Sunday 1 February 2015

Tunku Putri Intan Safinaz : I Admire Good Keroncong

Tunku Puteri Intan Safinaz adalah puteri kepada Tuanku Yang Di Pertuan Agong Sultan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Dilahirkan pada tahun 1966 di Alor Star, Kedah, baginda menerima pendidikan awal di Kolej Tunku Kursiah. Baginda melanjutkan pengajian di Chethelmen Ladies College, England. Pada tahun 2011 Tunku Putri Intan Safinas dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Baginda telah dimasyurkan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia pada tahun 2014.

Tunku Puteri Intan Safinas sangat berminat dengan muzik keroncong. Penulis ingin berkongsi cerita yang disampaikan oleh tokoh pemuzik keroncong tanahair, Haji Abdullah Safri mengenai Tunku Putri Intan Safinaz. Mengikut Hj. Abdullah Safri, setelah kumpulan keroncong Irama Baru yang dipimpin oleh beliau berjaya menjadi Johan pertandingan Irama Rakyat, mereka telah dijemput membuat persembahan di Istana Anak Bukit iaitu Istana Rasmi Sultan Kedah. Sebagai finale persembahan mereka Tuanku Sultan Kedah meminta mereka menyanyikan sebuah lagu khas untuk anakanda Tunku Puteri Intan Safinaz yang ketika itu berumur 10 tahun. Maka merekapun membuat persembahan menyanyikan lagu "Tidurlah Intan". Mungkin Tunku Puteri masih terkenang-kenang dengan peristiwa itu sehingga baginda sangat meminati lagu-lagu keroncong.

Tunku Putri adalah di antara dif-dif kenamaan apabila Orkestra Simfoni Muda Kebangsaan mengadakan persembahan "Konsert Kenangan Warisan Keroncong" di Alor Setar pada bulan November 2013. Dari situlah Tunku Putri mengenali nama Jamilah Abu Bakar sebagai penyanyi muda keroncong. Lalu Jamilah dipanggil untuk membuat persembahan di Majlis Makan Malam Yayasan Sultanah Bahiyah di Hotel One World pada bulan Disember 2013.

Baru-baru ini Jamilah telah dipanggil untuk membuat persembahan di Majlis Minum Petang di Istana Anak Bukit sempena Keputeraan DYMM Sultan Kedah pada 18 Januari 2015. Sebelum berangkat pulang dif-dif kehormat termasuk Tunku Puteri Intan Safinaz telah bersalam dengan para hadirin. Adalah suatu penghormatan besar bagi Jamilah apabila Tunku Puteri Safinas menyebut nama Jamilah Abu Bakar. Baginda juga maklum bahawa Jamilah berguru dengan dengan pakar keroncong Indonesia ( Allahyarham Wawang Wijaya) dan sebelum beredar baginda menyebut " I ADMIRE GOOD KERONCONG"


No comments:

Post a Comment