Jamilah Abu Bakar,23, an UPSI Student received the Young Talented Artist Award 2013 from the Malaysian Ministry of Culture for her involvement in traditional music. Started singing at The Education Ministry Royal Concert 2005 and performed Keroncong Concerts at prestigious Petronas Philharmonic Hall in 2010 and in 2012. For Booking details call 019-6478180
Kumpulan Kesenian Persembahan PETRONAS akan menganjurkan Konsert Kasih Di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada 7 & 8 Jun 2010 bermula pada jam 8.30 malam. Peminat-peminat keroncong akan dihiburkan oleh artis-artis undangan terdiri daripada Datuk Yusni Hamid, Bob AF, Adila dan Jamilah Abu Bakar.
PETRONAS Performing Arts Group will be presenting a programme of keroncong in its authentic form as well as re-arrangements with a more contemporary feel. Make yourself available on June 7 and 8. 8.30PM at Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.
Ticket Price (RM) 60 | 50 | 30 | 15
Dress Code Smart Casual
Contact information: The Box Office, Dewan Filharmonik Petronas, Ground Floor, Tower 2, Petronas Twin Towers, KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-20517007 Fax: 03-20517077 E-mail: dfp_boxoffice@petronas.com.my.
Orkes Keroncong Putrajaya telah mengadakan persembahan keroncong di Laman Putrajaya pada 27 Mac 2010 (Sabtu) bermula jam 8.45 malam.
Peminat-peminat seni muzik keroncong telah dihiburkan dengan alunan muzik keroncong Orkes Keroncong Putrajaya dengan penyanyi penyanyi jemputan termasuk Jamilah Abu Bakar, Mardiana Alwi, Azmi dan Jabil.
Keluarga Ishak Don telah mengadakan Majlis Resepsi Perkahwinan sebanyak dua kali di dalam tempoh 3 bulan. Jika pada 6 Disember 2009 lepas, beliau melangsungkan perkahwinan anak kedua beliau, Dr. Nurul Hana dengan Dr. Zafri, pada 28 Februari 2010 pula beliau mengadakan resepsi bagi majlis perkahwinan anak ketiga beliau, Dr. Nur Diyana dengan Dr. Mohammad Taufiq Hassan.
Penulis kagum dengan kejayaan keluarga Pak Sahak. Daripada 5 anak beliau, seorang menjadi akauntan bertauliah, 2 orang menjadi doktor, seorang sedang belajar di Jepun di dalam bidang kejuruteraan mekanikal, manakala yang bongsu sedang belajar di Intec sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Semoga kejayaan keluarga Pak Sahak dijadikan dorongan semangat untuk kejayaan keluarga kita juga.
Ikuti persembahan Jamilah di majlis resepsi tersebut.
Bila menyebut nama Roy, terbayang kita akan lagu-lagu patriotik segar yang dibawa oleh beliau. Suara beliau yang benar-benar "suara jantan" membakar semangat anak muda untuk berjuang dan mencintai negara.
Namun tidak ramai yang tahu Roy juga boleh membawa lagu di dalam berbagai-bagai rentak. Salah satu rentak yang sangat-sangat masuk ke dalam jiwa kita apabila dinyanyikan oleh Roy ialah irama keroncong.
Ikuti nyanyian Roy bersama Jamilah di dalam Persembahan Keroncong di Karnival Wow Putrajaya pada 20 Februari lepas.
Segamat adalah sebuah bandar yang paling ter-utara di dalam negeri Johor Darul Takzim. Sebelum ujudnya Lebuhraya Utara-Selatan, pengguna-pengguna jalan raya dari utara akan menempuh bandar Segamat untuk menuju ke selatan samada ke Johor Bahru atau ke Singapura.
Bagi sesiapa yang pernah bermastautin di Segamat tentu akan menyimpan berbagai kenangan menarik sepanjang berada di sana.
Penulis bertuah kerana dapat tinggal di Segamat selama setahun iaitu pada tahun 1994, bertugas di Pusat Operasi Gas Segamat. Ketika yang paling istimewa ialah di musim durian. Durian Segamat sangat enak, mengalahkan durian Muar. Mungkin kerana udaranya yang sangat panas di siang hari tetapi sangat sejuk pada waktu malam dan tanahnya yang sangat subur sesuai dengan pokok durian.
Seperkara lagi yang sangat menarik di Segamat ialah tentang makanannya. Sesiapa yang mengunjungi Segamat tidak akan lengkap jika tidak merasa Nasi Briyani Gam Segamat di Jalan Muar, atau menikmati Nasi Lemak bungkus di Stesen Keretapi Segamat. Ke utara sedikit, iaitu jalan ke Buluh Kasap ada sebuah warung di tepi jalan bernama Warung P.Ramlee. Pemiliknya sangat teruja dengan Seniman P.Ramlee sehinggakan setiap dinding di warungnya dihiasi dengan gambar-gambar seniman agung itu.
Di Segamat inilah Jamilah dikandung oleh ibunya sehingga sehari sebelum dia dilahirkan. Setelah setahun bertugas di Segamat, penulis telah diarahkan berpindah ke Petronas Research & Scientific Services, ketika itu di Hulu Kelang.
Ketika penulis dan isteri sedang membasuh rumah di Kuala Lumpur untuk persediaan berpindah, isteri mengadu sakit perut. Penulis bergegas membawa isteri ke Hospital Ampang Puteri dan di sanalah Jamilah di lahirkan.
Mengambil nama Dr. Jemilah Mahmood (bekas Presiden Mercy Malaysia) yang menyambut kelahiran beliau, penulis memberikan nama Jamilah kepada anak yang baru dilahirkan itu. Dr. Jemilah sangat gembira bila diberitahu.
Kadangkala penulis terfikir, dengan kehendak Allah apakah kerana Jamilah di kandungkan di negeri, Johor yang sangat aktif dengan seni muzik keroncong maka beliau terjurus di dalam nyanyian keroncong?
Pencipta lagu prolifik, Tuan Hj. Mahzan Manan masih aktif mencipta lagu-lagu untuk memperkaya seni muzik tanah air. Lagu-lagu ciptaan beliau banyak memenangi anugerah-anugerah dan sayembaya di dalam negara.
Hj. Mahzan adalah seorang pencinta muzik keroncong sejak dari zaman remaja beliau lagi. Tidak hairanlah beliau banyak mencipta dan menyimpan beribu lagu-lagu keroncong baru, cuma menanti penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau.
Jamilah berbesar-hati dipilih oleh Hj. Mahzan untuk merakamkan dan menerbitkan album lagu-lagu keroncong ciptaan baru beliau. Dua buah lagu bertajuk "Putrajaya" dan "Senyuman Mesra" sudah siap dirakamkan, manakala 10 buah lagu lagi sedang di dalam proses untuk dirakamkan.
Apabila siap kelak Malaysia boleh berbangga akhirnya kita mempunyai album keroncong beridentiti kita sendiri dan diusahakan sepenuhnya oleh kita.
Harapan kami semoga ada pihak yang bermurah hati menaja penerbitan album ini. Kepada yang berminat boleh menghubungi Hj. Mahzan Manan Tel. 012-3369904.
Amcorp Group of Companies celebrate their 100 years of operation by organising a centenntial dinner at The Royale Hotel on 23 January 2010. From a workforce of only 5 staff during its inception, the company has grown to having staff of more than 10,000.
Jamilah joins the Singing Shop celebrating the occation.