Sunday 24 April 2011

Mahzan Manan - Penggiat seni yang hampir dilupakan

Terima kasih diucapkan kepada akhbar harian Kosmo yang datang menemual Jamilah dan keluarga di Irama Studios, Puchong pada petang Ahad lepas (24 April 2011).

Walaupun hujan turun dengan lebatnya bersama petir sabung-menyabung, tidak mematahkan semangat wartawan Sahlizan Mohamed dan jurugambar Kosmo meredah suasana mencari arah ke Pusat Bandar Puchong yang memang mengelirukan bagi yang jarang-jarang pergi ke sana.

Khabarnya rencana mengenai Jamilah akan disiarkan di dalam akhbar Kosmo pada hari Rabu, 4 Mei 2011, di dalam ruangan belia. Sama-samalah kita nantikannya.


Turut sama di dalam pertemuan itu ialah Hj. Mahzan Manan, pemilik Irama Studios dan anak lelakinya, Saiful Ekram, sebagai Pengurus teknikal Irama Studios

Hj. Mahzan Manan (76 tahun), seorang penggiat seni dan pencipta lagu yang hampir dilupakan. Beliau telah banyak mencipta lagu-lagu yang menjadi "hit" pada tahin-tahun 70an dan 80an, tetapi saya difahamkan beliau tidak pernah menerima royalti daripada lagu-lagu ciptaan beliau yang dimainkan di corong-corong radio.

Sudah sampai masanya pihak-pihak berkenaan seperti MACP mengambil langkah proaktif dengan menemui beliau dan mendaftarkan berpuluh-puluh lagu ciptaan beliau yang telah dirakamkan.

Lagu-lagu ciptaan beliau juga pernah dijadikan lagu wajib di dalam pertandingan nyanyian Radio Malaya pada tahun 60an. Sudah sampai masanya Kelasik Nasional menyiarkan lagu-lagu lama beliau dan mengisahkan liku-liku perjuangan anak seni ini.

Alangkah baiknya jika Istana Budaya dapat mengadakan sebuah konsert menyanyikan lagu-lagu beliau seperti mana yang dibuat untuk pencipta-pencipta lagu lain.

1 comment:

  1. Salam Sdr Abu Bakar,

    Syabas kerana mengetengahkan berita kegigihan berkarya seorang anak seni "pendiam" dan sering "merendah diri" ini.

    Mahzan Manan memang seorang anak seni yang tidak jemu-jemu (dan tidak henti-henti) menyumbangkan kepakarannya dalam bidang muzik tanah air khasnya berkaitan penciptaan lagu-lagu.

    Ciptaan lagu-lagu oleh beliau bukan sekadar karya tangkap muat. Sebaliknya, setiap lagu ciptaan beliau dilakukan dengan amat teliti sehingga ada waktu-waktunya . . . digubah, diubah, dibaiki, diuji, dimainkan, dipinda dan didengari berulang-ulang kali . . . sebelum benar-benar 'diluluskan' untuk rakaman!

    Saya tahu Tuan Hj Mahzan sentiasa berpegang kepada prinsip "Quality First".

    Sepanjang saya mengenali beliau (sudah lebih drpd 40 tahun sekarang) beliau tidak pernah menunjukkan sikap gemar mengejar 'publisiti'. Beliau sebaliknya sering berbicara dengan saya tentang 'kerisauannya' akan penciptaan lagu-lagu yang kini semakin tidak mempedulikan soal 'kualiti' lagi!

    Mungkin ada yang mempersoalkan sikap beliau ala seorang 'perfectionist'.

    Apapun kata mereka yang seperti itu . . . saya tetap 'angkat tabik' kepada Mahzan Manan . . . pemuzik dan pencipta lagu berkaliber tetapi kurang benar diberikan 'penghargaan'
    yang sepatutnya!

    Tahniah Tuan Hj Mahzan Manan . . . and as always mentioned by your goodself . . . "The Best Is Yet To Come".

    Dan . . . sekali lagi syabas kepada Sdr Abu Bakar (dan Jamilah of course) kerana membolehkan kisah ini tertera!

    ReplyDelete