Sunday 24 July 2011

E-Mail dari Canada

Yth. Bpk Abu Bakar Ismail,

Terima kasih sekali atas kebaikan Bapak yang berniat untuk menghadiahi saya CD Jamilah. Terus terang, saya dengan senang hati bersedia untuk mengganti ongkos kirimnya bila diperlukan dan untuk itu saya memerlukan alamat Bapak karena bagi saya yang paling mudah adalah mengirimnya lewat Western Union. Saya sudah berniat pula nanti akan membeli versi VCD nya.

Sekedar untuk diketahui, saya 'menemukan' Jamilah di YouTube sebenarnya secara kebetulan (lagu Semalam di Cianjur yang bersama Hetty Koes Endang). Aneh bin ajaib saya terpesona suaranya. Sejak itu saya rajin mendownloadnya dari YouTube.

Ada sisi lain yang saya kagumi dari putri Bapak, yaitu ketekunannya berlatih seperti yang tampak dalam video2 di YouTube tersebut. Saya malah, kalau diijinkan, one day kalau ada waktu ingin menampilkan (upload) dua video Jamilah saat latihan dan dan saat pentas (lagu Di Ambang Sore, yang sudah saya lama saya download) di Note Facebook saya. Alasan saya sederhana, Jamilah adalah contoh yang sangat positif untuk generasi muda terutama bagi mereka yang di Malaysia dan di Indonesia. Ketekunan berlatih/belajar, sabar akan proses, dan punya komitmen pada kualitas seperti yang tampak dalam dua video tersebut kadang menjadi hal yang langka di jaman yang serba cepat dan instant ini.

Kalau di blog saya, http://iramakeroncong.blogspot.com/ , saya sudah menampilkan Jamilah yang linked ke YouTube. Menurut saya itu adalah penampilannya yang terbaik karena kesan saya dia membawakan lagu itu 'mindfully'.

Maaf kalau email ini terlalu panjang. Mengenai alamat saya selama saya studi ini adalah:

xxxxxx
xxxx University Drive
Hamilton Hall 2030
Burnaby, BC, V5A 1S6
Canada

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Semoga proses penggarapan albumnya lancar dan lagu-lagu Jamilah dapat diterima dengan baik, baik oleh masyarakat Malaysia maupun Indonesia. Salam dan selamat berkarya untuk putri Bapak, Jamilah.

Salam

Friday 8 July 2011

Terima Kasih KOSMO

Penulis mengucapkan terima kasih kepada akhbar KOSMO, khasnya wartawan Najibah Hassan, wartawan Izyan dan jurugambar Mohd. Noor Mat Amin yang datang ke rumah kami petang tadi (8 Julai 2011) untuk membuat rencana tentang Jamilah dan keluarga kami.

Sebagai anak remaja tentu Jamilah merasa kekok untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan. Namun pengalaman sebegini sangat berguna kepada Jamilah untuk menghadapi akhbar di hari-hari muka.

Penulis rasa bertuah dapat bertemu dan berkenalan dengan insan-insan yang istimewa dan cepat mesra ini.

Jurugambar Mohd Noor Mat Amin adalah pemegang rekod mendaki Gunung Kinabali 111 kali dalam masa 111 hari pada pada 20 april 2010.Kejayaan beliau direkod dalam Malaysia Book of Records.

Wartawan Najibah pula adalah adik kepada Datuk Fuad Hassan dan Mohd Zain Hassan, kedua-dua mereka adalah sahabat baik saya.

Sama-samalah kita tunggu terbitnya artikel mereka mengenai Jamilah di dalam akhbar KOSMO nanti.

Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seorang peminat Jamilah yang mengirimkan buah-tangan kepada Jamilah melalui wartawan Kosmo.


Monday 4 July 2011

Di mana khazanah seni Wawang Wijaya berada?

Pada 26 Jun 2011 lepas genaplah dua tahun Wawang Wijaya meninggal dunia.

Walaupun tarikh sebenar beliau meninggal dunia tidak diketahui, namun berdasarkan tarikh penemuan mayat beliau oleh polis yang memecah masuk ke rumah sewaannya di Damansara Damai bolehlah dikira sebagai tarikh kematian beliau.

Anak kelahiran Yokjakarta ini dilahirkan pada tahun 1945 ketika pendudukan Jepun di Asia Tenggara. Beliau dibesarkan di Semarang dan belajar bermain alat-alat keroncong dari datuknya. Bakatnya di dalam bidang muzik telah menarik syarikat Lawrey Organ menawarkan beliau sebagai "Demonstrator". Sebagai demonstarator, beliau menjelajah ke seluruh Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

Pada tahun 1977 beliau mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur. Di sinilah beliau mendapat hidayah dan memeluk ugama Islam melalui Perkim.

