Thursday 10 December 2009

Selamat Pengantin Baru Pasangan Doktor

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Dr. Muhammad Zafri bin Zainuddin dan Dr. Nurul Hana binti Ishak. Pasangan Doktor yang "sama cantik sama padan" ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta pada pagi 5 Disember 2009. Majlis resepsi pengantin telah diadakan pada malamnya di Hotel Flamingo Ampang.

Pengarang dan keluarga Jamilah berbahagia dapat membantu majlis pernikahan dan persandingan anda. Kami ingin mengabadikan Montage anda dan persembahan Jamilah di Majlis Gilang-Gemilang anda di sini. Terima kasih





Wednesday 30 September 2009

Berhari Raya di Rumah Terbuka Dr Mahathir

Pada 26 September 2009, kami sekeluarga berkunjung ke Rumah Terbuka Tun Dr Mahathir di Mine Resort, Seri Kembangan. Sungguh ramai pengunjung yang datang sehingga khidmat kenderaan pengantara dari Mine Resort ke rumah Tun tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang lama menunggu. Maka ramai pengunjung, termasuk kami berjalan kaki sejauh 2km ke rumah Tun. Sampai di rumah Tun, pengunjung dengan sabar berbaris panjang untuk bertemu dan berjabat salam dengan Tun. Namun semua kepayahan tersebut terubat dengan peluang bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah. Paling tidak dapat dilupakan apabila Tun Dr Hasmah memeluk Jamilah apabila mengetahui anak angkat Almarhum Wawang Wijaya mengunjungi beliau. Kami juga berpeluang bergambar dengan Tun Dr. Siti Hasmah.

Terima kasih Tun......

Tuesday 15 September 2009



Penghormatan Tun Siti Hasmah kepada Pak Wawang (Utusan Malaysia 15 September 2009)

SAYA terpanggil menulis surat ini atas beberapa sebab. Namun, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Saharudin Musthafa kerana penulisannya mengenai Allahyarham Wawang Wijaya yang tersiar dalam Utusan Malaysia pada 26 Ogos 2009 lalu.

Allahyarham adalah seorang yang tidak mempunyai ramai kawan luar selain daripada akademi seni muzik. Cukup sedih apabila berita pemergian beliau tidak banyak diketahui oleh kawan-kawan dan peminatnya, saya telah lihat dua atau tiga sahaja ucapan takziah di YouTube dan sebuah kumpulan mengeluarkan sebuah tribute untuk Allahyarham di Internet.

Mungkin orang ramai atau rakan-rakannya belum tahu ketika itu tentang pemergian beliau. Penulisan Encik Saharudin Musthafa menyakinkan saya bahawa Allahyarham tidak akan dilupai. Terima kasih Encik Saharudin.

Saya mula berkenalan dengan Pak Wang (itu nama yang kami biasa gunakan) melalui BAKTI ketika membuat latihan nyanyian lagu-lagu popular untuk persembahan.

Pak Wawang akan bermain apa jua lagu yang dipilih. Bagi saya, beliau akan beri lagu-lagu lama ciptaan Ismail Marzuki, umpamanya Di Mana Datangnya Asmara dan Sampul Surat dan beliau ingin kepada rentak keroncong.

Memang sedap didengar dan Pak Wang sentiasa menggalakkan dan bersabar melatih kami yang dalam berbagai usia ini.

Perhubungan akhir BAKTI dengan Pak Wang ialah anggaran satu minggu sebelum persembahan BAKTI dalam Majlis Perpisahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah. Pak Wang tidak hadir dalam kelas latihan ahli-ahli BAKTI.

BAKTI amat bersedih atas pemergian Pak Wang. Sebahagian daripada ahli-ahli BAKTI dapat juga bersama pada upacara pengkebumian Allahyarham.

Saya lebih rasa terkilan dan sedih kerana Pak Wang telah beri saya sekeping CD menunjukkan cara beliau melatih Jamilah Abu Bakar yang beliau sayangi dan berharapan tinggi akan menjadi penyanyi keroncong tanah air yang unggul.

Benar, Jamilah berpotensi tinggi dan jarang saya mendengar seorang gadis berusia belasan tahun minat menyanyi keroncong asli seperti Jamilah.

