Thursday 31 October 2013

HABIBAH ABU BAKAR




HABIBAH BINTI ABU BAKAR dilahirkan pada 20hb  Ogos 2004 dan sekarang ini menuntut di Kelas 3 Lily, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai, Ampang,
Pada tahun 2011,ketika berumur 7 tahun, Habibah telah terpilih menyertai Program Permata Seni iaitu program yang diilhamkan dan dinaungi oleh Datin Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Habibah menjadi peserta termuda di dalam program tersebut.
Habibah membuktikan keterampilannya apabila dipilih menerima ANUGERAH PESERTA PEREMPUAN TERBAIK di dalam Kem latihan Permata Seni Tari pada 29 Mei hingga 4 Jun 2011.  Habibah mengekalkan prestasi cemerlang dan dipilih sekali lagi sebagai PENARI PEREMPUAN TERBAIK di dalam Kem Latihan Permata ke-2 pada 21-26 November 2011.
Habibah sentiasa terpilih di kalangan peserta-peserta Permata Seni Tari untuk membuat persembahan-persembahan ekslusif untuk majlis-majlis pembesar-pembesar dalam dan luar Negara. Di antaranya ialah :
1.    Persembahan di Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong X1V pada 11 April 2012..
2.    Persembahan semasa Makan Tengahari Perdana Menteri Malaysia bersama Perdana Menteri Britain pada 12 April 2012.
3.    Persembahan sempena Majlis Makan Malam Presiden Kazakhstan bersama SPBYD Agong pada 18 April 2012
4.    Persembahan di Majlis Makan tengahari Perdana Menteri sempena lawatan Pasangan Diraja Britain, Putera William dan Catherine Middleton di Seri Perdana pada 15 September 2012.
5.    Persembahan sempena World Tourism Conference di Melaka pada 21 Oktober 2013.
Habibah bersama Permata Seni turut membuat persembahan-persembahan di luar Negara.  Pada 26 Februari – 4 Mac 2012 mereka membuat persembahan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu di New York. Mereka membuat persembahan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 12- 16 Julai 2012 sempena Persidangan Ke-12 Asia Pacific on Giftedness. Terakhir sekali beliau telah membuat persembahan di Kazakhstan sempena lawatan rasmi isteri perdana Menteri Malaysia ke sana.
Habibah bersama rakan-rakan Permata Seni telah 3 kali membuat persembahan Konsert Antarabangsa di Istana Budaya. Konsert Pertama bertajuk Festival Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa pada 8-11 Disember 2011. Konsert Kedua bertajuk Mensyukuri Nikmat Kedamaian pada 25-26 Februari 2013; dan Konsert Ke-Tiga adalah sempena lawatan Presiden China ke Malaysia pada 3 & 4 Oktober 2013.
Terkini Habibah bersama kumpulannya bernama NATION ONE terpilih menyertai Pertandingan Astro Ceria Superstar Musim Kedua yang dapat ditonton setiap hari Ahad 11.30 pagi.