Saturday 18 June 2011

Battle of the stars

Sewaktu rencana ini ditulis, Jamilah sedang di dalam perjalanan ke Penjara Penor di Kuantan, Pahang. Jamilah masuk penjara? Ya, Jamilah masuk penjara tetapi bukan sebagai pesalah atau banduan.

Jamilah terpilih ke Kem Koreksional Kebangsaan di sana selama seminggu mulai isnin ini. Terima kasih kepada Cikgu Tukinah dari SMK Taman Tasik yang berusaha bersungguh-sungguh memastikan Jamilah mendapat tempat ke Kem Koreksional Kebangsaan tersebut.

Tiga hari sebelumnya iaitu pada hari Khamis 16 Jun 2011, Jamilah menjadi "ayam tambatan" SMK Taman Tasik di dalam pertandingan Nyanyian Sekolah-Sekolah peringkat Daerah Hulu Selangor. Di antara finalis di dalam pertandingan tersebut termasuklah dua orang "seteru tapi kawan" Jamilah. Mereka adalah Puteri Asparina dan Maisyarah.

Puteri Asparina adalah Johan Bintang Kecil RTM pada tahun 2008 dan Naib-Johan Bintang Idola Kecil TV9 pada tahun 2010. Mereka (Puteri Asparina dan Jamilah) pernah berkongsi pentas di pertandingan Bintang Kecil RTM Peringkat kawasan tengah dan di majlis pelancaran "Setiap Anak Permata Negara" di Auditorium P. Ramlee Angkasapuri.

Maisyarah juga bukan calang-calang penyanyi remaja. Mereka (Maisyarah dan Jamilah) pernah bersama-sama menjayakan Konsert Diraja Kementerian Pendidikan pada tahun 2005. Khabarnya beliau kini sering membut persembahan di Saloma Bistro.

Jadi pertandingan nyanyian solo sekolah-sekolah daerah hulu Langat merupakan pertembungan atau "battle of the stars" bagi ketiga-tiga orang penyanyi tersebut. Pertandingan tersebut bukan sahaja menguji kekuatan vokal mereka, tetapi juga mencabar kekuatan mental dan kepercayaan pada diri sendiri.

Keputusannya Jamilah ditabalkan sebagai JUARA.



Dalam pada itu adik-adik Jamilah iaitu Habibah(7 tahun) dan Akmal (10 tahun) di dalam masa tiga minggu lepas sibuk berlatih menari di Permata Seni Tari untuk membuat persembahan di majlis pertunangan Nooryana (anak YAB Perdana Menteri) dengan Daniyar dari Kazakstan di Seri Perdana, Putrajaya pada 17 Jun 2011.

2 comments:

  1. Encik Abu Bakar. Jamilah ada tak nyanyi lagu bertajuk Indahnya Alam nyanyian semula oleh Sudirman. Rasa macam pernah terdengar, cuba search tak ada pulak. Thanks.

    -Emran Bangi-

    ReplyDelete
  2. Belum ada lagi Sdr. Emran. Insya Allah akan saya rakamkan suara Jamilah nyanyi lagu ciptaan Pak Maruti itu.

    ReplyDelete