Berasa syukur dan bangga bahawa ada gadis yang minat menyanyi irama lama lain pada rentak-rentak dan irama orang muda sekarang.

Saya berharap ibu bapa Jamilah akan pastikan Jamilah terus menyanyi lagu-lagu keroncong asli supaya jasa dan kepakaran Allahyarham Wawang Wijaya terus diingati dan berkembang.

Allahyarham Pak Wang, saya percaya, mempunyai banyak buku-buku dan manuskrip lagu-lagu keroncong. Saya berharap legasi Pahlawan Keroncong Negara ini dapat diperolehi dan disimpan sebagai khazanah keroncong di Universiti Aswara, Kementerian Kebudayaan dan Warisan.

Mungkin satu hari nanti, Universiti Aswara akan merancang suatu Konsert Keroncong Asli sebagai mengenang dan menghormati Allahyarham Wawang Wijaya dengan adik Jamilah, Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi-penyanyi keroncong kita yang terkenal mengambil bahagian.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan bahagia atas roh Allahyarham Wawang Wijaya, insya-Allah.


Nota Pengarang : Tun Siti Hasmah Mohd Ali adalah isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

DARI MANA DATANGNYA ASMARA




Sunday 30 August 2009

KERONCONG MUSIC

About Keroncong

Thanks Wikipedia.

Keroncong (pronounced “keronchong”) is a ukulele-type instrument and a Native Malaysian musical style that makes use of the keroncong and flute.

Most keroncong songs are performed by female vocalists.

The most famous keroncong vocalists in Malaysia include Datuk Julie Sudiro and Datuk Yusni Hamid.

“Keroncong” is an approximation of the sound of the rhythmic music form which is created by the interlocking of instruments.

Keroncong music runs faster than the often slow vocals, and is created, typically, by two ukuleles, a cello, a guitar and a bass guitar.

These instruments, especially the ukuleles, interlock as do the instruments in a Gamelan orchestra.

Keroncong music is a national heritage in Malaysia as well as its sibling countries Singapore, Indonesia, Brunei, the Philippines and Timor Leste and it has long been an influence in West European music.

One ukulele, called the cak (pronounced “chak”) is steel-stringed and its off-beat strums are accentuated.

The other ukulele, called the “cuk” (pronounced “chook”), is larger and may have 3 gut or nylon strings.

As a set the cak and cuk form an interlocking pair that gives Keroncong its characteristic “kron” and “cong” sounds.

The cello may have 3 gut or nylon strings and chords are plucked rapidly, often with a skipped-beat, using the thumb and one finger.

The guitar plays similarly to the cak and cuk. The bass is played in a minimalist style reminiscent of the large gongs in a gamelan.

The violin or flute are used to play introductory passages.

The vocalist sings the melody which, in traditional Keroncong, is slow with sustained notes.

Keroncong music began in the 16th century when Portugal conquered Melaka. The Portuguese introduced their Latin musical influences to the native Johorean people who in turn shared it with the Javanese people, their close neighbours.

Saturday 29 August 2009

SEPAGI BERSAMA MAHZAN MANAN

Hari Sabtu 22 Ogos 2009 adalah hari puasa pertama umat Islam di Malaysia. Penulis telah berkesempatan berjumpa dengan Tuan Hj Mahzan Manan di studio rakaman beliau, Irama Studio yang terletak bersebelahan dengan Pasaraya Tesco Puchong. Sebenarnya telah beberapa kali Tuan Hj Mahzan menelefon penulis mengajak berbincang tentang halatuju muzik keroncong Malaysia dan kemungkinan Jamilah merakamkan lagu-lagu keroncong Malaysia, yang mana lagu-lagunya, liriknya, pancaragamnya dan penyanyinya 100% Malaysia.

Memang sesungguhnya negara kita ketandusan lagu-lagu keroncong yang boleh dibanggakan. Cuma beberapa lagu keroncong ciptaan Allahyarham P. Ramlee yang boleh diingati seperti Keroncong Kuala Lumpur, Alunan Biola, dan Sayang DiSayang. Kebelakangan ini ada usaha-usaha untuk memartabatkan kembali lagu-lagu keroncong. Maka terbitlah lagu-lagu seperti Hujan nyanyian Adibah Noor dan lagu nasyid Keroncong Kasih Sayang persembahan kumpulan UNIC. Tidak ketinggalan lagu Keroncong Untuk Ana oleh Sifu M Nasir.

