Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor telah mengadakan Festival Nasi Ambeng pada 19 dan 20 April 2014. Program selama dua hari tersebut telah diadakan di Homestay Banghuris, Sungai Pelek, Sepang Selangor.
Berbagai program telah diatur sepanjang dua hari tersebut. Di antaranya termasuklah pertandingan Memasak Nasi Ambeng, Pertandingan Memancing, Pertandingan Gusti Lengan dan Pertandingan Karaoke.
Pada Malam Penutup Festival Nasi Ambeng, pengunjung telah disajikan dengan masakan Nasi Ambeng dan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh Herman Tino, Raftah Bachik dan Jamilah Abu Bakar. Turut hadir di majlis penutup malam itu dalah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Dato' Norliza Rofli.
Tahniah kepada Pengarah dan Kakitangan JKKN Selangor yang berjaya menganjurkan Festival Nasi Ambeng 2014.
Jamilah Abu Bakar,23, an UPSI Student received the Young Talented Artist Award 2013 from the Malaysian Ministry of Culture for her involvement in traditional music. Started singing at The Education Ministry Royal Concert 2005 and performed Keroncong Concerts at prestigious Petronas Philharmonic Hall in 2010 and in 2012. For Booking details call 019-6478180
Monday, 28 April 2014
Konsert Simfoni Warisan
Pada 30hb Mac 2014 telah berlangsung Konsert Simfoni Warisan di Auditorium Tuanku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban , Negeri Sembilan.
Konsert ini diadakan sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Konsert yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menggabungkan 74 orang pemuzik-pemuzik dari RTM, DBKL, UKM dan ASWARA.
Di samping itu 3 orang personaliti dari ASWARA dijemput untuk mewarnai persembahan. Jamilah Abu Bakar, penerima Anugerah Pelajar Terbaik Tahun 1 Diploma Aswara 2014 dijemput untuk menyanyikan lagu " Adat Perpateh : Ikhlas Sehati" ciptaan Ramlan Mohd Imam. Lagu ini telah diangkat sebagai lagu "Art Song" Negeri Sembilan. Jamilah juga menyanyikan lagu "Ubekkan Denai", lagu yang disusun untuk persembahan oleh Roslan Mohd Imam.
Sementara itu, Ayesha Hassan, pelajar ASWARA yang menerima Anugerah Rektor Tahun 2008 dan 2012 menunjukkan kebolehan bermain violin di dalam lagu "Cantek Manih". Manakala Shazana Darawin, graduan Aswara di bidang muzik Callempong membuat persembahan lagu " Merbau & Kelok 9".
Pengarah Muzik dan Konduktor Orkestra Konsert Simfoni Warisan ini adalah Encik Ramlan Mohd Imam, Dekan Fakulti Muzik ASWARA manakala Encik Ruslan Mohd Imam bertindak sebagai Penggubah Muzik dan Konduktor Orkestra bagi Sessi kedua.
Tutut menyaksikan Konsert yang julung kalinya diadakan ini adalah DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir dan Menteri Besar Negeri Semblan, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hasan.

Saturday, 15 March 2014
Vokal Jamilah di dalam filem Sleeping Beauty
Pagi tadi jam 10.00 Astro menyiarkan filem karton klasik Sleeping Beauty. Alihbahasa filem itu ke Bahasa Malaysia sebenarnya melibatkan penyertaan Jamilah.
Segalanya bermula apabila Saudara Azmi yang merupakan Penolong Pengarah filem dokumentari Angin Menderu terbitan Finas memperkenalkan kami dengan Min Malik, seorang penyanyi angkatan 90an. Beliau telah membawa Jamilah untuk uji-bakat menyanyi untuk filem Sleeping Beauty di Kelana Jaya pada bulan Disember 2013 lepas. Walaupun sibuk dengan persiapan konsert solo Sulaman Warisannya, Jamilah tidak mahu terlepas peluang keemasan seperti ini.

Tuesday, 31 December 2013
Konsert Sulaman Warisan -Suatu Kejayaan
"Tahniah!".
Itulah ucapan ringkas dari Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) sambil tersenyum berjabat salam selamat tinggal kepada penulis selepas menyaksikan konsert solo ulung Jamilah Abu Bakar. Walaupun hanya satu perkataan, ucapan tersebut sangat bermakna dan bernilai kepada Jamilah Abu Bakar.
