Tuesday 11 December 2012

Halimun Malam - Jamilah & Kumpulan ASWARA


Alunan Biola Akustik - R Ismail & Jamilah Abu Bakar


Gurindam Jiwa - R Ismail & Jamilah


Arjunaku - Maria Manado & Jamilah Abu Bakar


Di Ambang Sore - Keroncong Jamilah


Angin Menderu - Legenda Bintang Semalam

Alhamdulillah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Jamilah telah tamat pada 6 Disember lepas.

Sebenarnya di dalam ruang-ruang masa kosong peperiksaan SPM, sempat juga Jamilah membuat persembahan atas undangan rakan-rakan dan badan korporat. Terima kasih Sdr. Mansor yang berbesankan penyanyi Jay-Jay menjemput Jamilah di majlis perkahwinan anak mereka. Terima kasih juga Nehemiah Reinforced Soil yang menjemput Jamilah, Habibah, Akmal dan rakan-rakan membuat pemsembahan nyanyian dan tarian di Majlis Makan Malam Menghargai Pelanggan mereka di Sime Darby Convention Centre. Terima kasih Puan Siti dan Encik Ramli yang menjemput Kumpulan Muzik Pak Bakar menghiburkan tetamu di Majlis Penikahan anak mereka di Mont Kiara.

Pada 3 Disember 2012 kami ke Jalan Melor, Sijangkang penggambaran filem dokumentari "Angin Menderu" terbitan Perbadanan  Filem Malaysia, Finas. Filem arahan Hasnul Rahmat ini akan mengimbau kembali sumbangan bintang-bintang penyanyi lama di persada seni tanah air.

Segment di Sijangkang adalah khusus untuk lagu-lagu keroncong malar segar dengan menampilkan biduanita Datin Paduka Julie Sudiro dan Biduan R. Ismail.sebagai penyanyi angkatan lama dan Jamilah Abu Bakar sebagai penyanyi keroncong pelapis baru. Mereka diiringi oleh Kumpulan Keroncong Putrajaya pimpinan Abdul Rahim Anwar,

Pada 7 Disember 2012, Jamilah sekali lagi dipanggil bersama kumpulan muzik ASWARA untuk penggambaran di Studio Finas di Hulu Kelang. Kali ini untuk bernyanyi bersama artis-artis filem lama, Mustafa Maarof, Aziz Sattar, Mariani dan Maria Manado.

Pengalaman bersama-sama artis artis lama ini tidak akan dapat kami lupakan sepanjang hayat.

Terima kasih Saudara Hasnul Rahmat, Saudara Azmi dan Saudara Ikram yang memilih Jamilah sebagai bintang muda pewaris artis-artis lama di dalam filem dokumentari mereka.