Di peringkat negeri pula kerajaan Negeri Johor terus aktif mengetengahkan muzik keroncong. Tetapi bagaimana dengan negeri-negeri lain?. Kerajaan negeri Selangor semasa pimpinan Datuk Seri Mohd Khir Toyo pada tahun 2007 telah mengistiharkan Keroncong sebagai muzik negeri Selangor. Malangnya setelah Kerajaan Baru pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih, muzik keroncong telah dipinggirkan. Langkah Perbadanan Putrajaya menganjurkan persembahan Keroncong pada setiap hari Sabtu terakhir setiap bulan di Laman Seni Putrajaya memang patut dipuji. Demikian juga UKM yang menjemput kumpulan keroncong mengiringi majlis penyampaian ijazah pada setiap konvokesyennya harus disanjungi.

Bagi Tuan Hj Mahzan Manan, keroncong adalah darah-dagingnya. Dalam usia beliau yang senja (76 tahun) beliau masih terus mencipta lagu-lagu keroncong, samada lagu-lagu stambul, asli mahupun keroncong modern. Di dalam simpanan beliau ada lebih dari 200 lagu-lagu keroncong ciptaan beliau yang menunggu untuk dinyanyikan. Beliau ada mengiklankan mencari penyanyi-penyanyi muda yang berbakat, tetapi penyanyi-penyanyi muda yang boleh diketengahkan di dalam nyanyian keroncong sangat kurang.

Ada orang yang berpendapat halangan besar di dalam menerbitkan lagu-lagu keroncong Malaysia ialah pasaran yang terbatas. Tetapi menurut Tuan Hj Mahzan, pasaran lagu-lagu keroncong Malaysia masih belum diuji lagi. Dengan bilangan warga Malaysia yang melebihi usia 40 tahun yang ramai dan muzik keroncong juga diminati oleh pelbagai kaum, terutamanya kaum Cina, pasaran lagu-lagu keroncong tetap ada.

Sekiranya ada orang-orang perseorangan dan badan badan korporat yang mencintai lagu-lagu keroncong tampil menaja rakaman lagu-lagu keroncong oleh Tuan Hj Mahzan Manan, kita akan berbangga akhirnya Malaysia mempunyai khazanah lagu-lagu keroncongnya sendiri.

Tuesday 25 August 2009

KERONCONG MALAYSIA NEGERIKU INDAH PERMAI

Lagu ini dicipta oleh Allahyarham Johar Bahar manakala susunan muzik yang dinyanyikan oleh Jamilah dibuat oleh Allahyarham Wawang Wijaya.

Keroncong guru Tjien Wang @ Wawang Wijaya from Surabaya (Indonesia) started playing keroncong from a very young age influenced by his late grandfather. He studied music under the wings of Bobby Chen of Indonesia. He was also appointed the international Organ Demonstrator for Lowrey Organ (Indonesia) and has travelled to many countries to promote the product. Specializing in keroncong technology and also a hobbist in electronics, Wawang was also involved with the electronic modifications of keroncong styles found in the organ. The guru also taught traditional music and cultures in the Institute Technology Mara (ITM), University Sains Malaysia (USM), University Putra Malaysia (UPM) and various colleges

STAMBUL TINGGAL KENANGAN

MENGENANG PAHLAWAN KERONCONG NUSANTARA - WAWANG WIJAYA

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

SENIMAN yang mahu diceritakan kisahnya ini barangkali namanya tidak sesohor seniman-seniman lain yang kita kenali. Namun, kekebalan jiwanya terhadap kesenian keroncong membuatkan Wawang Wijaya muncul sebagai satu-satunya pemuzik tersohor yang tiada tolok bandingnya di rantau nusantara.

Percayalah bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia kurang kenal siapa itu Wawang Wijaya.