Tun Dr. Mahathir adalah negarawan dan pemikir yang ulung. Apa yang diucapkan adalah datang dari hati beliau. Penulis pernah ketika berkhidmat di Petronas dahulu dan Tun M masih menjadi Perdana Menteri mendengar betapa kritisnya beliau memberi komen terhadap suatu "presentation" yang diberikan oleh Presiden Petronas kepada beliau. Jadi apabila mendapat ucapan tahniah dari Tun M, penulis tidak ragu-ragu lagi konsert Jamilah memang berjaya. Penulis juga yang duduk selang satu kerusi dengan Tun M iaitu di sebelah Prof. Dr. Hatta, Rektor ASWARA nampak Tun M memberi tepukan permulaan kepada setiap nyanyian oleh Jamilah, Haqim Anuwar dan Edie Nazrin. Kemudian barulah penonton-penonton lain mengikutnya.
Sebagai insan kerdil, penulis sangat-sangat berterima kasih kepada Tun M dan Tun Dr. Siti Hasmah yang sudi menjadi Tetamu Khas Konsert Sulaman Warisan Jamilah Abu Bakar. Tun Dr. Siti Hasmah sememangnya prihatin dengan perkembangan kareer Jamilah di bidang pelajaran dan nyanyian. Beliau pernah menulis surat kepada editor Utusan Malaysia tentang kematian Wawang Wijaya, guru keroncong Jamilah dan harapan beliau agar Jamilah dapat meneruskan nyanyian beliau di bidang keroncong. Setiap kali kami ke majlis rumah terbuka hari raya beliau, beliau akan memeluk Jamilah seperti cucu beliau sendiri. Beliau tidak pernah ketinggalan menyaksikan Jamilah di persembahan keroncong di Dewan Filharmonik Petronas. Baru-baru ini beliau sekali lagi menyaksikan Jamilah di Konsert Kenangan Keroncong Malaysian Philharmonic Youth Orchestra di Alor Setar yang turut juga disaksikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong.
Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Rektor Aswara, Prof. Dr. Hatta Azad Khan yang memberi sokongan terhadap konsert Jamilah. Terima kasih juga kepada seluruh warga kerja Aswara yang diketuai oleh Encik Sabri Buang, Dekan Fakulti Pengurusan Budaya dan Warisan dan Encik Ramlan Imam, Dekan Fakulti Muzik.
Terima kasih khas diucapkan kepada Encik Bahizal Abu Bakar, pelajar Pasca Siswazah Aswara yang sangat cemerlang sebagai Pengurus Konsert. Semuanya menjadi kenangan manis.....

Thursday, 31 October 2013
HABIBAH ABU BAKAR
HABIBAH BINTI ABU
BAKAR dilahirkan pada 20hb Ogos 2004 dan
sekarang ini menuntut di Kelas 3 Lily, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai,
Ampang,
Pada tahun
2011,ketika berumur 7 tahun, Habibah telah terpilih menyertai Program Permata
Seni iaitu program yang diilhamkan dan dinaungi oleh Datin Rosmah Mansor,
isteri Perdana Menteri Malaysia. Habibah menjadi peserta termuda di dalam
program tersebut.
Habibah membuktikan
keterampilannya apabila dipilih menerima ANUGERAH PESERTA PEREMPUAN TERBAIK di
dalam Kem latihan Permata Seni Tari pada 29 Mei hingga 4 Jun 2011. Habibah mengekalkan prestasi cemerlang dan
dipilih sekali lagi sebagai PENARI PEREMPUAN TERBAIK di dalam Kem Latihan
Permata ke-2 pada 21-26 November 2011.
Habibah sentiasa
terpilih di kalangan peserta-peserta Permata Seni Tari untuk membuat
persembahan-persembahan ekslusif untuk majlis-majlis pembesar-pembesar dalam
dan luar Negara. Di antaranya ialah :
1. Persembahan di Majlis Santapan Diraja
sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong X1V pada 11 April
2012..
2. Persembahan semasa Makan Tengahari
Perdana Menteri Malaysia bersama Perdana Menteri Britain pada 12 April 2012.
3. Persembahan sempena Majlis Makan Malam
Presiden Kazakhstan bersama SPBYD Agong pada 18 April 2012
4. Persembahan di Majlis Makan tengahari
Perdana Menteri sempena lawatan Pasangan Diraja Britain, Putera William dan
Catherine Middleton di Seri Perdana pada 15 September 2012.
