Jamilah Abu Bakar,23, an UPSI Student received the Young Talented Artist Award 2013 from the Malaysian Ministry of Culture for her involvement in traditional music. Started singing at The Education Ministry Royal Concert 2005 and performed Keroncong Concerts at prestigious Petronas Philharmonic Hall in 2010 and in 2012. For Booking details call 019-6478180
Wednesday, 20 May 2009
JAMILAH DALAM BERITA HARIAN & METRO 19 SEPT 2006
JAMILAH BAKAL GANTI SITI?
ANDAI kata mendengar suara lunak gadis ini tanpa melihat fizikalnya, barangkali kita tidak menyangka usianya baru 11 tahun. Kebolehan gadis ini jelas apabila berkemampuan membawa pelbagai lagu termasuk tradisional dengan baik.
Bagaimanapun, jika dibandingkan usia, siapa sangka Jamilah Abu Bakar mungkin bakal menjadi penyanyi terkenal satu hari nanti jika mendapat tunjuk ajar guru muzik dan diasah bakat yang terpendamnya dari sekarang.
Dia yang meminati penyanyi nombor satu negara Datin Siti Nurhaliza Taruddin dan Misha Omar gemar menghabiskan masa lapangnya dengan menyanyi tetapi pada masa sama seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.
Meskipun sering memenuhi undangan nyanyian, murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai, Cheras, Kuala Lumpur itu sering menduduki senarai 10 teratas setiap kali peperiksaan tahunan sejak di tahun satu.
Bakat anak ketujuh daripada sembilan beradik itu mula dikesan kira-kira dua tahun lalu kerana mampu menyanyi dengan sebutan yang betul dan nada suara yang kena dengan muzik dimainkan secara ‘live’.
“Saya memang meminati penyanyi Siti Nurhaliza dan Misha Omar, kedua-dua penyanyi ini idola saya,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan ketika Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, kelmarin.
Dia ditemani ibunya, Kamariah Che Soh, pada mulanya mendendangkan tradisional dan kemudian sebuah lagu nyanyian Siti Nurhaliza, mendapat tepukan gemuruh tetamu yang hadir di dewan itu.
Tampil dengan berpakaian kebaya warna lembut, beliau bukan saja menyanyi dengan penuh yakin tetapi memiliki suara yang tinggi meskipun berdepan dengan orang kenamaan.
Kamariah berkata, anaknya pernah muncul untuk membuat persembahan dalam Konsert Kementerian Pelajaran di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hujung tahun lalu.
Susulan daripada itu, Jamilah yang bercita-cita menjadi doktor mendapat undangan setiap bulan sama ada menghadiri majlis perkahwinan anak kenamaan di hotel lima bintang, majlis konvokesyen dan makan malam sekitar Lembah Klang.
Jamilah adalah penyanyi besar dalam pembikinan kerana suaranya lantang dan gaya persembahannya yang bersahaja.
Andai kata, bakatnya di asah dari sekarang, beliau mungkin mampu berdiri setanding penyanyi tersohor negara dalam tempoh lima atau enam tahun dari sekarang atau bakal menjadi juara Akademi Fantasia pada suatu hari kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana leh gantikan siti nurhaliza.pakaian awak standard ke dengan siti?maaf ye..
ReplyDeletect, kalau tak mula camana nak berjaya. dato siti pon memula masuk tv you tak tengok ke camana baju dia? make up dia lagi la parah....itu pasallah dia buat make up simply siti....
ReplyDeletebila awk nk famous ek?
ReplyDelete