Peperiksaan Sjil Pelajaran Malaysia telah berlalu pada pertengahan bulan Disember 2012 lepas. Cuti panjang hujung tahun dan penantian keputusan peperiksaan memang membosankan dan meresahkan jika tidak diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Abah menyuruh Jamilah melancar bacaan Quran di samping berlatih menyanyi. Harap-harap dapat berterusan.
Rupanya keresahan dan kebosanan bukan sahaja dialami oleh Jamilah, malah dialami juga oleh adik-adiknya Habibah dan Ahmad Akmal. Maklumlah latihan dan persembahan oleh Permata Seni Tari telah berakhir. Program Permata Seni untuk tahun 2013 ini belum bermula lagi.
Jadi memang sesuatu yang sangat menceriakan, terutamanya bagi Habibah bila Cikgu Zaim dari JKKN menelefon memberitahu ada persembahan di Seri Perdana, Putrajaya pada 12 hb. Januari lepas. Hujan lebat ditambah dengan kesesakan hujung minggu pada hari Jumaat lepas tidak melunturkan semangat Habibah dan Ahmad Akmal untuk ke JKKN Jalan Dato' Onn berlatih tarian baru. Keceriaan dan kerinduan bertemu kawan-kawan terbayang di wajah mereka ketika kami menghampiri bangunan JKKN.
Jamilah juga sangat ceria apabila Puan Syidah dari JKKN memaklumkan bahawa dia juga dijemput membuat persembahan nyanyian di majlis di Seri Perdana tersebut. Memang suatu penghormatan besar bagi anak remaja berusia 17 tahun ini dapat membuat persembahan di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.Terima kasih kepada Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN yang memungkinkan semua ini
Seterusnya, semua menjadi kenangan manis kepada anak-anak Pak Bakar yang tiga orang ini. Bagi enam lagi anak-anak Pak Bakar teruskan kecemerlangan kamu di bidang masing-masing.
Di samping itu rakaman untuk album kedua Jamilah di Sutra Studio berjalan dengan lancar. Tabik kepada penerbit A. Ali (bekas anggota Kumpulan Kembara dan Kumpulan Pelangi)yang bertungkus lumus menyediakan lagu dan mengawasi rakaman Jamilah. Setakat ini 6 lagu telah siap dirakam dan menunggu 4 lagu lagi untuk dirakam. Album kedua ini mengandungi lagu-lagu keroncong pop, balada dan latin.
Sementara itu penglibatan Jamilah di dalam filem dokumentari "Angin Menderu" terbitan Finas dijangka mencapai kemuncaknya pada 21 hb Januari ini apabila dia dipanggil untuk membuat persembahan "preview" bersama penyanyi-penganyi angkatan lama di Istana Budaya. Difahamkan tiket-tiket cuma diberi "by invitation" sahaja.
Sinar mentari pagi di Malaya pernah ku berikan nama, namun lunak suara si dia ini, belum pula aku fikirkan...
ReplyDeleteSHAH