Andai yang mengenali seniman ini sekalipun, mereka barangkali, orang-orang yang pernah rapat dengan beliau, individu yang pernah berguru dengannya atau penonton dan peminat setia beliau.

Sayang sekali, Wawang sudah tiada lagi di muka bumi ini untuk terus mengalunkan muzik keroncong yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Bahkan, kerugian besar dapat dirasakan oleh para karyawan muzik muda khususnya serta pengkaji-pengkaji muzik Melayu kerana di dada Wawang sarat dengan ilmu yang boleh mengajak kita untuk sama-sama meningkatkan apresiasi terhadap kesenian muzik serantau umumnya dan tentunya keindahan muzik keroncong.

Justeru, perlu dijelaskan, artikel ini ditulis dengan satu harapan iaitu mengajak khalayak seni untuk mengenang satu-satunya pahlawan keroncong yang ketika hayatnya memilih untuk hidup tanpa cahaya kemilau glamor.

Berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa kenalan Allahyarham, beliau lebih banyak memberi tumpuan terhadap kerja-kerja kesenian seperti memenuhi undangan bermain muzik di acara-acara yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan negara.

Wawang juga sangat gemar berkongsi ilmu dan , mengajar dan mengasah bakat anak-anak muda dalam muzik keroncong serta mengajar di pusat-pusat pengajian tinggi selain diundang memberikan ceramah mengenai keroncong adalah keutamaannya.

Sebetulnya, pengaruh lelaki yang dilahirkan di Jogyakarta, Indonesia pada penghujung era penjajahan Jepun sangat besar dalam perkembangan muzik keroncong di rantau ini.

Lalu, bukan sesuatu yang mengejutkan pemergian Wawang ke rahmahtullah pada 25 Jun lalu sehingga kini dan selamanya akan terus dikenang di kalangan rakan-rakan rapat serta sebilangan besar tokoh-tokoh kenamaan negara yang sering dihiburkan oleh seniman yang berasal dari negara jiran itu.

"Saya pasti akan merindui beliau. Allahyarham banyak membantu saya mengasah bakat dalam bidang nyanyian khususnya lagu-lagu keroncong.

"Sebagai seorang guru, banyak ilmu dan nasihat Allahyarham yang akan menjadi bekalan buat saya selama-lamanya," ujar si cilik Jamilah Abu Bakar, 14, salah seorang anak murid yang sangat dikasihi Allahyarham Wawang.

Hubungan Wawang dengan Jamilah bukan sekadar hubungan guru dan anak murid, sebaliknya, Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun sudah seperti saudara kandung.

Masakan tidak, keluarga Jamilah khususnya ayah dan ibunya, Abu Bakar Ismail serta Kamariah Che' Soh sudah begitu akrab dengan Allahyarham sementelah Wawang sebatang kara di Malaysia.

"Oleh kerana beliau bersendirian di sini, maka kami antara yang mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham.

"Cuma, saya serta isteri dan Jamilah agak sedih dan ralat kerana tidak berada di sisi semasa beliau menghembuskan nafas terakhir," kata Abu Bakar kepada Hits dalam satu pertemuan dengan beliau baru-baru ini.

Kesedihan Abu Bakar ada sebabnya kerana Wawang disedari meninggal dunia sendirian di kediamannya di sebuah apartmen di Apartmen Lestari, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor oleh polis yang memecah masuk pintu rumahnya.

Beberapa jam sebelum meninggal dunia, Abu Bakar ada menerima panggilan telefon daripada Allahyarham memaklumkan kelas muzik keroncong Jamilah terpaksa dibatalkan memandangkan beliau kurang sihat.

Itulah perbualan terakhir antara Abu Bakar dengan Allahyarham.

Sebetulnya persahabatan antara Abu Bakar sekeluarga dengan Allahyarham Wawang bermula pada 2007 pada acara Festival Pertandingan Akhir Keroncong Remaja Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam.

Mengimbas kenangan silam itu, Abu Bakar berkata, pada malam itu Jamilah yang baru berusia 11 tahun dijemput sebagai penyanyi undangan menyampaikan dua buah lagu keroncong, Stambul Baju Biru dan Sate Kajang.

