"Ruginya, dapat 10A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mahu meneruskan pelajaran di bidang muzik" Begitu banyak sekali pendapat sebegini yang diterima oleh penulis dari kawan-kawan.
Tetapi Jamilah sudah nekad untuk melanjutkan pelajaran di bidang muzik.Sebagai ibu-bapa kami merestui dan mendoakan agar pilihannya tepat. Pengalaman dengan anak ke-lima kami cukup untuk mengajar kami agar memberi kebebasan kepada anak-anak memilih jalan hidup mereka sendiri. Dia berminat melanjutkan pelajaran di bidang pertanian. Tetapi setelah mendapat 10A SPM di MRSM Jasin, ibunya mahu dia melanjutkan pelajaran ke luar negara di bidang kedoktoran. Dalam keterpaksaan beliau memasuki IB Mara di Banting untuk mempersiapkan diri belajar di luar negara. Belajar dalam keadaan terpaksa. Hasilnya beliau gagal ke luar negara. Mujurlah MARA masih prihatin lalu menempatkannya di Universiti Perubatan Cyberjaya. Sekarang di dalam tahun akhir perubatan dan Insya Allah akan tercapai juga hasrat ibu untuk mempunyai seorang anak bergelar doktor di dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita Jamilah. Beliau memohon bidang muzik di UiTM dan Aswara dan kedua-dua institusi pengajian tinggi itu menawarkan pengajian kepada Jamilah. Sekali lagi keputusan besar terpaksa diambil. UiTM atau Aswara?. Sebelumnya Dekan Fakulti Muzik UiTM, Datuk Khairil Johari Johar pernah berbual dengan Jamilah di majlis Anugerah Sastera DBP 2012 dan mengajak Jamilah memasuki UiTM. Dalam masa yang sama Jamilah nampaknya cenderung mahu memasuki Aswara kerana ramai kawan-kawan artis di sana seperti Sabihah, Eddie Nazrin, Hakim, Afif, Ilham dan Atiqah. Malah pengajar-pengajar Aswara juga seperti S Atan dan R. Ismail sudah mengenali Jamilah semasa penggambaran dokumentari Angin Menderu. Seorang lagi pengajar Aswara, Muriz Che Rose memang telah lama mengenai Jamilah di dalam penglibatan dengan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas.
Nampaknya keputusan akhir memilih Aswara dipermudahkan apabila Jamilah dipilih menerima Geran Mentor-Mentee Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Di dalam program selama enam bulan ini Jamilah diberi elaun bulanan untuk belajar lagu-lagu klasik dengan otai lagu-lagu asli Samsudin Lamin. Di akhir program Jamilah akan membuat persembahan konsert dengan dibiayai oleh JKKN. Semuanya berjalan dengan lancar apabila penulis berjumpa dengan Bahizal Abu Bakar dari Istana Budaya. Beliau akan menjadi Project Director kepada persembahan Jamilah ini yang dirancang diadakan pada 28 Disember 2013. Khabarnya pihak atasan Aswara bersetuju akan membantu persiapan persembahan Jamilah nanti. Terima kasih.
Pengajian di Aswara yang dijangka bermula pada bulan Julai 2013 telah ditunda ke bulan September 2013.
Aktiviti terdekat Jamilah sekarang ini adalah mempersiapkan diri untuk Pertandingan Akhir Mface 2Minutes2Fame di Genting Highland pada 21 Julai 2013.
Pada 16-20 November 2013 Jamilah akan bersama Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia membuat persembahan di Alor Setar, Kedah.
Akhir kata diucapkan Selamat Berpuasa kepada kaum Muslimin dan Muslimat.
Persembahan di Floria Putrajaya 2013 bersama Samsudin Lamin
Jamilah Abu Bakar,23, an UPSI Student received the Young Talented Artist Award 2013 from the Malaysian Ministry of Culture for her involvement in traditional music. Started singing at The Education Ministry Royal Concert 2005 and performed Keroncong Concerts at prestigious Petronas Philharmonic Hall in 2010 and in 2012. For Booking details call 019-6478180
Wednesday, 3 July 2013
Thursday, 9 May 2013
Program Mentor-Mentee Geran Kakiseni - Jamilah Terpilih
Berita terbaharu yang diterima daripada Kakiseni semalam memaklumkan bahawa Jamilah telah terpilih menyertai Program Mentor-Mentee kelolaan Kakiseni.
Satu sidang akhbar akan dibuat pada hari Khamis, 16 Mei 2013 di JKKN Kuala Lumpur.
Melalui program ini Jamilah akan ditaja berlatih menyanyi lagu-lagu Melayu Asli dengan seorang tokoh lagu-lagu Melayu Asli, Samsuddin Lamin selama 6 bulan.

