Setelah usaha-usaha menerbitkan album kedua Jamilah dengan seorang komposer terkenal mengalami kegagalan di separuh jalan,walaupun keseluruhan biaya telah dibuat Jamilah terus dilamar oleh Warisan Records untuk menerbitkan album lagu-lagu tradisional.
Album ini mengandungi 10 buah lagu dengan irama yang segar. Empat daripada lagu tersebut adalah lagu baru manakala enam lagi lagu merupakan lagu-lagu evergreen yang diberikan nafas baru.
Dua buah lagu baharu adalah berentak inang yang sesuai untuk dibuat iringan tarian iaitu Bayun Tari Panglima dan Seri Buana.
Sesuai dengan gelaran Ratu Keroncong yang diberikan oleh Noramin Mosyi-Mosyi, Jamilah merakamkan tiga lagu keroncong di dalam album ini iaitu lagu Sayang Disayang, Gambang Semarang, Jangan Ditanya. Jamilah juga yang dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Allahyarhan Rosiah Chik akan menyayikan lagu popular beliau iaitu Air Mata Hati.
Jamilah Abu Bakar,23, an UPSI Student received the Young Talented Artist Award 2013 from the Malaysian Ministry of Culture for her involvement in traditional music. Started singing at The Education Ministry Royal Concert 2005 and performed Keroncong Concerts at prestigious Petronas Philharmonic Hall in 2010 and in 2012. For Booking details call 019-6478180
Wednesday, 24 September 2014
Monday, 15 September 2014
Menungkah Arus
Ketika ramai penyanyi dan pelakon dari seberang Tambak Johor berlumba-lumba datang ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib di Malaysia, Jamilah nampaknya menungkah arus mencuba nasib di Singapura.
Pada bulan September tahun lepas, Jamilah membuat Konsert Keroncong bersama Datin Julie Sudiro dan R Ismail di Singapura. Sambutan dari peminat-peminat irama keroncong di sana sangat diluar dugaan. Tiada ruang langsung dapat bergerak kerana dipenuhi oleh penonton.
Pada 2 November 2014 ini Jamilah sekali lagi dijemput ke Singapura untuk membuat persembahan Konsert Lagu-lagu Melayu Asli bersama Orkes Gipsy Lautan. Demikianlah nampaknya orang di sana lebih menilai dan menghargai keupayaan anak Segamat ini. Bukannya mengeluh dengan sikap acuh-tak acuh TV dan media di sini. Tetapi itulah kenyataannya.
Pada 2 November 2014 ini Jamilah sekali lagi dijemput ke Singapura untuk membuat persembahan Konsert Lagu-lagu Melayu Asli bersama Orkes Gipsy Lautan. Demikianlah nampaknya orang di sana lebih menilai dan menghargai keupayaan anak Segamat ini. Bukannya mengeluh dengan sikap acuh-tak acuh TV dan media di sini. Tetapi itulah kenyataannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)