Berita kematian beliau bukan sahaja mengejutkan sanak-saudara dan sahabat-sahabat beliau di seluruh dunia, malah mendapat perhatian khas dari isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Di dalam surat beliau kepada pengarang Utusan Malaysia bertarikh 15 September 2009, Tun Siti Hasmah menulis :

"Saya mula berkenaalan dengan Pak Wang (nama yang biasa kami gunakan) melalui BAKTI ketika membuat latihan nyanyian lagu-lagu popular untuk persembahan. Pak Wang akan bermain apa jua lagu yang dipilih. Bagi saya beliau akan berikan lagu-lagu lama ciptaan Ismail Marzuki, umpamanya "Dari Mana Datangnya Asmara" dan "Sampul Surat" dan beliau ingin kepada rentak keroncong."

Seterusnya Tun Siti Hasmah menulis :

"Saya lebih rasa terkilan dan sedih kerana Pak Wang telah beri saya sekeping CD menunjukkan cara beliau melatih Jamilah Abu Bakar yang beliau sayangi dan berharapan tinggi akan menjadi penyanyi keroncong tanahair yang unggul. Benar, Jamilah berpotensi tinggi dan jarang saya mendengar seorang gadis berusia belasan tahun minat menyanyi keroncong asli seperti Jamilah"

" Saya berharap ibu-bapa Jamilah akan pastikan Jamilah akan terus menyanyi lagu-lagu keroncong asli supaya jasa dan kepakaran Allahyarham Wawang Wijaya akan terus diingati dan berkembang"

Tulis Tun Siti Hasmah seterusnya:

Allahyarham Pak Wang, saya percaya, mempunyai banyak buku-buku dan manuskrip lagu-lagu keroncong. Saya berharap legasi Pahlawan Keroncong Negara ini dapat diperolehi dan disimpan sebagai khazanah keroncong di Universiti ASWARA, Kementerian Kebudayaan dan Warisan"

Persoalannya, tidak ada pihak yang menyambut harapan dari bekas isteri pemimpin negara tersohor itu. Buku-buku dan khazanah tinggalan Pak Wawang tidak diketahui berada di mana sekarang ini.

Saya rasa kunci kepada misteri khazanah Pak Wawang ada di tangan sahabat baik beliau yang bernama ANDY CHOW.

Wawang Wijaya pernah menulis di dalam Majalah Keroncong Tjroeng begini :

“I realised now that Keroncong Music is not at the helm in their top like in the Fifties thru Seventies ; even also in Malaysia like in Indonesia, Keroncong are gradually slowdown toward minimize situation which some times become a worriedness in a question : What will be happened to our prestigious Keroncong Music? And where is the destination of Keroncong Music? A museum of Musicology to tell the next Generation that KERONCONG WAS HERE BEFORE ???.



Saturday 2 July 2011

Seminar Muzik sempena Festival Muzik KL

Pada hari ini(Sabtu 2 Julai 2011) saya berkesempatan menghadiri Seminar Muzik di Balai Senilukis Negara. Seminar ini diadakan sempena dengan Festival Muzik KL 2011.

Seperti seminar-seminar ilmiah yang lain, seminar ini juga tidak menarik ramai orang menghadirinya, walaupun penceramah-penceramah dan moderatornya adalah terdiri daripada nama-nama besar di dalam industri muzik.

Penceramah-penceramah pada sesi pagi terdiri daripada En. Nik Mustapha Nik Md Salleh, pensyarah muzik di ASWARA, Encik Fauzi Marzuki, komposer yang tidak asing lagi dan Encik Ong Peng Chu dari PRISM ( Performers & Artistes Rights Society)

Di sebelah petang pula, penceramah-penceramah terdiri daripada Datuk Freddie Fernandes, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Encik Salehhuddin Md. Salleh, Setiausaha Bahagian Muzik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, dan Dato' Ramli M.S., pemuzik terkenal tanah air.

Di antara ungkapan-ungkapan yang menarik yang disampaikan oleh penceramah-penceramah adalah :

1. Malaysia adalah pengeksport bahan cetak-rompak yang tertinggi di dunia - En.Ong Peng Chu.
2. Ada pemuzik Melayu yang terkenal di negara lain (China)- En. Ong Peng Chu.
3. Lagu yang hit tidak semestinya hebat. Lagu yang hebat selalunya tidak bergantung pada arrangement muzik, walaupun ianya penting - En. Fauzi Marzuki
4. Pemuzik perlu jujur pada diri sendiri. Pemuzik adalah kerjaya yang susah yang dianggap senang - Dato' Ramli MS
5. Di dalam dunia muzik, tiada istilah No.2, semuanya mesti No.1 - Dato' Ramli MS
6. Pemuzik di Malaysia suka berpuak-puak dan suka mengata-ngata di antara satu sama lain - Dato' Ramli MS.

Fikir dan renungkanlah