Saturday 24 July 2010

Keroncong "Inginkan Kedamaian" ungguli Pertandingan Cipta Irama Malaysia 2010

Lagu keroncong " Inginkan Kedamaian" ciptaan Hj. Mahzan Manan muncul juara di dalam Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia 2010. Lagu yang dinyanyikan oleh Jamilah Abu Bakar mengalahkan 7 lagi lagu berentak inang dan zapin di dalam pertandingan yang disiarkan secara "live" oleh TV2 RTM dan Radio Klasik Nasional pada 24 Julai 2010.

Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia 2010 menarik penyertaan hampir 200 lagu-lagu baru pelbagai rentak ciptaan penggubah-penggubah lagu professional dan amatur. Sebanyak 20 buah lagu telah disenarai-pendek dan siarkan melalui Radio Klasik Nasional untuk dipilih oleh pendengar melalui undian SMS dan panel penilai.

Lapan buah lagu telah terpilih ke peringkat akhir yang berlangsung di Kuala Lumpur Live Center. Lagu-lagu tersebut adalah :
1. "Azimat Buat Sahabat" ciptaan Intan Norul Azlina bt Ahmad Shaharuddin.
2. "Bayun Tari Panglima" ciptaan Mohd Khair Ghazali.
3. "Ahai Orang Lautan" ciptaan Rosli Selasih.
4. "Inginkan Kedamaian" ciptaan Hj, Mahzan Manan.
5. "Cendera Kirana" ciptaan Sharon Anne Paul.
6. "Zapin 1 Malaysia" ciptaan Jaafar Abdul Rahman.
7. "Aha Si La Kuha Kuha" ciptaan Narawi Rashidi
8. "Zapin Pantun Budi" ciptaan Abdul Razak bin Abdul Rahman

Penilai pertandingan akhir Cipta Lagu Irama Malaysia 2010 terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, Encik Mohd Yazid Zakaria (ASWARA), S.Atan, James Philip Sheng Boyle (ASWARA), Fauzi Marzuki, dan Aylwin Santiago.

Lagu "Iginkan Kedamaian" mengisahkan tentang keluhan Hj. Mahzan tentang persengketaan dan kekejaman manusia akibat dari hilang arah tujuan hidup. Haji Mahzan Manan dilahirkan pada 4 Ogos 1934 di Taiping, Perak. Beliau memiliki Sijil iktisas Kementerian Pendidikan di dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris pada tahun 1955 dan Diploma Pendidikan Pembelajaran Muzik pada tahun 1973.

Tahniah kepada Hj. Mahzan Manan dan Terima Kasih kerana memilih Jamilah Abu Bakar untuk menyanyikan lagu beliau.

Terima kasih JKKN yang membenarkan Jamilah Abu Bakar, penyanyi paling junior (15 tahun) menyanyikan lagu komposer paling senior (76 tahun) di dalam pertandingan tersebut.

4 comments:

  1. tapi unsur lgu ni telah lari tema yg bkhendakkan irama malaysia bukannya kearah negeri dari seberang (indonesia).Tidak menampakkan ciri2 irama pergendangan melayu serta elemen2 satu malaysia seperti yg dmaklumkan.

    ReplyDelete
  2. Saya tidak setuju dengan pandangan saudara bahawa muzik keroncong bukannya muzik Malaysia. Ditinjau dari sudut sejarah, muzik keroncong bermula apabila Portugis menawan Melaka dan memperkenalkan peralatan muzik keroncong. Apabila Belanda mengalahkan Portugis mereka menghantar tawanan perang di Melaka ke Betawi dan mereka inilah yang mengembangkan muzik keroncong di sana.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan Cik Jamilah..kita serumpun..muzik irama sebegini harus di ketengahkan..ini dapat menunjukkan bahawa kita kaya dengan hasil seni..Saya berharap irama ini terus kekal dan di martabatkan semula kepada setiap anak muda malaysia..agar tidak lupa dengan asal usul muzik mereka..Syabas Hj. Mahzan dan Cik Jamilah..teruskan usaha anda..

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan Cik Jamilah..kita serumpun..kaya dengan nilai seni..di harapkan irama sebegini terus kekal malar segar di jiwa muda mudi kita..teruskan usaha Tuan Hj Mahzan dan Cik Jamilah..

    ReplyDelete