaran. Pokok pangkalnya ialah perancangan masa, usaha, keazaman dan doa kepada Ilahi agar usaha kita dimakbulkan.

Sabtu lepas Jamilah ke Pulau Pinang kerana terpilih sebagai salah seorang daripada 20 finalis rancangan realiti internet Mface 2Minutes 2Fame sessi yang pertama. Program ini dikelolakan oleh AC Living Large Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Datuk AC Mizal. Sesiapa sahaja boleh menyertai pertandingan ini dengan memuat-naik video persembahan mereka di dalam apa jua aktiviti samada menyanyi, menari, permainan silap mata atau lain-lain lagi di dalam www.mface.me

Jamilah telah memuat naik 7 video dan salah satu darinya bertajuk "Hurt" telah berjaya dipilih sebagai finalis sessi pertama. Sebanyak 6 sessi akan diadakan dan tiga finalis akan dipilih bagi setiap sessi untuk ke pertandingan Grand Final yang akan diadakan di Grand Arena All Stars genting Highland.

Alhamdulillah, walaupun Jamilah nampak sedikit nervous dia telah berjaya menjadi Johan di dalam sesi 1 pertandingan tersebut.



Monday 16 April 2012

Wednesday 8 February 2012

Selamat Berangkat Ke New York Permata Seni

Ketika rencana ini ditulis, seramai 24 anak-anak Permata Seni sedang sibuk berlatih di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara untuk membuat persembahan di UN Plaza Hotel, New York.

Mereka dijangka berlepas ke New York pada 26 Februari 2012 dan pulang ke tanah air pada 4 Mac 2012.

Persembahan anak-anak Permata Seni di sana diadakan bersempena Luncheon Talk oleh Y. Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia bertajuk " Economic Empowerment of Rural Women" sempena "United Nation 56th Session of Comission on the Status of Women.

Seramai 2 orang anak-anak Permata Seni Muzik, 6 orang anak-anak Permata Seni Tari dan 16 anak-anak Permata Seni Koir terlibat di dalam beberapa persembahan di sana. Mereka akan diiringi oleh pegawai-pegawai JKKN dan jurulatih termasuk Cikgu Aris dan Cikgu Safinas.

Penulis teruja kerana Habibah Abu Bakar terpilih menyertai rombongan tersebut.