"Kami diperkenalkan kepada Wawang oleh tokoh pemuzik keroncong tanah air, Abdullah Safri. Tertarik dengan persembahan nyanyian Jamilah, Wawang menawarkan diri untuk melatih anak saya," kata Abu Bakar bercerita detik permulaan perkenalan dengan Allahyarham Wawang.

Kasih sayang sebagai seorang guru terhadap anak muridnya terpancar pada peribadi Allahyarham yang begitu mengagumi minat Jamilah kerana jarang sekali Wawang bertemu dengan si kecil yang mempunyai kecenderungan pada muzik keroncong.

Keakraban itu juga membuatkan Wawang menganggap Jamilah seperti anak kandungnya sendiri dan memanggil anak muridnya itu dengan panggilan Puteri.

"Jamilah dan Wawang juga sering bersama-sama memenuhi undangan persembahan di banyak tempat," kata Abu Bakar menyambung perbualan.

Biarpun jasad Wawang sudah tiada lagi, namun dalam diri Abu Bakar dan Jamilah terutamanya, kekentalan semangatnya, ketabahannya menghadapi pancaroba kehidupan seorang diri tetap bersemadi dalam sanubari mereka.

Mengimbas kembali fasa kehidupan Wawang, apa yang perlu khalayak ketahui mengenai seniman ini ialah beliau didedahkan dengan muzik keroncong melalui datuknya.

Ke mana destinasi

Pada tahun 1977, Wawang berhijrah ke Kuala Lumpur dan semenjak itu, Wawang aktif dengan kumpulan keroncong O.K. Malindo (sebuah kumpulan keroncong dari Melaka yang dianggotai oleh pemuzik-pemuzik keroncong Indonesia dan Malaysia).

Selang tujuh tahun, Wawang ditawarkan sebagai pensyarah keroncong Indonesia di Universiti Teknologi Mara dan pada tahun 1995 di Universiti Sains Malaysia.

Allahyarham juga antara pengasas Orkes Keroncong Putra Malaysia yang pernah diundang mengadakan persembahan di Belanda pada tahun 2003 dan 2005.

Ketika di sana juga, Allahyarham bersama rombongan yang lain mengadakan persembahan di Den Haag.

Dalam satu tulisan beliau, Allahyarham pernah menyuarakan kebimbangan terhadap minat dan kecenderungan masyarakat terhadap muzik keroncong yang sudah semakin pudar.

Paling utama, Allahyarham Wawang ada mempersoalkan ke mana destinasi masa depan muzik keroncong seandainya minat dan kecenderungan generasi muda terhadap genre muzik itu sudah berakhir.

Kini, Wawang Wijaya pula sudah tiada lagi untuk membantu memasyhurkan muzik yang begitu sinonim dengan kehidupannya.

Jika berpegang pada kebimbangan yang disuarakan Allahyarham Wawang, apakah ini bermakna satu hari nanti, kita terpaksa mengucapkan salam perpisahan pada muzik keroncong?

UTUSAN MALAYSIA 26 OGOS 2009

Monday 22 June 2009

WAWANG WIJAYA DALAM KENANGAN

Pada hari Selasa tanggal 30 Jun 2009, dunia muzik keroncong dikejutkan dengan kematian seorang tokoh muzik keroncong terkemuka Nusantara. Wawang Wijaya ditemui mati di apartment 3 biliknya di Apartment Lestari, Damansara Damai oleh polis yang memecah masuk pintu rumahnya.

Penulis yang baru pulang dari kerja menerima panggilan telefon dari Sarjan Latif dari Balai Polis Seri Damansara pada jam 6 petang. Beliau mendapat nombor telefon Penulis dari telefon bimbit Wawang Wijaya.

Sebenarnya Penulis, isteri dan Jamilah sepatutnya ke rumah Wawang pada malam hari Khamis 25 Jun 2009. Memang pada setiap malam Khamis Wawang Wijaya akan mengajar Jamilah muzik Keroncong di rumah beliau. Namun pada hari Khamis 25 Jun itu, Penulis menerima panggilan dari Wawang pada jam 6 petang memaklumkan bahawa latihan muzik keroncong Jamilah terpaksa dibatalkan kerana beliau tidak sihat. Penulis mendengar suara Wawang dalam keadaan yang lemah dan tersekat-sekat. Risau dengan keadaan beliau yang tidak seperti biasa, yang selalu ceria, bersemangat dan suka berjenaka, penulis memberitahu beliau yang kami akan ke rumah beliau malam itu untuk menziarahi beliau walaupun latihan keroncong dibatalkan.

