Apabila Saudara Azmy Hassan dari Singapura menelefon penulis tentang cadangannya untuk menjemput Jamilah membuat persembahan keroncong di Singapura, penulis hampir-hampir tidak percaya. Penulis yang pada ketika itu baru pulang dari solat tarawikh di Surau Taman Saraya terus memberitahu Jamilah dan ibunya. Kedua-dua mereka menjerit kegembiraan. Lalu kami membuat temu-janji untuk berbincang lebih lanjut mengenai konsert tersebut.
Keesokan malamnya selepas solat tarawikh kami bertemu di sebuah restoran Mamak di Ampang Point. Satu lagi kejutan kami terima bila Sdr. Azmy membawa bersamanya seorang penyanyi yang penulis minati iaitu Min Malik yang popular dengan lagu Flora Cinta. Sangat sopan dan peramah Min Malik. Kami berbual dan berbincang panjang. Lalu keputusan dibuat. Jamilah akan pergi ke Singapura ditemani oleh ibunya.
Penulis akan tinggal di Kuala Lumpur untuk menjaga adik-adik Jamilah - Habibah dan Akmal. Penulis seolah-olah sudah dapat menjangka bahawa Habibah dan Akmal juga akan melalui aktiviti tarian yang sibuk dengan Permata Seni Tari. Benar jangkaan tersebut. Mereka terpilih untuk membuat konsert sempena lawatan Perdana Menteri China dan Presiden Amerika Syarikat Baraq Obama ke Malaysia. Jadi penulis menjadi pengurus kepada Akmal dan Habibah manakala ibunya, Kamariah menjadi pengurus kepada Jamilah.
Dari apa yang diberitahu oleh ibu Jamilah, persembahan keroncong di Singapura sangat bejaya. Walaupun kadangkala bunyi bising kereta-kereta pertandingan Formula One dan helikopter yang mengambil live coverage pertandingan F1 itu sedikit mengganggu, namun peminat-peminat keroncong di Singapura sudah pasti terhibur dengan persembahan oleh Jamilah, Datin Paduka Julie Sudiro, R Ismail, Momok Latif dan Ronita Hardy, seorang penyanyi dari Padang, Sumatera.
Jamilah Abu Bakar,23, an UPSI Student received the Young Talented Artist Award 2013 from the Malaysian Ministry of Culture for her involvement in traditional music. Started singing at The Education Ministry Royal Concert 2005 and performed Keroncong Concerts at prestigious Petronas Philharmonic Hall in 2010 and in 2012. For Booking details call 019-6478180
Monday 23 September 2013
Monday 9 September 2013
Persembahan pertama di Singapura
Bersempena dengan pembukaan Taman Warisan Melayu Singapura, Jamilah akan membuat persembahan keroncong di sana pada 21 September 2013 ini. Bersama dengan Jamilah membuat persembahan ialah Datin Paduka Julie Sudiro. Mereka akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik keroncong pelajar-pelajar ASWARA dan Orkes Keroncong Putrajaya.
Kepada peminat-peminat keroncong Singapura diucapkan selamat menonton persembahan keroncong itu nanti.
Kepada peminat-peminat keroncong Singapura diucapkan selamat menonton persembahan keroncong itu nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)