Peluang ini diterima oleh Jamilah Abu Bakar bila Berklee College of Music menawarkan tempat kepada beliau pada awal tahun 2017 dengan biasiswa sebanyak US30,000.00 setahun. Namun biasiswa sebanyak itu belum cukup untuk menampung kos belajar di sana. Alhamdulillah dengan sokongan dan bantuan dari seorang dermawan Jamilah dapat juga melangkah kaki belajar di Semester Pertama di Berklee College of Music.
Anak Melayu ini terus cemerlang pada semester pertama. Dia berpeluang membuat persembahan Curtain Up
Jamilah menamatkan pelajaran Semester Satu dengan memahat namanya di dalam Berklee College of Music Dean List.
Dengan harapan yang tinggi dia pulang ke tanah air untuk memohon bantuan pelajaran dari JPA, Petronas dan Mara. Kesemua permohonannya ditolak dengan alasan yang hampir serupa dan sudah dijangka. Anak seni memang selalunya terpinggir. Sesuatu yang dipelajari, jangan percaya janji-janji manis Pak Menteri.
Mujurlah Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan tempat kepada Jamilah untuk melanjutkan pelajaran di UPSI di bidang Muzik.
Namun di sebalik kesedihan gagal meneruskan pelajaran di Berklee, Jamilah menemui rakan-rakan yang sangat membantu. Di antara mereka adalah Shereen Cheong, Irena Taib, dan Amni Musfirah. Mereka dan rakan-rakan lain bergabung tenaga menghasilkan lagu baru ciptaan Jamilah bernama IMAJINASI. Dengarkanlah.
Semoga percubaan pertama Jamilah mendapat sambutan dari peminat-peminat seni muzik. Sokonglah kami.
Tulisan oleh Abu Bakar Ismail - bapa Jamilah
No comments:
Post a Comment