Monday 4 July 2011

Di mana khazanah seni Wawang Wijaya berada?

Pada 26 Jun 2011 lepas genaplah dua tahun Wawang Wijaya meninggal dunia.

Walaupun tarikh sebenar beliau meninggal dunia tidak diketahui, namun berdasarkan tarikh penemuan mayat beliau oleh polis yang memecah masuk ke rumah sewaannya di Damansara Damai bolehlah dikira sebagai tarikh kematian beliau.

Anak kelahiran Yokjakarta ini dilahirkan pada tahun 1945 ketika pendudukan Jepun di Asia Tenggara. Beliau dibesarkan di Semarang dan belajar bermain alat-alat keroncong dari datuknya. Bakatnya di dalam bidang muzik telah menarik syarikat Lawrey Organ menawarkan beliau sebagai "Demonstrator". Sebagai demonstarator, beliau menjelajah ke seluruh Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

Pada tahun 1977 beliau mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur. Di sinilah beliau mendapat hidayah dan memeluk ugama Islam melalui Perkim.

Berita kematian beliau bukan sahaja mengejutkan sanak-saudara dan sahabat-sahabat beliau di seluruh dunia, malah mendapat perhatian khas dari isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Di dalam surat beliau kepada pengarang Utusan Malaysia bertarikh 15 September 2009, Tun Siti Hasmah menulis :

"Saya mula berkenaalan dengan Pak Wang (nama yang biasa kami gunakan) melalui BAKTI ketika membuat latihan nyanyian lagu-lagu popular untuk persembahan. Pak Wang akan bermain apa jua lagu yang dipilih. Bagi saya beliau akan berikan lagu-lagu lama ciptaan Ismail Marzuki, umpamanya "Dari Mana Datangnya Asmara" dan "Sampul Surat" dan beliau ingin kepada rentak keroncong."

Seterusnya Tun Siti Hasmah menulis :

"Saya lebih rasa terkilan dan sedih kerana Pak Wang telah beri saya sekeping CD menunjukkan cara beliau melatih Jamilah Abu Bakar yang beliau sayangi dan berharapan tinggi akan menjadi penyanyi keroncong tanahair yang unggul. Benar, Jamilah berpotensi tinggi dan jarang saya mendengar seorang gadis berusia belasan tahun minat menyanyi keroncong asli seperti Jamilah"

" Saya berharap ibu-bapa Jamilah akan pastikan Jamilah akan terus menyanyi lagu-lagu keroncong asli supaya jasa dan kepakaran Allahyarham Wawang Wijaya akan terus diingati dan berkembang"

Tulis Tun Siti Hasmah seterusnya:

Allahyarham Pak Wang, saya percaya, mempunyai banyak buku-buku dan manuskrip lagu-lagu keroncong. Saya berharap legasi Pahlawan Keroncong Negara ini dapat diperolehi dan disimpan sebagai khazanah keroncong di Universiti ASWARA, Kementerian Kebudayaan dan Warisan"

Persoalannya, tidak ada pihak yang menyambut harapan dari bekas isteri pemimpin negara tersohor itu. Buku-buku dan khazanah tinggalan Pak Wawang tidak diketahui berada di mana sekarang ini.

Saya rasa kunci kepada misteri khazanah Pak Wawang ada di tangan sahabat baik beliau yang bernama ANDY CHOW.

Wawang Wijaya pernah menulis di dalam Majalah Keroncong Tjroeng begini :

“I realised now that Keroncong Music is not at the helm in their top like in the Fifties thru Seventies ; even also in Malaysia like in Indonesia, Keroncong are gradually slowdown toward minimize situation which some times become a worriedness in a question : What will be happened to our prestigious Keroncong Music? And where is the destination of Keroncong Music? A museum of Musicology to tell the next Generation that KERONCONG WAS HERE BEFORE ???.



1 comment:

  1. semoga khazanah seni wawang wijaya dpt ditemui.. insyaAllah...

    ReplyDelete