5. Persembahan sempena World Tourism
Conference di Melaka pada 21 Oktober 2013.
Habibah bersama
Permata Seni turut membuat persembahan-persembahan di luar Negara. Pada 26 Februari – 4 Mac 2012 mereka membuat
persembahan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu di New York. Mereka membuat
persembahan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 12- 16 Julai 2012 sempena
Persidangan Ke-12 Asia Pacific on Giftedness. Terakhir sekali beliau telah
membuat persembahan di Kazakhstan sempena lawatan rasmi isteri perdana Menteri
Malaysia ke sana.
Habibah bersama
rakan-rakan Permata Seni telah 3 kali membuat persembahan Konsert Antarabangsa
di Istana Budaya. Konsert Pertama bertajuk Festival Kesenian Kanak-Kanak
Antarabangsa pada 8-11 Disember 2011. Konsert Kedua bertajuk Mensyukuri Nikmat
Kedamaian pada 25-26 Februari 2013; dan Konsert Ke-Tiga adalah sempena lawatan
Presiden China ke Malaysia pada 3 & 4 Oktober 2013.
Terkini Habibah
bersama kumpulannya bernama NATION ONE terpilih menyertai Pertandingan Astro
Ceria Superstar Musim Kedua yang dapat ditonton setiap hari Ahad 11.30 pagi.
Monday, 23 September 2013
Seribu Satu Kenangan di Konsert Keroncong Seribu Satu Malam
Apabila Saudara Azmy Hassan dari Singapura menelefon penulis tentang cadangannya untuk menjemput Jamilah membuat persembahan keroncong di Singapura, penulis hampir-hampir tidak percaya. Penulis yang pada ketika itu baru pulang dari solat tarawikh di Surau Taman Saraya terus memberitahu Jamilah dan ibunya. Kedua-dua mereka menjerit kegembiraan. Lalu kami membuat temu-janji untuk berbincang lebih lanjut mengenai konsert tersebut.
Keesokan malamnya selepas solat tarawikh kami bertemu di sebuah restoran Mamak di Ampang Point. Satu lagi kejutan kami terima bila Sdr. Azmy membawa bersamanya seorang penyanyi yang penulis minati iaitu Min Malik yang popular dengan lagu Flora Cinta. Sangat sopan dan peramah Min Malik. Kami berbual dan berbincang panjang. Lalu keputusan dibuat. Jamilah akan pergi ke Singapura ditemani oleh ibunya.
Penulis akan tinggal di Kuala Lumpur untuk menjaga adik-adik Jamilah - Habibah dan Akmal. Penulis seolah-olah sudah dapat menjangka bahawa Habibah dan Akmal juga akan melalui aktiviti tarian yang sibuk dengan Permata Seni Tari. Benar jangkaan tersebut. Mereka terpilih untuk membuat konsert sempena lawatan Perdana Menteri China dan Presiden Amerika Syarikat Baraq Obama ke Malaysia. Jadi penulis menjadi pengurus kepada Akmal dan Habibah manakala ibunya, Kamariah menjadi pengurus kepada Jamilah.
Dari apa yang diberitahu oleh ibu Jamilah, persembahan keroncong di Singapura sangat bejaya. Walaupun kadangkala bunyi bising kereta-kereta pertandingan Formula One dan helikopter yang mengambil live coverage pertandingan F1 itu sedikit mengganggu, namun peminat-peminat keroncong di Singapura sudah pasti terhibur dengan persembahan oleh Jamilah, Datin Paduka Julie Sudiro, R Ismail, Momok Latif dan Ronita Hardy, seorang penyanyi dari Padang, Sumatera.

Monday, 9 September 2013
Persembahan pertama di Singapura
Bersempena dengan pembukaan Taman Warisan Melayu Singapura, Jamilah akan membuat persembahan keroncong di sana pada 21 September 2013 ini. Bersama dengan Jamilah membuat persembahan ialah Datin Paduka Julie Sudiro. Mereka akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik keroncong pelajar-pelajar ASWARA dan Orkes Keroncong Putrajaya.
Kepada peminat-peminat keroncong Singapura diucapkan selamat menonton persembahan keroncong itu nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)