Malam itu, setelah mengambil Jamilah dari sekolahnya di SMK Taman Tasik, Ampang, kami terus menuju ke rumah Wawang. Kami tiba jam 9 malam dan mendapati rumah beliau yang terletak di tingkat 1 gelap. Biasanya rumah beliau akan terang dan beliau sudah bersedia menerima kedatangan kami dengan peralatan muzik dan komputer siap terpasang. Saya mengetuk rumah beliau tetapi diada jawapan. Saya cuba hubungi beliau dan mendengar deringan telefon rumah beliau tetapi tiada siapa yang mengangkatnya. "Mungkin beliau sudah tidur", saya memberitahu isteri dan Jamilah. Kami beredar dari rumah beliau dan terus ke Restoran Mamak di seberang jalan tempat kami dan Wawang selalu makan dan minum selepas habis latihan keroncong Jamilah. Di dalam hati kami berharap Wawang akan menelefon kami semasa kami makan di restoran Mamak tersebut. Memang kebiasaannya Wawang akan segera menghubungi semula penulis jika panggilan penulis tidak berjawab. Namun malam itu Wawang tidak menghubungi kami. Dalam perjalanan pulang, Penulis cuba menghubungi Wawang lagi tetapi masih tiada jawaban.
Dua hari kemudian Penulis menghantar SMS kepada Wawang bertanyakan keadaan kesihatan beliau. Namun tiada jawapan balasan yang diterima. Mana hati yang tidak akan retak, mana perasaan yang tidak akan hancur bila menerima berita dari Polis yang Wawang telah meninggal dunia.

Sebenarnya persahabatan kami dengan Wawang bermula tidaklah begitu lama. Kami diketemukan di Festival Pertandingan Akhir Keroncong Remaja Peringkat negeri Selangor di Shah Alam pada 9 Februari 2007. Pada malam itu Jamilah yang baru berusia 11 tahun dijemput sebagai penyanyi undangan menyampaikan dua buah lagu keroncong, Stambul Baju Biru dan Sateh Kajang. Kami diperkenalkan kepada Wawang Wijaya oleh tokoh pemuzik keroncong tanahair, Hj. Abdullah Safri. Tertarik dengan persembahan nyanyian Jamilah, Wawang menawarkan diri untuk melatih Jamilah.

Sejak itu Wawang tidak pernah jemu-jemu berulang-alik dari rumah beliau, ketika itu di Bandar Menjalara, ke rumah kami di Ampang dengan menaiki LRT ke rumah kami mengajar Jamilah. Murid mesti mencari guru, bukannya guru yang mencari murid. Lagipun Jamilah tidak mempunyai sebarang peralatan muzik keroncong di rumah. Jadi selepas beberapa bulan Jamilah pula berulang-alik ke rumah Wawang di Bandar Menjalara dan sejak tiga bulan yang lepas di Damansara Damai. Jamilah dan Wawang juga sering bersama-sama memenuhi undangan persembahan di sana sini. Jamilah yang beliau panggil sebagai "Puteri" sudah dianggap sebagai anak beliau.

Kini semuanya sudah berakhir. Allah menyayangi beliau lebih dari kami. Wawang sudah tiada lagi. Namun kekentalan semangatnya, ketabahannya menghadapi pancaroba kehidupan seorang diri tetap bersemadi di dalam kehidupan kami. Beliau pernah memberitahu Jamilah yang beliau telah selesa dengan nyanyian keroncong Jamilah. Beliau seterusnya mahu mengajar Jamilah di dalam nyanyian lagu-lagu Barat dan dan lagu-lagu asli.

Sebagai seorang bapa, Wawang juga sering menasihati Jamilah supaya tidak mengabaikan pelajaran. Malah beliau mencabar Jamilah supaya mencapai keputusan yang lebih baik dari beliau (8A) dalam peperiksaan PMR nanti.

