Jamilah Abu Bakar,23, an UPSI Student received the Young Talented Artist Award 2013 from the Malaysian Ministry of Culture for her involvement in traditional music. Started singing at The Education Ministry Royal Concert 2005 and performed Keroncong Concerts at prestigious Petronas Philharmonic Hall in 2010 and in 2012. For Booking details call 019-6478180
Tuesday 11 December 2012
Angin Menderu - Legenda Bintang Semalam
Alhamdulillah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Jamilah telah tamat pada 6 Disember lepas.
Sebenarnya di dalam ruang-ruang masa kosong peperiksaan SPM, sempat juga Jamilah membuat persembahan atas undangan rakan-rakan dan badan korporat. Terima kasih Sdr. Mansor yang berbesankan penyanyi Jay-Jay menjemput Jamilah di majlis perkahwinan anak mereka. Terima kasih juga Nehemiah Reinforced Soil yang menjemput Jamilah, Habibah, Akmal dan rakan-rakan membuat pemsembahan nyanyian dan tarian di Majlis Makan Malam Menghargai Pelanggan mereka di Sime Darby Convention Centre. Terima kasih Puan Siti dan Encik Ramli yang menjemput Kumpulan Muzik Pak Bakar menghiburkan tetamu di Majlis Penikahan anak mereka di Mont Kiara.
Pada 3 Disember 2012 kami ke Jalan Melor, Sijangkang penggambaran filem dokumentari "Angin Menderu" terbitan Perbadanan Filem Malaysia, Finas. Filem arahan Hasnul Rahmat ini akan mengimbau kembali sumbangan bintang-bintang penyanyi lama di persada seni tanah air.
Segment di Sijangkang adalah khusus untuk lagu-lagu keroncong malar segar dengan menampilkan biduanita Datin Paduka Julie Sudiro dan Biduan R. Ismail.sebagai penyanyi angkatan lama dan Jamilah Abu Bakar sebagai penyanyi keroncong pelapis baru. Mereka diiringi oleh Kumpulan Keroncong Putrajaya pimpinan Abdul Rahim Anwar,
Pada 7 Disember 2012, Jamilah sekali lagi dipanggil bersama kumpulan muzik ASWARA untuk penggambaran di Studio Finas di Hulu Kelang. Kali ini untuk bernyanyi bersama artis-artis filem lama, Mustafa Maarof, Aziz Sattar, Mariani dan Maria Manado.
Pengalaman bersama-sama artis artis lama ini tidak akan dapat kami lupakan sepanjang hayat.
Terima kasih Saudara Hasnul Rahmat, Saudara Azmi dan Saudara Ikram yang memilih Jamilah sebagai bintang muda pewaris artis-artis lama di dalam filem dokumentari mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)