Saturday 2 July 2011

Seminar Muzik sempena Festival Muzik KL

Pada hari ini(Sabtu 2 Julai 2011) saya berkesempatan menghadiri Seminar Muzik di Balai Senilukis Negara. Seminar ini diadakan sempena dengan Festival Muzik KL 2011.

Seperti seminar-seminar ilmiah yang lain, seminar ini juga tidak menarik ramai orang menghadirinya, walaupun penceramah-penceramah dan moderatornya adalah terdiri daripada nama-nama besar di dalam industri muzik.

Penceramah-penceramah pada sesi pagi terdiri daripada En. Nik Mustapha Nik Md Salleh, pensyarah muzik di ASWARA, Encik Fauzi Marzuki, komposer yang tidak asing lagi dan Encik Ong Peng Chu dari PRISM ( Performers & Artistes Rights Society)

Di sebelah petang pula, penceramah-penceramah terdiri daripada Datuk Freddie Fernandes, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Encik Salehhuddin Md. Salleh, Setiausaha Bahagian Muzik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, dan Dato' Ramli M.S., pemuzik terkenal tanah air.

Di antara ungkapan-ungkapan yang menarik yang disampaikan oleh penceramah-penceramah adalah :

1. Malaysia adalah pengeksport bahan cetak-rompak yang tertinggi di dunia - En.Ong Peng Chu.
2. Ada pemuzik Melayu yang terkenal di negara lain (China)- En. Ong Peng Chu.
3. Lagu yang hit tidak semestinya hebat. Lagu yang hebat selalunya tidak bergantung pada arrangement muzik, walaupun ianya penting - En. Fauzi Marzuki
4. Pemuzik perlu jujur pada diri sendiri. Pemuzik adalah kerjaya yang susah yang dianggap senang - Dato' Ramli MS
5. Di dalam dunia muzik, tiada istilah No.2, semuanya mesti No.1 - Dato' Ramli MS
6. Pemuzik di Malaysia suka berpuak-puak dan suka mengata-ngata di antara satu sama lain - Dato' Ramli MS.

Fikir dan renungkanlah

No comments:

Post a Comment