Wawang Wijaya. Engkau tetap di dalam ingatan kami. Al-fatihah.


Sunday 24 May 2009

JAMILAH JUARA PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK RAKAN MUDA

Majlis Pelancaran Rakan Muda Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Selangor telah diadakan pada 23 Mei 2009 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Kajang.Berbagai acara telah dijalankan melibatkan pelajar-pelajar dari semua daerah di negeri Selangor. Salah satu acara ialah Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik. Jamilah yang mewakili Daerah Hulu Langat telah dipilih sebagai Johan bahagian Perempuan.Ikuti persembahan beliau....

Wednesday 20 May 2009

JAMILAH SINGS JAPANESE SONG KOKORONO NO TOMO

KOKORO NO TOMO IS A JAPANESE SONG POPULARISED BY MAYUMI ITSUWA. THE SONG IS VERY NICE AND TOUCHING EVEN THOUGHT YOU DO NOT UNDERSTAND THE MEANING OF ITS LYRICS. TRANSLATION OF THE LYRICS IS AS FOLLOW:

Kokoro No Tomo
(Friend Of Heart)

That moment when I was able to steal away your pain
As for me, is when my courage start heating up
Until I met you, I had been a lonely wanderer
Please let me feel the warmth of your hand

Love is always a lullaby
So when you’re tired from your journey
Please, just please call me
Your friend of heart

Forgetting their hearts that trust each others
Why is it that people want to chase happiness from the past days
Silently closing my eyes, opening the door to my heart
And if you hold me, I will cry

Love is always a lullaby
So when you feel weak
Please, just please call me
Your friend of heart

JAMILAH DALAM BERITA HARIAN & METRO 19 SEPT 2006



JAMILAH BAKAL GANTI SITI?


ANDAI kata mendengar suara lunak gadis ini tanpa melihat fizikalnya, barangkali kita tidak menyangka usianya baru 11 tahun. Kebolehan gadis ini jelas apabila berkemampuan membawa pelbagai lagu termasuk tradisional dengan baik.

Bagaimanapun, jika dibandingkan usia, siapa sangka Jamilah Abu Bakar mungkin bakal menjadi penyanyi terkenal satu hari nanti jika mendapat tunjuk ajar guru muzik dan diasah bakat yang terpendamnya dari sekarang.

Dia yang meminati penyanyi nombor satu negara Datin Siti Nurhaliza Taruddin dan Misha Omar gemar menghabiskan masa lapangnya dengan menyanyi tetapi pada masa sama seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.

Meskipun sering memenuhi undangan nyanyian, murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai, Cheras, Kuala Lumpur itu sering menduduki senarai 10 teratas setiap kali peperiksaan tahunan sejak di tahun satu.

Bakat anak ketujuh daripada sembilan beradik itu mula dikesan kira-kira dua tahun lalu kerana mampu menyanyi dengan sebutan yang betul dan nada suara yang kena dengan muzik dimainkan secara ‘live’.

“Saya memang meminati penyanyi Siti Nurhaliza dan Misha Omar, kedua-dua penyanyi ini idola saya,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan ketika Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, kelmarin.

Dia ditemani ibunya, Kamariah Che Soh, pada mulanya mendendangkan tradisional dan kemudian sebuah lagu nyanyian Siti Nurhaliza, mendapat tepukan gemuruh tetamu yang hadir di dewan itu.

Tampil dengan berpakaian kebaya warna lembut, beliau bukan saja menyanyi dengan penuh yakin tetapi memiliki suara yang tinggi meskipun berdepan dengan orang kenamaan.

Kamariah berkata, anaknya pernah muncul untuk membuat persembahan dalam Konsert Kementerian Pelajaran di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hujung tahun lalu.

Susulan daripada itu, Jamilah yang bercita-cita menjadi doktor mendapat undangan setiap bulan sama ada menghadiri majlis perkahwinan anak kenamaan di hotel lima bintang, majlis konvokesyen dan makan malam sekitar Lembah Klang.

Jamilah adalah penyanyi besar dalam pembikinan kerana suaranya lantang dan gaya persembahannya yang bersahaja.

