Saturday 24 July 2010

Keroncong "Inginkan Kedamaian" ungguli Pertandingan Cipta Irama Malaysia 2010

Lagu keroncong " Inginkan Kedamaian" ciptaan Hj. Mahzan Manan muncul juara di dalam Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia 2010. Lagu yang dinyanyikan oleh Jamilah Abu Bakar mengalahkan 7 lagi lagu berentak inang dan zapin di dalam pertandingan yang disiarkan secara "live" oleh TV2 RTM dan Radio Klasik Nasional pada 24 Julai 2010.

Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia 2010 menarik penyertaan hampir 200 lagu-lagu baru pelbagai rentak ciptaan penggubah-penggubah lagu professional dan amatur. Sebanyak 20 buah lagu telah disenarai-pendek dan siarkan melalui Radio Klasik Nasional untuk dipilih oleh pendengar melalui undian SMS dan panel penilai.

Lapan buah lagu telah terpilih ke peringkat akhir yang berlangsung di Kuala Lumpur Live Center. Lagu-lagu tersebut adalah :
1. "Azimat Buat Sahabat" ciptaan Intan Norul Azlina bt Ahmad Shaharuddin.
2. "Bayun Tari Panglima" ciptaan Mohd Khair Ghazali.
3. "Ahai Orang Lautan" ciptaan Rosli Selasih.
4. "Inginkan Kedamaian" ciptaan Hj, Mahzan Manan.
5. "Cendera Kirana" ciptaan Sharon Anne Paul.
6. "Zapin 1 Malaysia" ciptaan Jaafar Abdul Rahman.
7. "Aha Si La Kuha Kuha" ciptaan Narawi Rashidi
8. "Zapin Pantun Budi" ciptaan Abdul Razak bin Abdul Rahman

Penilai pertandingan akhir Cipta Lagu Irama Malaysia 2010 terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, Encik Mohd Yazid Zakaria (ASWARA), S.Atan, James Philip Sheng Boyle (ASWARA), Fauzi Marzuki, dan Aylwin Santiago.

Lagu "Iginkan Kedamaian" mengisahkan tentang keluhan Hj. Mahzan tentang persengketaan dan kekejaman manusia akibat dari hilang arah tujuan hidup. Haji Mahzan Manan dilahirkan pada 4 Ogos 1934 di Taiping, Perak. Beliau memiliki Sijil iktisas Kementerian Pendidikan di dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris pada tahun 1955 dan Diploma Pendidikan Pembelajaran Muzik pada tahun 1973.

Tahniah kepada Hj. Mahzan Manan dan Terima Kasih kerana memilih Jamilah Abu Bakar untuk menyanyikan lagu beliau.

Terima kasih JKKN yang membenarkan Jamilah Abu Bakar, penyanyi paling junior (15 tahun) menyanyikan lagu komposer paling senior (76 tahun) di dalam pertandingan tersebut.

Tuesday 13 July 2010

Pertandingan Mencipta Lagu Irama Malaysia 2010

Berikut adalah 20 lagu yang disenarai-pendek untuk Pertandingan Mencipta Lagu Irama Malaysia 2010:

01 - Zapin Pantun Budi - Ciptaan Abd Razak Abd Rahman
02 - Muafakat - Ciptaan Hj Kam Rudin Hj Abu Samah
03 - Budaya Pusaka - Ciptaan Abdul Rahim Awang
04 - Aha Si La Kuha-Kuha - Ciptaan Narawi Rashidi
05 - Cendera Kirana - Ciptaan Sharon Anne Paul
06 - Inginkan Kedamaian - Ciptaan Hj Mahzan Manan
07 - Inang Satu Malaysia - Ciptaan Rosli Ahmad
08 - Keagungan Sirna Kasih - Ciptaan Meor Aniq Zariman
09 - Inilah Cinta - Ciptaan M Nasiruddin Abd Hamid
10 - Kuala Lumpur- Ciptaan Anuar Ab Razak
11 - Zapin Mengharap kasih - Ciptaan Hasnizam Abdul Wahid
12 - Ceritera Hati - Ciptaan Kamaliah Md Said
13 - Persuratan Budiman - Ciptaan Mohd Azam Hj Sulong
14 - Putrajaya - Ciptaan Mohd NorMohd Amin (Noramin Moshi-Moshi)
15 - Jauhari - Ciptaam Mustafa Mat Daud
16 - Dendang Seri Buana - Ciptaan Hisham Mahdin
17 - Bayun Tari Panglima - Ciptaan Mohd Khair Ghazali (Warisan Sound Sijangkang)
18 - Zapin 1 Malaysia - Ciptaan Jaafar Abd Rahman (Jari)
19 - Ahai Orang Lautan - Ciptaan Rosli Selasih
20 - Azimat buat Sahabat - Ciptaan Intan Shaharuddin



Friday 9 July 2010

PMR dan Latihan Muzik

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula pada 5 Oktober 2010. Jamilah dan beribu-ribu penuntut Tingkatan 3 di seluruh negara sedang membuat persiapan terakhir bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Serentak dengan itu aktiviti-aktiviti persembahan dan latihan nyanyian Jamilah terpaksa dikurangkan sehinggalah peperiksaan PMR berakhir. Semoga Jamilah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan itu nanti.

Harapan ayahanda dan bonda Jamilah akan menggenggam segulung ijazah di dalam bidang muzik. Ikutilah jejak langkah kakak-kakak dan abang-abang anda.

Kak Long Imtiaz dan Kak Cik Norashikin memperoleh ijazah di dalam bidang Teknologi Maklumat. Kak Ngah Noor Farah pula di dalam Perbankan Islam. Abang Ahmad Hafifi baru sahaja mendapat Ijazah di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Abang Ahmad Fitri sedang berada di dalam tahun kedua Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya manakala abang Muhammad baru sahaja memasuki tahun pertama Fakulti Kejuruteraan Perubatan Universiti Malaya. Tahniah kepada semua kakak-kakak dan abang-abang.

Mom and Dad are proud of you all. Alhamdulillah



Monday 5 July 2010

PERTANDINGAN CIPTA LAGU IRAMA MALAYSIA 2010

Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Radio Klasik Nasional bermula hari ini (5 Julai 2010) dengan 10 buah lagu diperdengarkan melalui Radio Klasik Nasional.jam 9.30 malam.

Dalam siaran malam ini cuma sebuah lagu berentak keroncong berjaya dipilih untuk disiarkan. Jamilah Abu Bakar diberi kepercayaan oleh pencipta lagu veteran, Hj Mahzan Manan untuk menyanyikan lagu beliau, "Inginkan Kedamaian' untuk pertandingan ini.

Marilah kita beramai-ramai mengundi secara SMS agar lagu ini berjaya ke peringkat akhir. Taipkan  knl undi 06 dan hantar ke 32728.

Jika terpilih Jamilah akan membuat persembahan di peringkat akhir di KL Live Hall, Life Centre pada 24 Julai 2010 ini.