Monday, 15 April 2013
Selamat Bertanding Zulkarnain Ismail di DUN 11 Gunung Semangggol
Jam 1 pagi tadi penulis menerima SMS dari adik penulis yang bongsu dari sembilan orang adik beradik memaklumkan beliau terpilih sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Gunung Semanggol. Beliau memohon restu dan doa dari penulis. Kemudian diikuti pula dengan SMS dari abang penulis yang sulung di Keratong, Pahang memberitahu perkara yang sama.
Sebenarnya di dalam keluarga adik-beradik kami seramai 9 orang mempunyai fahaman politik yang berbeza. Separuh menyokong Barisan Nasional dan separuh lagi menyokong PAS. Namun kami tidak pernah membiarkan fahaman politik yang berbeza memecahkan persaudaraan kami. Semoga berterusan begini hendaknya. Ingat dan sedekahkan Al-Fatihah kepada ayahanda dan bonda kita. Sebagai Imam di Masjid Sungai Kepar semasa hayatnya ayahanda memang matang tidak pernah mengutuk mana-mana parti politik, walaupun beliau adalah penyokong BN.

Tuesday, 9 April 2013
Keputusan 10A SPM Jamilah Abu Bakar
Pagi 21 Mac 2013, telefon bimbit penulis dihujani dengan panggilan telefon dan SMS. Pada hari itu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan. Penulis dan isteri pagi-pagi lagi telah bersiap untuk menghantar Jamilah ke sekolahnya untuk mengambil keputusan peperiksaannya.
Lama juga menunggu di depan pintu sekolah kerana rupanya Majlis Khas akan diadakan untuk mengumumkan pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolahnya - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang.
Sebenarnya keputusan awal SPM boleh diketahui melalui pesanan SMS. Tetapi Jamilah samada tidak mahu atau tidak berani SMS untuk mengetahui keputusannya. Sudah seminggu meragam di rumah - semua yang dibuat tidak kena.
Dalam pada menunggu sebelum majlis bermula, penulis menerima panggilan telefon dari Cikgu Tukinah, Guru Penolong Kanan SMKTT yang bertanya samada penulis berada bersama Jamilah di sekolah atau tidak. Bila penulis menjawab "ya" Cikgu Tukinah terus mematikan telefon. Makin berdebar rasanya menunggu keputusan. Sebenarnya Cikgu Tukinah banyak mengambil berat tentang pelajaran dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum Jamilah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan beliau.
Tiba masa yang dinantikan....... Semuanya menjadi sejarah dalam hidup Jamilah.
Monday, 25 March 2013
Biodata Jamilah Abu Bakar
Nama JAMILAH ABU BAKAR
Umur : 18 Tahun - Tarikh Lahir 27/8/1995
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia (10A)
Kelulusan Vokal : Australian Guild Music & Speech Examination
Board Examination 2011 - Level 7 (Distinction)
Jamilah Abu Bakar : anak ke-7 dari 9 orang adik beradik. Mula menyanyi ketika berumur 10 tahun dengan mewakili sekolah ke Pertandingan Keroncong Remaja Selangor. Walaupun tidak "layak" kerana dikira belum remaja, nyanyiannya menarik perhatian seorang juri pertandingan, Hj. Abdullah Safri lalu melatih Jamilah menyanyi lagu-lagu keroncong.

Jamilah juga belajar keroncong dengan Wawang Wijaya, seorang pakar
keroncong dari Indonesia selama 5 tahun sehingga kematiannya pada 26 Jun 2009. Selepas
itu Jamilah belajar keroncong dengan Hj. Mahzan Manan dan Abdul Rahim Anuar.
Di samping itu Jamilah juga belajar menyanyi lagu-lagu kontemporari
dan pop dengan Ludwig Medrano di The Singing Shop. Jamilah menduduki
peperiksaan “Australian Guild Music & Speech Examination Board 2011 - Level
7” pada tahun 2011 dan mendapat keputusan cemerlang.
Di bidang persembahan, Jamilah adalah penyanyi Kumpulan Keroncong
Putrajaya yang sering membuat persembahan keroncong di Laman Seni Putrajaya.
Jamilah juga selama 7 tahun telah membuat persembahan bersama Kumpulan
Keroncong Fajar Baru di Majlis Santapan Tengahari Tuanku Cansellor Universiti
Kebangsaan Malaysia di Majlis Konvokesyen UKM.
Pencapaian di bidang nyanyian
1. Dipilih oleh Dewan Filharmonik
Petronas membuat Konsert Keroncong pada tahun 2010 dan 2012.
2. Finalis Bintang Klasik RTM 2012.
2. Finalis Bintang Klasik RTM 2012.
3. Johan MFace/Mingguan
Malaysia 2Minutes 2Fame Pusingan Pertama di Pulau Pinang 2012.
4. Mendapat Anugerah
Pencapaian Cemerlang Kokurikulum Ke-3 Negeri Selangor 2011.
5. Membantu Hj. Mahzan
Manan menyanyikan Lagu “Keroncong Inginkan Kedamaian”
memenangi Pertandingan
Cipta Lagu Irama Malaysia 2010.
6. Mewakili Malaysia ke International Children Festival di Turki pada 2007.
7. Johan Bintang Kecil RTM Selangor 2007
8. Johan Karaoke Terbuka Tahun Melawat Malaysia 2007
9 . Johan KLPAC (Kuala Lumpur Performing Art Center) Idol 2009
10. Dipilih oleh Finas menyanyi di dalam filem dokumentari Angin Menderu pada bulan Januari 2013.