Andai kata, bakatnya di asah dari sekarang, beliau mungkin mampu berdiri setanding penyanyi tersohor negara dalam tempoh lima atau enam tahun dari sekarang atau bakal menjadi juara Akademi Fantasia pada suatu hari kelak.

Sunday 12 April 2009

Tahniah Abang Muhammad


Tahniah diucapkan kepada abang Jamilah, Muhammad Abu Bakar yang mendapat keputusan SPM 9 1A. Muhammad yang belajar di Sekoah Berasrama Penuh Integrasi Gombak menerima sijil di dalam Majlis Graduasi gilang-gemilang di SBPI Gombak pada 11 April 2009.

SBPI Gombak telah memulakan sessi persekolahan pada 2003. Dalam usianya yang sangat muda SBPI Gombak telah mencipta nama, antaranya :
1. Tempat Pertama di dalam SPM Fizik di antara 54 SBP seluruh negara bagi tahun 2004-2008.
2. Tempat Ke-3 di dalam SPM Kimia di antara 54 SBP seluruh negara
3. Tempat Ke-7 di dalam SPM Sejarah di antara 54 SBP seluruh negara
4. Tempat Ke-4 di dalam SPM Pendidikan Syariah Islamiah di antara 14 SBP seluruh negara
5. Tempat Ke-6 di dalam SPM Metametik Tambahan di antara 54 SBP seluruh negara

Monday 30 March 2009

MALAM JASAMU DIKENANG UNTUK PAKLAH

Sempena Persidangan Agong UMNo 2009, UMNO telah menganjurkan Malam Jasamu Dikenang untuk meraikan persaraan Pal Lah sebagai Perdana Menteri. Jamilah telah diundang untuk menyampaikan sebuah lagu dengan iringan muzik dari Kumpulan Pak Ngah Production. Turut diundang ialah Datuk Yusni Hamid dan Hazik. Ikuti persembahan Jamilah dan Datuk Yusni Hamid........



Friday 6 March 2009

KERONCONG MAWAR BIRU

Pada 28 Februari 2009, pengunjung ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya berpeluang menikmati persembahan pelbagai lagu-lagu baru dan lama yang dipersembahkan oleh Kumpulan Pemuzik pempinan Sdr A. Rahim Anuar.

Jamilah turut diundang membuat persembahan. Ikuti lagu Keroncong Mawar Biru persembahan Jamilah....

Thursday 26 February 2009

Persembahan Keroncong di Putrajaya

Pada malam 21 Februari 2008 telah diadakan persembahan keroncong di Laman Seni Putrajaya. Walaupun hujan telah turun dengan lebatnya sebelum persembahan tersebut namun tidak dapt menghalang peminat-peminat keroncong menikmati irama merdu keroncong yang di persembahkan oleh Orkes Keroncong Putrajaya.

Jamilah adalah salah seorang penyanyi yang dijemput untuk menyanyi lagu-lagu keroncong pada malam itu. Ikuti rakaman persembahan Jamilah.....

KERONCONG BINTANG MALAM



KERONCONG RIBAIBARU (REVIVAL)

Monday 19 January 2009

JAMILAH THE WINNER OF KLPAC IDOL 2009

Kuala Lumpur 18 January 2009, Jamilah Abu Bakar has won the Kuala Lumpur Art Performing Center (KLPac)'s Idol competition. The Competition was organised in conjunction with the KLPac Open Day. Jamilah was selected the winner by the three panel judges among the 8 final contestants. Jamilah sang "I Dreamed A Dream" which was rated as one of the top ten most "depressing" songs by one of the judges.

I Dreamed A Dream



You Raise Me Up

Friday 2 January 2009

TOM TOM BAK

Rancangan Tom Tom Bak terbitan Astro Ceria adalah rancangan kanak-kanak No. 1 Malaysia. Rancangan ini mencungkil bakat dan kreativiti kanak-kanak disegarkan dengan pengacara No. 1 Asia, Hj. Aznil Nawawi. Jamilah telah dijemput untuk membuat persembahan di dalam 3 siri program tersebut. Ikuti persembahan Jamilah di dalam 2 dari 3 siri tersebut.....

PULANGLAH DI HARI RAYA & MALAYSIA TRULY ASIA