11. Johan Pertandingan
Nyanyian Solo Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat pada tahun 2011
12. Membuat
persembahan di Konsert Diraja Kementerian Pelajaran Malaysia 2005
Tuesday, 5 February 2013
Bakat dan Persada Seni Muzik Masakini
Asmani55 di klip video "Jamilah at launching of My Beautiful Malaysia" menulis begini :
"Syabas Cik Jamilah. You are one very talented Malaysian. I've watched many of your videos and like Japanese song covers very much. My question is, why not go into music industry and expose your talent while making a star out of yourself? (while you are young)."
Persada industri muzik tanah air tidak lagi seperti di zaman 70an dan 80an. Kalau dahulu syarikat-syarikat rakaman muzik mencari penyanyi-penyanyi, keadaan sebaliknya berlaku pada masa ini. Syarikat-syarikat rakaman tidak lagi berani mengeluarkan modal untuk membuat rakaman lagu-lagu, terutama oleh penyanyi-penyanyi yang belum ada nama.
Penyanyi perlu mengeluarkan modal sendiri jika mahu membuat rakaman. Untuk menghasilkan sebuah lagu memerlukan lebih-kurang RM5000. Maknanya untuk menghasilkan sebuah album mengandungi 10 lagu memerlukan penyanyi atau sesiapa yang berani sponsor penyanyi itu mengeluarkan modal RM50,000. Ini tidak termasuk perbelanjaan untuk promosi.
Jadi bagi penyanyi yang ingin mengetengahkan bakat mereka, jalan yang paling mudah dan murah adalah melalui Youtube dan Facebook. Di samping itu cuba-cuba juga memasuki pertandingan-pertandingan nyanyian yang bersesuaian. Alhamdulillah Jamilah telah berjaya sehingga ke peringkat akhir Pertandingan Bintang Klasik 2012. Dan pada bulan Mac ini Jamilah akan bertanding di peringkat Grand Final Mface Pancaindera 2Minutes 2Fame.
Sekiranya ada sesiapa yang mempunyai modal dan percaya dengan bakat yang ada pada Jamilah, kami dengan besar hati sedia berbincang untuk kerjaya Jamilah.

Monday, 14 January 2013
Sementara menunggu Keputusan SPM
Peperiksaan Sjil Pelajaran Malaysia telah berlalu pada pertengahan bulan Disember 2012 lepas. Cuti panjang hujung tahun dan penantian keputusan peperiksaan memang membosankan dan meresahkan jika tidak diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Abah menyuruh Jamilah melancar bacaan Quran di samping berlatih menyanyi. Harap-harap dapat berterusan.
Rupanya keresahan dan kebosanan bukan sahaja dialami oleh Jamilah, malah dialami juga oleh adik-adiknya Habibah dan Ahmad Akmal. Maklumlah latihan dan persembahan oleh Permata Seni Tari telah berakhir. Program Permata Seni untuk tahun 2013 ini belum bermula lagi. Jadi memang sesuatu yang sangat menceriakan, terutamanya bagi Habibah bila Cikgu Zaim dari JKKN menelefon memberitahu ada persembahan di Seri Perdana, Putrajaya pada 12 hb. Januari lepas. Hujan lebat ditambah dengan kesesakan hujung minggu pada hari Jumaat lepas tidak melunturkan semangat Habibah dan Ahmad Akmal untuk ke JKKN Jalan Dato' Onn berlatih tarian baru. Keceriaan dan kerinduan bertemu kawan-kawan terbayang di wajah mereka ketika kami menghampiri bangunan JKKN.
Jamilah juga sangat ceria apabila Puan Syidah dari JKKN memaklumkan bahawa dia juga dijemput membuat persembahan nyanyian di majlis di Seri Perdana tersebut. Memang suatu penghormatan besar bagi anak remaja berusia 17 tahun ini dapat membuat persembahan di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.Terima kasih kepada Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN yang memungkinkan semua ini
Seterusnya, semua menjadi kenangan manis kepada anak-anak Pak Bakar yang tiga orang ini. Bagi enam lagi anak-anak Pak Bakar teruskan kecemerlangan kamu di bidang masing-masing.
Di samping itu rakaman untuk album kedua Jamilah di Sutra Studio berjalan dengan lancar. Tabik kepada penerbit A. Ali (bekas anggota Kumpulan Kembara dan Kumpulan Pelangi)yang bertungkus lumus menyediakan lagu dan mengawasi rakaman Jamilah. Setakat ini 6 lagu telah siap dirakam dan menunggu 4 lagu lagi untuk dirakam. Album kedua ini mengandungi lagu-lagu keroncong pop, balada dan latin.
Sementara itu penglibatan Jamilah di dalam filem dokumentari "Angin Menderu" terbitan Finas dijangka mencapai kemuncaknya pada 21 hb Januari ini apabila dia dipanggil untuk membuat persembahan "preview" bersama penyanyi-penganyi angkatan lama di Istana Budaya. Difahamkan tiket-tiket cuma diberi "by invitation" sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)